SINGAPURA, 29 September 2021 /PRNewswire/ -- ATC, anggota Digital 38 Group, menjemput pelabur, usahawan dan pemasar ke webinar mereka, 'CROSS BORDER ECOMMERCE OPPORTUNITIES IN VIETNAM' ('PELUANG EDAGANG RENTAS SEMPADAN DI VIETNAM') pada 7 Oktober 2021, 4:00 PM GMT +8. Ini merupakan yang pertama dalam siri yang bertujuan untuk membantu perniagaan yang berhasrat untuk berkembang ke pasaran Asia Tenggara. Pendaftaran kini dibuka. Penyertaan percuma.
Pendaftaran: https://www.digital38.com/cross-border-ecommerce-webinar
Google, Temasek dan Bain mengenal pasti peluang pertumbuhan yang cemerlang menerusi laporan mereka e-Conomy SEA 2020 dalam ekonomi-Internet di SEA dan Vietnam khususnya, yang mana "41% daripada kesemua pengguna perkhidmatan digital masih baharu… dengan 94% daripada pengguna baharu ini berhasrat untuk meneruskan tabiat mereka selepas pandemik," dan menjelang tahun 2025, "e-Konomi keseluruhan berkemungkinan akan mencapai US $52B nilainya."
Penceramah & Sinopsis Webinar
Panel dengan 5 orang penceramah akan berkongsi tinjauan pasaran, pilihan platform Pasaran dalam talian, strategi pemasaran dan panduan untuk menjalankan perniagaan di Vietnam.
George Foo - Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi, Digital 38
Dapatkan gambaran mengenai pilihan Pasaran Edagang (seperti Lazada dan Shopee) di ASEAN. Ketahui bagaimana Digital 38 memanfaatkan Edagang, Jualan Secara Langsung dan pengoptimuman SEO kedai dalam talian untuk membantu jenama-jenama mewujudkan kehadiran yang mantap di SEA.
"Kami telah melihat banyak jenama dari China dan Korea Selatan berkembang dan membina kesedaran jenama yang mantap di SEA dengan memanfaatkan Edagang rentas sempadan. Pada waktu yang tidak menentu seperti ini, amat penting untuk menjadi proaktif dalam mengembangkan perniagaan dalam talian. Digital 38 Group telah membantu jenama-jenama seperti Shure, Kao, Missha, Yuan Skincare dan Nutifood dengan inisiatif pemasaran serantau. Kami mengalu-alukan jenama-jenama untuk meneroka perkhidmatan Edagang kami seperti pembangunan laman sesawang, Shopify atau penubuhan kedai Pasaran Edagang, Jualan Secara Langsung dan pemasaran oleh Individu Berpengaruh."
4 orang penceramah yang lain adalah seperti di bawah (semak tempat acara untuk butiran lanjut mengenai topik):
Latar Belakang ATC / Digital 38
Digital 38, sebuah Agensi Pemasaran Digital 360° dengan kehadiran yang mantap di Asia Tenggara dan Rantau Besar China, bermatlamat untuk memudahkan pemasaran digital, Edagang dan pemasaran media sosial untuk syarikat-syarikat di seluruh ASEAN. Digital 38 memperluas kehadirannya dengan pejabat baharu di Vietnam. ATC ialah anggota Digital 38.