- Jenama tersohor meraikan gaya hidup nakal dan bergaya MARTINI Itali dengan parti bersama pengguna, vermouth edisi terhad, pembungkusan wain berbuih baharu dan label kenang-kenangan
HAMILTON, Bermuda, 17 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Selamat Ulang Tahun, MARTINI®! Bacardi Limited menyambut ulang tahun ke-150 jenama MARTINI yang terkenal di seluruh dunia, dan bersama dengannya, satu setengah abad warisan yang tiada tolok bandingnya yang telah membuat MARTINI vermouth peneraju dunia dan wain berbuih Itali yang paling laris dijual. Tahun penting ini memaparkan budaya ikonik jenama itu serta hubungannya dengan kehidupan Itali yang bergaya dan nakal. MARTINI akan berkongsi detik ini melalui pelbagai produk kedai eksklusif, label kenang-kenangan, koktel yang menyegarkan dan kerjasama pertama seumpamanya.
Bagi melihat aset multimedia yang dikaitkan dengan siaran ini, sila klik: http://www.multivu.com/mnr/60949-bacardi-limited-martini-150-anniversary-vermouth-italian-sparkling-wine
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130717/MM36484)
Sejak tahun 1863, MARTINI telah mencipta minuman-minuman luar biasa yang sebati dengan "gioia di vivere" (keriangan hidup), yang dipenuhi dengan gaya, keghairahan dan semangat menikmati hidup sepuas-puasnya. MARTINI menyerlahkan cara pemikiran Itali yang jelas dan ia bukan sekadar minuman tetapi menakrifkan satu budaya secara menyeluruh.
"Sambil kami meraikan ulang tahun MARTINI ke-150, kami sangat berbangga dengan peranan penting yang dimiliki oleh ikon global dan budaya ini terhadap gaya hidup dolce vita," kata Facundo L. Bacardi, Pengerusi Bacardi Limited. "Bagi mencerminkan sejarah MARTINI yang kaya, kami tidak sabar lagi untuk memajukan warisan jenama luar biasa ini kepada pengguna minuman keras seluruh dunia."
Dengan aperitif vermouth mula membuat kemunculan kembali dan wain berbuih Itali menjadi rebutan seluruh dunia, pengguna dan pelayan bar boleh meraikan ulang tahun ini dengan semua tawaran dan keraian ini yang mempunyai identiti unik "MARTINI":
"MARTINI dihasilkan hanya daripada bahan-bahan terbaik, dan mencipta wain dengan rasa yang luar biasa. Pengguna bercitarasa tinggi dari seluruh dunia sudah mengenali dan mengagumi MARTINI kerana ciri-ciri ini selama lebih 150 tahun lepas. Sebab itulah jenama ini terus menarik perhatian hebat dan menjana pertumbuhan," tambah Ed Shirley, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Bacardi Limited. "Setiap tahun, generasi baharu akan terus terpikat dengan rasa luar biasa vermouth dan wain berbuih Itali MARTINI, yang cukup lazat dinikmati bersama ais atau dicampurkan dalam koktel. Untuk tahun sambutan ini, kami menjemput para pengguna menentukan untung nasib mereka sendiri dan alami detik-detik MARTINI yang takkan dapat dilupakan."
Martini & Rossi ditubuhkan pada tahun 1863 oleh saudagar wain Alessandro Martini, pakar pembuat wain dan pakar herba Luigi Rossi, serta akauntan Teofilo Sola. Syarikat itu bermula dengan menghasilkan vermouth dan kemudian mempelbagaikan lagi dengan wain berbuih Itali. Tidak lama kemudian ia terus bertapak menjadi jenama minuman dan gaya hidup Itali kosmopolitan terkemuka seluruh dunia seperti yang kita kenali hari ini.
MARTINI menghasilkan produk yang mempunyai rasa yang lebih sebati, lebih canggih dan tekal berbanding wain-wain beraroma lain sebelumnya. Sehingga ke hari ini, resipi-resipinya merupakan rahsia yang dikawal rapi, dan hanya diketahui oleh empat Ketua Pengadun MARTINI. Setiap resipi vermouth mengandungi lebih 40 jenis tumbuhan – satu gabungan herba aromatik, bunga-bungaan wangi, buah-buahan harum, kayu-kayan eksotik, akar kayu yang jarang didapati dan rempah ratus daripada seluruh dunia yang dipilih secara khusus – yang disepadukan menjadi minuman dengan keseimbangan sempurna.
Bacardi, sebuah syarikat milikan keluarga yang baru-baru ini menyambut ulang tahun ke-150nya, membeli Kumpulan Martini & Rossi pada tahun 1993. Dengan pemerolehan penting ini, Bacardi berkembang sekali ganda untuk menjadi salah sebuah syarikat minuman keras premium terbesar di dunia.
Mengenai Bacardi Limited
Bacardi Limited, syarikat minuman keras milikan swasta terbesar di dunia, menghasilkan dan memasarkan minuman keras dan wain yang dikenali seluruh dunia. Portfolio jenama Bacardi terdiri daripada lebih 200 jenama dan label, termasuklah rum BACARDI, vodka GREY GOOSE, wiski Blended Scotch DEWAR'S, gin BOMBAY SAPPHIRE, vermouth dan wain berbuih Itali MARTINI, tequila blue agave 100% CAZADORES, vodka ERISTOFF, serta jenama-jenama peneraju dan memuncul yang lain. Ditubuhkan 151 tahun lalu di Santiago de Cuba pada 4 Februari 1862, perniagaan keluarga Bacardi ini kini menggajikan hampir 6,000 orang, mengilangkan jenama-jenamanya di 27 fasiliti dalam 16 pasaran di empat benua dan dijual di lebih 150 buah negara. Bacardi Limited merujuk kepada kumpulan syarikat Bacardi, termasuk Bacardi International Limited.
Mengenai MARTINI
Sebagai salah satu jenama paling ikonik di dunia, MARTINI ialah nama peneraju dalam penghasilan wain Itali dan pembekal wain beraroma dan wain berbuih yang paling berkualiti tinggi. Rasa tajam dan pahit manis rangkaian minuman MARTINI yang banyak memenangi anugerah merupakan hasil campuran rahsia lebih 40 tumbuhan yang disumberkan dari lokasi-lokasi terbaik seluruh dunia. Portfolio MARTINI termasuklah: MARTINI Bianco, MARTINI Rosato, MARTINI Rosso, MARTINI Extra Dry, MARTINI Asti, MARTINI Moscato d'Asti, MARTINI Prosecco, MARTINI Rose, MARTINI Brut dan MARTINI Royale.
Minumlah MARTINI® dengan berhemah.
©2013 BACARDI, BACARDI, THE BAT DEVICE & TANDA-TANDA LAIN YANG BERKAITAN DENGAN PRODUK-PRODUK DALAM SIARAN BERITA INI IALAH TANDA DAGANGAN BACARDI & COMPANY LIMITED ATAU SUBSIDIARI LAIN BACARDI LIMITED