omniture

Jualan HAVAL H6 dan HAVAL JOLION Melonjak dari Januari hingga Ogos dengan Perhatian Global Semakin Meningkat

GWM
2021-09-29 19:37 132

BAODING, China, 29 September 2021 /PRNewswire/ -- Menurut data terkini yang dikeluarkan oleh GWM pada 8 September, HAVAL H6 dan HAVAL JOLION terjual dengan baik mulai Januari hingga Ogos tahun ini dengan jualah kumulatif global melebihi 280,000 kenderaan.

 

Pada bulan April, 3rd Gen HAVAL H6 dan HAVAL JOLION dilancarkan dalam pasaran global dan kemas kini produk telah diselesaikan hanya dalam tempoh tiga bulan. Kini, kedua-dua model telah dijual di lebih daripada 60 negara dan wilayah manakala jualan di beberapa pasaran utama telah mencapai kejayaan yang besar.

Khususnya di Afrika Selatan, HAVAL JOLION menduduki kedudukan teratas bagi jualan runcit SUV kecil dalam bulan pertama pelancarannya dan 3rd Gen HAVAL H6 kekal sebagai antara tiga teratas dalam segmen SUV kompak; Di Arab Saudi, jumlah jualan HAVAL JOLION pada bulan Ogos menduduki kedudukan tiga teratas dalam segmen pasaran tempatan. Selain itu, kedua-dua model juga dijual dengan baik di beberapa wilayah seperti Rusia, Australia dan New Zealand.

Popularitinya juga menjadikan HAVAL sebagai salah satu jenama kereta yang telah menarik perhatian yang luas dalam pasaran antarabangsa. "Pelancaran kedua-dua model ini telah menjadikan jualan luar negara HAVAL meningkat sebanyak 233% berbanding tahun sebelumnya dalam separuh pertama tahun 2021 tatkala wabak global terus menular dan bekalan cip sangat tidak mencukupi," kata Lv Wenbin, Pengurus Teknikal HAVAL.

Pencapaian dalam jualan turut mendapat pujian tinggi daripada banyak media berwibawa untuk 3rd Gen HAVAL H6 dan HAVAL JOLION.

Hannes Oosthuizen, seorang wartawan yang terkenal daripada media automotif Afrika Selatan Cars, berkata bahawa ciri-ciri mewah dan maklumat hibur HAVAL JOLION begitu mengagumkan. Reka bentuk keseluruhan dan ciri-ciri produknya merupakan satu penaiktarafan silang generasi.

"Semasa ujian kami, semua sistem keselamatan yang aktif sangat berkesan dalam keadaan trafik harian," beliau turut berkata.

Carsales, media profesional Australia, menilai 3rd Gen HAVAL H6 sebagai "kereta Cina yang terbaik di Australia setakat ini". Carsales percaya bahawa 3rd Gen HAVAL H6 merupakan "SUV mewah yang berbaloi untuk dibeli" dengan kuasa yang kuat, keselamatan tinggi dan sistem bantuan memandu pintar yang beraneka.

Gabo Baeza, seorang wartawan daripada media Chile Rutamotor, turut meluahkan perasaan beliau selepas pandu ujian, mengatakan bahawa 3rd Gen HAVAL H6 melakar kemajuan yang besar dalam teknologi pintar serta reka bentuk dan sangat mampu bersaing dengan jenama-jenama antarabangsa.

"Saya telah mengikuti HAVAL sejak ia menembusi pasaran Chile pada tahun 2015. Pembaharuan produk yang berterusan membuatkan saya merasakan kevitalan hebatnya. Ia merupakan jenama yang mantap kerana ia mempunyai produk-produk yang sangat hebat," tambah beliau.

Pengiktirafan semasa terhadap HAVAL dalam pasaran antarabangsa memberi lebih keyakinan kepada GMW untuk mencapai matlamat strategiknya untuk tahun 2025.

Di Persidangan Dalam Talian Pengedar Luar Negara pada bulan Ogos tahun ini, Meng Xiangjun, Presiden Bergilir GWM, menyatakan harapan jualan oleh beliau pada masa depan. "Kami akan berusaha untuk menjual lebih daripada satu juta kenderaan menjelang tahun 2025," kata beliau.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Sales reports