omniture

Zymo Research Berbakti Melalui Komitmen Mereka untuk Mengakhiri Pandemik COVID-19 di India

Zymo Research Corp.
2021-09-29 19:43 18

Reagen DNA/RNA Shield – DirectDetect™ menghapuskan pengekstrakan RNA untuk penggunaan ujian COVID-19 yang pantas di negara-negara yang terjejas 

IRVINE, California, 29 September 2021 /PRNewswire/- - Zymo Research telah menyumbangkan sebanyak satu juta kit ujian COVID-19 yang merangkumi peranti pengumpulan dan reagen DNA/RNA Shield - DirectDetect baharunya kepada Mapmygenome yang berpangkalan di Hyderabad, India. Mapmygenome ialah sebuah syarikat diagnostik molekul yang menyediakan ujian DNA, ujian COVID-19 dan memberikan kaunseling genetik peribadi kepada para pelanggannya. Ia menawarkan penyelesaian kesihatan secara peribadi kepada para pelanggannya berdasarkan ujian genetik. Syarikat ini telah menyediakan ujian COVID-19 sepanjang pandemik di makmal ujian molekul canggih mereka yang patuh cGLP serta di sebuah tapak makmal di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi di Hyderabad, India yang menguji virus SARS-CoV-2 bagi penumpang yang masuk.

Zymo Research pays it forward by donating one million DNA/RNA Shield - DirectDetect™ test kits to Mapmygenome™ based in Hyderabad, India.
Zymo Research pays it forward by donating one million DNA/RNA Shield - DirectDetect™ test kits to Mapmygenome™ based in Hyderabad, India.

DNA/RNA Shield – DirectDetect ialah sejenis reagen menyerupai DNA/RNA Shield yang telah mantap milik Zymo Research yang melindungi virus RNA daripada degradasi untuk pengumpulan dan pengangkutan sampel pada suhu yang sesuai dan selamat tanpa memerlukan pengekstrakan asid nukleik. Penghapusan langkah pengekstrakan asid nukleik ini menjimatkan masa untuk mendapatkan keputusan ujian PCR. Berbanding reagen lain, DNA/RNA Shield - DirectDetect tidak menghalang hiliran RT-PCR. Kit ujian DNA/RNA Shield - DirectDetect mengandungi reagen DNA/RNA Shield - DirectDetect dengan peranti kutipan pengesat.

"DNA/RNA Shield - DirectDetect membolehkan negara-negara yang mengalami peningkatan kes COVID-19 untuk menjalankan ujian COVID-19 tanpa pengekstrakan; ini menghapuskan halangan dari segi sumber pengekstrakan yang terhad. Beginilah cara kami memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan," kata Dr. Marc Van Eden, Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Zymo Research. "Kami bekerjasama dengan Mapmygenome disebabkan keupayaan mereka menggunakan dan menganalisis ujian RT-PCR dengan pantas."

"Di India, dengan bekalan kit ujian dan vaksin yang sukar didapati, ujian adalah penting untuk mendiagnosis virus SARS-CoV-2," kata Anu Acharya, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Mapmygenome. Beliau menyambung, "Ketika ramai pembekal bioteknologi dan ujian cenderung untuk menumpukan perhatian terhadap usaha ujian di dalam negara mereka, kami pula menghargai inisiatif kemanusiaan Zymo Research untuk membantu mengakhiri COVID-19 di seluruh dunia."

Untuk maklumat lanjut tentang DNA/RNA Shield - DirectDetect dan program sumbangan Zymo Research, sila layari laman web mereka. 

Anu Acharya, Founder and CEO of Mapmygenome (left) and K.T. Rama Rao, Minister for Municipal Administration & Urban Development, Industries & Commerce, and Information Technology of Telangana (right).
Anu Acharya, Founder and CEO of Mapmygenome (left) and K.T. Rama Rao, Minister for Municipal Administration & Urban Development, Industries & Commerce, and Information Technology of Telangana (right).

Tentang Zymo Research Corp. 

Zymo Research ialah sebuah syarikat swasta yang telah memberikan perkhidmatan kepada komuniti saintifik dan diagnostik dengan alat biologi molekul canggih sejak 1994. Visi syarikat iaitu "Keindahan Sains Menjadikan Semua Perkara Mudah" dizahirkan pada semua produk mereka, daripada epigenetik hingga teknologi penulenan DNA/RNA. Dikenali dalam sejarah sebagai peneraju epigenetik, Zymo Research melangkaui batas kemajuan dengan penyelesaian baharu untuk pengumpulan sampel, pengukuran mikrobiomik, peranti diagnostik dan teknologi NGS yang berkualiti tinggi dan mudah digunakan. Ikuti Zymo Research di Facebook, LinkedIn, Twitter dan Instagram.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1636888/Zymo_Research_Corp_Pays_Forward.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1636889/Anu_and_Minister_Photo2021_09_21_at_13_56_58__1.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/364743/Zymo_Research_Corp_Logo.jpg?p=medium600

Source: Zymo Research Corp.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals