omniture

Diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia sebagai Kilang 'Lighthouse' Global, CATL Terajui Pengilangan Berkualiti Tinggi dan Mampan dalam Industri Bateri

Membawakan pengilangan ekstrem serta pengoptimuman dan pengurusan kecekapan tenaga pintar waktu sebenar, kemudahan Ningde CATL merupakan tapak pengilangan bateri pertama diberi pengiktirafan ini
Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
2021-09-29 19:49 190

NINGDE, China, 29 September 2021 /PRNewswire/ -- Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL) mengumumkan bahawa kemudahan Ningde miliknya telah diiktiraf oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) sebagai kilang 'Lighthouse' global, tapak pengilangan bateri pertama yang menyertai Rangkaian Global Lighthouse Network (GLN) WEF.

Memandangkan CATL merupakan salah satu daripada 21 'Lighthouse' baharu di seluruh dunia, WEF membuat pernyataan yang berikut mengenai daya saing pengilangan CATL: "Berhadapan dengan kerumitan proses pengilangan yang semakin meningkat dan permintaan untuk kualiti produk yang tinggi, CATL memanfaatkan kecerdasan buatan, analitik canggih dan pengkomputeran pinggir/awan untuk mencapai kadar kecacatan bagi setiap kiraan bilion pada kelajuan 1.7s setiap sel dalam tempoh tiga tahun, di samping meningkatkan produktiviti tenaga kerja sebanyak 75% dan mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 10% setahun."

GLN ialah komuniti bagi pengeluar terkemuka di dunia yang memajukan tahap kecekapan dan kemampanan generasi berikutnya melalui inovasi. Designasi "kilang Lighthouse global" dianugerahkan kepada peneraju pengilangan yang telah berjaya dalam mengaplikasikan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) seperti kecerdasan buatan dan analitik data raya bagi meningkatkan kecekapan dan daya saing secara meluas, mentransformasikan model perniagaan dan mencapai pertumbuhan yang menguntungkan, selaras dengan pengawasan terhadap alam sekitar.

Pengilangan ekstrem untuk produk berkualiti tinggi dalam era TWj 

Kecekapan tinggi dan penyampaian berkualiti tinggi merupakan kelebihan daya saing yang utama. Dengan memanfaatkan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan dan data raya, CATL membangunkan sistem pengilangan ekstrem yang mengeluarkan produk bateri berkualiti tinggi pada kelajuan lebih tinggi dan di bawah proses teknologi yang sangat rumit.

Menggunakan kawalan proses pintar berasaskan model dan sistem pemeriksaan pintar berbilang modaliti di semua peringkat pemprosesan, yang didayakan oleh analisis data raya dan algoritma AI, CATL telah mencapai kadar kecacatan yang dipertingkat yang telah bertambah baik daripada tahap PPM (bahagian setiap juta) kepada tahap PPB (bahagian setiap bilion).

Pengurusan tenaga pintar untuk kemampanan rantaian nilai

Mengesan jejak karbon pengeluaran bateri sebagai satu sistem yang menyeluruh bermula daripada perlombongan, bekalan bahan mentah, pengilangan, penggunaan hinggalah kitar semula, CATL membangunkan platform sumber pintar dan pengurusan tenaga untuk mengurangkan lagi emisi karbon daripada pengilangan bateri dan untuk membangunkan rantaian nilai yang lebih mampan:

  • Menggunakan tenaga elektrik bersih yang dijana melalui kuasa solar, hidrokuasa tenaga angin, kuasa nuklear atau sumber tenaga bersih yang lain.
  • Menganalisis data waktu sebenar bagi penggunaan tenaga peralatan penting dengan strategi pengeluaran untuk merancang penyelesaian tenaga yang paling cekap.
  • Merealisasikan pengurusan bersepadu antara kilang-kilang secara kolektif.
  • Mengurangkan penggunaan tenaga unit sebanyak 10% dan emisi karbon sebanyak 57% (kg/kWj) setiap tahun.

Ketua Pembentuk Rantaian Pengilangan dan Nilai Termaju di WEF Francisco Betti berkata: "Kebimbangan global yang meningkat terhadap kesan alam sekitar menjadikan kemampanan sebagai sesuatu yang perlu dimiliki bagi mengekalkan daya maju perniagaan. 'Lighthouse' yang baharu ini dapat menjelaskan bahawa dengan merealisasikan potensi teknologi 4IR dalam pengilangan, syarikat-syarikat dapat menyerlahkan tahap kemampanan baharu dalam operasi mereka dan meninjau penyelesaian yang saling menguntungkan: daya saing operasi yang lebih besar dan dalam masa yang sama menyatakan komitmen secara serentak kepada pengawasan alam sekitar, dan hasilnya dapat menerajui masa depan yang lebih bersih dan lebih lestari."

Selain daripada kemudahan Ningde, CATL telah mewujudkan lapan lagi tapak pengilangan bateri di seluruh dunia, antaranya merupakan kilang luar negara pertama yang terletak di Jerman. Digelar sebagai 'Lighthouse', CATL bersedia untuk memperluas pengalaman 'Lighthouse' bagi membangunkan rangkaian pembuatan global yang berkualiti tinggi, cekap dan mampan serta membantu merealisasikan matlamat keneutralan karbon global.

Latar Belakang CATL 

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL) ialah peneraju global bagi inovasi teknologi tenaga baharu, komited untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan yang utama untuk aplikasi tenaga baharu di seluruh dunia. Pada Jun 2018, syarikat ini didagangkan secara terbuka di Shenzhen Stock Exchange dengan kod saham 300750. Menurut SNE Research, dalam tahun 2020, jumlah penggunaan bateri EV CATL disenaraikan di kedudukan No.1 di dunia selama empat tahun berturut-turut. CATL turut menikmati pengiktirafan yang luas oleh rakan kongsi OEM global. Bagi mencapai matlamat untuk merealisasikan penggantian bahan bakar fosil dalam sistem tenaga pegun dan mudah alih dengan sistem kuasa elektrik amat cekap yang dihasilkan melalui bateri canggih dan tenaga boleh diperbaharui dan menggalakkan inovasi bersepadu aplikasi pasaran dengan pengelektrikan dan "intelligentization", CATL mengekalkan inovasi yang berterusan dalam empat dimensi termasuk sistem kimia bateri, sistem struktur, sistem pembuatan dan model perniagaan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.catl.com

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Ltd.
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Related Links:
Keywords: Electrical Utilities Mining/Metals Oil/Energy Utilities