omniture

HEISHA DNEST2 menakrif semula dron autonomi

HEISHA TECH
2021-09-29 19:50 168

SHENZHEN, China, 29 September 2021 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, HEISHA TECH melancarkan produk generasi keduanya HEISHA DNEST2 pada 28 September 2021. DNEST2 ialah sistem pengumpulan data penerbangan udara jarak jauh yang sedia digunakan dan automatik sepenuhnya. Produk ini membawa operasi dron ke tahap serba baharu, menghapuskan sepenuhnya keperluan terhadap juruterbang. DNEST2 bukan sahaja merupakan stesen pengecasan dron, tetapi juga rumah pintar dron.

Walaupun ia turut dikenali sebagai kenderaan udara tanpa pemandu, dron perlu dikendalikan oleh juruterbang profesional. HEISHA bermatlamat untuk mencapai penerbangan pintar tanpa pemandu yang sebenar dan dengan matlamat yang diutamakan ini, melancarkan DNEST1 pada akhir tahun 2020.

Susulan keluaran ini, HEISHA mengambil kira maklum balas yang diterima daripada penggunanya dan selepas berusaha bersungguh-sungguh untuk menaik taraf sistem, memperkenalkan HEISHA DNEST2. Sistem ini merupakan alat yang sempurna untuk penyedia perkhidmatan dron, yang mana kumpulannya mungkin melibatkan dron komersial daripada pelbagai pengeluar. Bagi pengendali yang menggunakan dron berbeza untuk pelbagai aplikasi di tapak kerja, DNEST2 dapat menyediakan penyelesaian sejagat.

Pengguna yang bukan juruterbang atau tiada pengetahuan untuk menerbangkan dron kini boleh mengendalikan dron dengan mudah. DNEST2 akan dapat menjadi pilihan yang lebih mudah untuk pengguna yang perlu memeriksa dari jauh tanah yang dimiliki, estet, ladang ternak, kawasan menangkap ikan, kilang atau sebarang hartanah atau operasi yang memerlukan pemantauan berterusan atau yang mana mereka memerlukan video waktu sebenar dari udara.

Keluaran terbaharu ini membolehkan dron daripada pengeluar-pengeluar berbeza berkongsi platform pengecasan yang sama sekali gus mendayakan pelbagai jenis aplikasi baharu.

Ia turut menawarkan pengguna dengan pengalaman penerbangan yang mudah. Pengendali boleh mengawal dron dari jauh melalui aplikasi DNEST sama seperti bermain permainan. Sekiranya pengendali memerlukan operasi yang lebih profesional, alat kawalan jauh boleh dikendalikan melalui pusat arahan web. Dengan sistem pendaratan jitu AI, pengendali boleh menerbangkan dron tanpa mengira sama ada siang atau malam.

Dengan sistem pemantauan dan diagnosis jarak jauh, penyelenggaraan adalah mudah dan pintar. Produk ini telah lulus CE, FCC dan pensijilan keandalan pihak ketiga yang lain.

Kesederhanaan operasi HEISHA DNEST2 menjadikan dron dan teknologi dron dapat diakses oleh semua. Kini, HEISHA menawarkan sesi pengalaman penerbangan jarak jauh tanpa sebarang kos kepada pengguna yang berminat. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi info@heishatech.com. HEISHA bersedia sepenuhnya untuk menerima pesanan dengan masa pendulu untuk penghantaran selama 30 hari.

https://www.heishatech.com/dnest-hardware-for-drone-in-a-box-solution/

 

HEISHA DNEST2 is the second generation drone-in-a-box solution. DNEST2 is compatible with DJI drones and Autel Drones, Parrot, Skydio.
HEISHA DNEST2 is the second generation drone-in-a-box solution. DNEST2 is compatible with DJI drones and Autel Drones, Parrot, Skydio.

Source: HEISHA TECH
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Computer/Electronics Consumer Electronics Travel