omniture

CGTN: Apa erti realisasi Xiaokang China untuk rakyatnya dan dunia?

CGTN
2021-09-29 19:54 147

BEIJING, 29 September 2021 /PRNewswire/ -- Masyarakat Xiaokang, atau "masyarakat sederhana makmur dalam segenap aspek," ialah istilah yang membawa impian yang telah lama diharapkan oleh bangsa Cina. Pada 1 Julai, China mengumumkan pencapaian matlamat keseratus tahun pertamanya untuk membina masyarakat sedemikian. Namun begitu, apa ertinya untuk sebuah negara yang memiliki 1.4 bilion penduduk dan dunia secara keseluruhannya?

Satu kertas putih yang bertajuk "Perjalanan Epik China daripada Kemiskinan kepada Kemakmuran" ("China's Epic Journey from Poverty to Prosperity") yang dikeluarkan pada hari Selasa mempunyai jawapannya.

Oleh rakyat Cina, untuk bangsa Cina

Menurut pengertian Confucius tradisional, Xiaokang ialah keadaan yang mana, meskipun tidak sempurna, semua orang dapat dipenuhi keperluannya dengan secukupnya. Ia diperkenalkan semula dalam wacana politik pada tahun 1970-an dan sejak itu, Parti Komunis Cina (CPC) memimpin usaha untuk mengubah konsep ini menjadi kenyataan.

Ia merupakan "langkah yang kritikal ke arah penggiatan semula negara," menurut kertas putih berkenaan.

Setelah merealisasikan Xiaokang, China beralih kepada matlamat keseratus tahun keduanya untuk membina sebuah negara sosialis moden dengan cara menyeluruh menjelang pertengahan abad ini bagi menyambut ulang tahun keseratus Republik Rakyat China.

Mengetahui bahawa pembangunan yang menyeluruh adalah penting untuk kemakmuran yang sederhana, kertas putih tersebut memperincikan kemajuan yang dilakar dalam bidang ekonomi, politik, budaya, sosial dan eko-persekitaran dalam proses untuk membina sebuah masyarakat sederhana makmur.

Sebagai contoh, kekuatan ekonomi China telah meningkat dengan ketara dengan KDNKnya melonjak kepada kira-kira 101.6 trilion yuan (kira-kira $15.7 trilion) tahun lalu daripada 67.9 bilion yuan ($10.53 bilion) pada tahun 1952.

Kertas putih tersebut turut mengetengahkan konsep "kemakmuran buat semua", yang mana semua orang berkongsi hasil pembangunan dan "tiada individu, kawasan atau kumpulan etnik ditinggalkan," dalam masyarakat seperti ini.

Taraf hidup orang miskin telah meningkat dengan ketara, pencapaian dalam infrastruktur luar bandar adalah sangat baik dan hubungan bandar-luar-bandar yang baharu terjalin, menurut kertas putih tersebut.

Menanggung beban global yang sangat berat

Berhubung dengan kepentingan masyarakat Xiaokang demi kemajuan umat manusia, kertas putih tersebut menjelaskan bahawa China yang lebih makmur dan stabil – negara yang paling padat penduduknya dan negara membangun yang terbesar di dunia – menyumbang kepada keamanan dan pembangunan dunia hasil daripada usahanya.

Dalam mencapai masyarakat sederhana makmur, China membantu mengurangkan penduduk yang dilanda kemiskinan di dunia dengan ketara, menurutnya.

Pada bulan Februari, Presiden Xi Jinping mengumumkan pembasmian kemiskinan melampau China, berkata bahawa lebih daripada 10 juta orang miskin telah dikeluarkan daripada belenggu kemiskinan secara purata setiap tahun sejak Kongres Nasional ke-18 CPC pada tahun 2012.

Ini bererti bahawa China memenuhi sasaran pembasmian kemiskinan yang ditetapkan dalam Agenda Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030, 10 tahun lebih awal daripada yang dijadualkan.

Sementara itu, kertas putih berkenaan menyatakan bahawa dasar pembukaan China yang saling menguntungkan akan membantu membina ekonomi yang lebih terbuka, agar dapat menyediakan lebih banyak peluang dalam pasaran, pelaburan dan pertumbuhan kepada negara-negara lain.

Pengalaman China menawarkan pilihan yang baharu kepada negara-negara dan rakyat berkenaan yang ingin mencapai pertumbuhan pesat mahupun kebebasan, menurut kertas putih tersebut.

https://news.cgtn.com/news/2021-09-28/China-issues-white-paper-about-achieving-moderately-prosperous-society-13UWW5MBRD2/index.html

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service