omniture

Infosys (NYSE: INFY) Umum Hasil Keputusan Suku Tahun Berakhir 30 Jun 2013

Infosys
2013-07-18 00:17 181

BANGALORE, India, 18 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Hasil suku tahun pertama tumbuh sebanyak 13.6% dari tahun ke tahun; 2.7% suku ke suku.

Sorotan Kewangan

Hasil terkumpul di bawah Standard Laporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) bagi suku tahun berakhir 30 Jun 2013

  • Hasil sebanyak $1,991 juta bagi suku tahun berakhir 30 Jun 2013
    Pertumbuhan suku ke suku 2.7%
    Pertumbuhan tahun ke tahun 13.6%
  • Untung bersih sebanyak $ 418 juta bagi suku tahun berakhir 30 Jun 2013
    Pertumbuhan suku ke suku menurun 5.9%
    Pertumbuhan tahun ke tahun 0.5%
  • Perolehan per Saham Depositori Amerika (EPADS) adalah $0.73 bagi suku tahun berakhir 30 Jun 2013
    Pertumbuhan suku ke suku menurun 6.4%
    Pertumbuhan tahun ke tahun tidak berubah.
  • Aset cair termasuk wang tunai dan kesamaan tunai, aset kewangan yang sedia dijual, dan bon kerajaan adalah $4.1 bilion melawan $4.4 bilion setakat 31 Mac 2013

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130122/589162 )

Sorotan lain:

  • Infosys dan subsidiarinya menambah 66 klien semasa suku tahun itu
  • Penambahan kasar sebanyak 10,138 kakitangan (penambahan bersih sebanyak 575 orang) semasa suku tahun itu oleh Infosys dan subsidiarinya
  • 157,263 orang kakitangan setakat 30 Jun 2013 untuk Infosys dan subsidiarinya

"Walaupun menghadapi persekitaran makro yang tidak tentu, rejim kawal selia yang berubah dan persekitaran matawang yang bergolak, kami mempunyai prestasi yang baik semasa suku tahun pertama dan kini berhati-hati dalam perasaan optimis kami untuk baki tahun akan datang," kata S. D. Shibulal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan.

"Kami mengekalkan margin kami dan terus membuat pelaburan dalam perniagaan," kata Rajiv Bansal, Ketua Pegawai Kewangan. "Kami telah mengumumkan peningkatan pampasan untuk FY 14 berkuatkuasa Julai yang akan memberi kesan terhadap margin kami dalam suku-suku tahun akan datang."

Pandangan

Pandangan syarikat itu (secara menyeluruh) untuk suku tahun pengakhiran tahun fiskal yang berakhir 31 Mac 2014, di bawah IFRS adalah seperti berikut:

  • Hasil dijangka meningkat sebanyak 6% hingga 10%;

Sorotan Perniagaan

  • Kami terus melihat momentum penawaran yang baik dalam ruangan produk dan platform. Lebih sembilan klien, merentasi negara telah menggunakan produk dan platform Infosys (kecuali Finacle™).
  • CareFirst BlueCross BlueShield menganugerahkan kepada kami kontrak perkhidmatan terurus selama tiga tahun untuk mencipta model penghantaran berkesan kos dan memacu kecekapan sokongan aplikasi. Infosys Public Services akan membina fasiliti selamat dalam pusat penghantarannya yang baharu dibina di Rockville, Maryland untuk berkhidmat mengikut kontrak itu dan membantu CareFirst menyatukan perkhidmatan sokongan IT yang kini dikendalikan oleh ramai vendor.
  • Kami mengumumkan perkongsian dengan IPsoft bagi menawarkan perkhidmatan IT diurus berasaskan autonomi kepada klien. IPsoft dan Infosys akan membina sebuah Pusat Kecemerlangan Autonomi dan sebuah Makmal Autonomi di Pusat Pendidikan Global Infosys di Mysore. Pusat Kecemerlangan itu akan menumpu kepada membangunkan kecekapan teknikal dan latihan kakitangan Infosys; Makmal itu pula akan membangunkan bukti konsep dan penyelesaian autonomi rekaan untuk klien.
  • Tumpuan kami terhadap Awan dan Data Besar sebagai bidang pertumbuhan baharu terus memberikan hasil. Perniagaan Awan dan Data Besar telah melaksanakan lebih 100 penglibatan. Sepanjang suku tahun terakhir, Infosys telah mendapat 15 penglibatan di seluruh perkhidmatan Awan dan Data Besar. Infosys juga telah dijemput menyertai Persekutuan Pusat Data Terbuka global (ODCA) sebagai ahli penyumbang bagi membantu menakrifkan dan memperkuat piawaian industri sedunia bagi menyokong keperluan awan dan data besar perusahaan.
  • Klien kami terus melabur menggunakan Mobiliti sebagai pembeza dalam penglibatan pelanggan, perniagaan dan pengendalian mereka. Lebih 25 penglibatan baharu merentasi pelbagai industri dan bidang seperti perkhidmatan lapangan, penglibatan pelanggan dan keberkesanan perusahaan, telah kami cetuskan pada suku tahun terakhir.
  • Finacle™ mengekalkan momentum perniagaannya pada suku tahun terakhir dengan 15 kemenangan baharu dan 14 bank dengan rasminya menggunakan Finacle™ di seluruh Timur Tengah, Afrika, Asia dan Amerika Tengah. Ini termasuklah pelanggan Finacle™ pertama di Mongolia dan pelaksanaan perbankan teras berjaya yang pertama baru-baru ini di Turki.
  • Sewaktu suku tahun pertama, Infosys memohon 18 permohonan paten unik di India dan AS. Dengan ini, ia telah mempunyai 528 permohonan paten yang sedang melalui pelbagai peringkat proses kelulusan paten di India, AS dan bidang kuasa lain, telah mempunyai 106 paten yang diluluskan oleh Jabatan Paten dan Cap Dagang Amerika Syarikat dan tiga paten oleh pejabat paten Luxembourg.

Anugerah dan Penghargaan

Infosys telah diberi penghormatan secara tekal oleh pihak terkemuka

  • Infosys memenangi Anugerah Rakan Kongsi Perniagaan Perdagangan Lebih Pintar IBM Tahunan untuk Australia dan New Zealand.
  • Pasukan Perkhidmatan Kejuruteraan Infosys muncul sebagai pemenang pertandingan Simulasi Realiti 2013, dianjurkan oleh MSC Software, untuk penggunaan teknologi generasi seterusnya bagi pembaharuan dalam bidang rekaan kejuruteraan.
  • CorpU, peneraju penyedia pandangan dan pendidikan pembangunan bakat  di Amerika Syarikat, mengiktiraf program Connect Architecture oleh Infosys sebagai amalan "Contoh" semasa Anugerah Kecemerlangan dan Pembaharuan Pembelajaran CorpU tahunan yang ke-14.
  • Kami dinamakan sebagai 'Peneraju Pangkat Karbon Penjejakan Alam Sekitar (ET) 2013'  untuk amalan pembebasan gas rumah hijau dan amalan keterbukaan kami.
  • Program Seamless Desktop British Telecom yang diperkasa oleh AssistEdge Infosys telah dianugerahkan dengan Anugerah Pembaharuan Perniagaan Telekom Global 2013 yang berprestij bagi kategori Pembaharuan Perkhidmatan Pengguna.
  • Infosys Public Services berada pada kedudukan ke-15 dalam 100 Informatik Penjagaan Kesihatan 2013, berdasarkan hasil daripada produk dan perkhidmatan IT penjagaan kesihatan.
  • Finacle™ memenangi anugerah XCelent Depth of Service dalam ruangan Perbankan Mudah Alih dalam sebuah penilaian 20 vendor global oleh Celent
  • The Metro Atlanta Chamber mempersembahkan Anugerah Kesan Global 2013 kepada Infosys BPO bagi kategori Pelaburan Langsung Asing bagi rancangannya untuk melabur dalam pendidikan dan latihan.
  • Anugerah 50 Warga Amerika Asia Terhebat dalam Perniagaan 2013 mengiktiraf Ashok Vemuri, Ahli Lembaga, Ketua Negara-negara Amerika dan Ketua Global Pembuatan dan Kejuruteraan Infosys untuk kepimpinan perniagaan contoh beliau, wawasan untuk pertumbuhan dan peranan beliau dalam mengarah aktiviti Yayasan Infosys di AS.

Mengenai Infosys Ltd

Infosys ialah peneraju global dalam perundingan perniagaan dan penyelesaian teknologi. Sebagai rakan kongsi yang terbukti menumpukan terhadap membina perusahaan masa hadapan, Infosys membolehkan klien dalam lebih 30 buah negara mengatasi para pesaing dan terus kekal di hadapan lengkung inovasi.

Diperingkatkan di kedudukan tinggi dalam senarai 100 syarikat paling membawa pembaharuan Forbes, Infosys – dengan hasil tahunan sebanyak $7.4 bilion dan 150,000+ kakitangan – menyediakan perusahaan dengan pandangan strategik tentang apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Kami membantu perusahaan bertukar dan berkembang maju di sebuah dunia yang berubah melalui perundingan strategik, kepimpinan kendali dan penciptaan bersama penyelesaian yang canggih, termasuk kepada mereka yang berada dalam kemudahalihan, kemampanan, data besar dan pengkomputeran awan.

Lawati http://www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY) menepati cogan kata Building Tomorrow's Enterprise® hari ini.

Kenyataan Perlindungan Diri

Beberapa kenyataan dalam siaran ini mengenai prospek pertumbuhan masa depan kami adalah kenyataan ramalan, yang melibatkan risiko dan ketidakpastian yang mungkin boleh menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan dalam kenyataan ramalan ini. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian mengenai turun naik perolehan, turun naik dalam kadar tukaran asing, kemampuan kami untuk mengurus pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT termasuk faktor-faktor yang mungkin akan memberi kesan terhadap kelebihan kos kami, peningkatan upah di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan para profesional berkepakaran tinggi, masa dan kos berlebihan pada kontrak kerangka dengan harga dan masa tetap, kepadatan pelanggan, kekangan imigrasi, kepadatan segmen industri, kemampuan kami untuk menguruskan pengendalian antarabangsa kami, pengurangan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan penting kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kebolehan kami untuk melengkapkan dan menyepadukan pemerolehan berpotensi dengan berjaya, liabiliti untuk kerosakan terhadap kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat yang Infosys laburkan secara strategik, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik wilayah, kekangan sah terhadap mengumpul modal atau memperoleh syarikat di luar India dan penggunaan hak milik intelek kami yang tidak diluluskan, dan keadaan ekonomi lazim yang memberi kesan terhadap industri kami. Risiko-risiko tambahan yang mungkin boleh memberi kesan terhadap keputusan pengendalian kami di masa hadapan digambarkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami pada Borang 20-F untuk tahun fiskal berakhir 31 Mac 2013 dan pada Borang 6-K untuk suku tahun berakhir 30 Jun 2012, 30 September 2012 dan 31 Disember 2012. Pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Dari semasa ke semasa, Infosys mungkin akan membuat kenyataan ramalan tambahan secara bertulis dan lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa dan laporan kami pada pemegang saham. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemaskini mana-mana kenyataan ramalan yang mungkin akan dibuat oleh syarikat atau wakil syarikat dari masa ke masa melainkan jika diperuntukkan oleh undang-undang.

Infosys Limited dan  subsidiari

Kunci Kira-kira Disatukan Ringkas Tidak Diaudit Setakat

(Dalam juta dolar kecuali data saham)





30 Jun 2013 

31 Mac 2013

ASET



Aset semasa



Tunai dan kesamaan tunai

$3,556

$4,021

Aset kewangan sedia untuk dijual

412

320

Kebolehterimaan dagangan

1,375

1,305

Hasil belum dibil

449

449

Prabayaran dan aset semasa lain

412

391

Alat kewangan terbitan

-

19

Jumlah aset semasa

6,204

6,505

Aset bukan semasa



Harta, loji dan peralatan

1,124

1,191

Muhibah

350

364

Aset tidak ketara

64

68

Aset kewangan sedia untuk dijual

87

72

Aset cukai pendapatan tertangguh

87

94

Aset cukai pendapatan

186

201

Aset bukan semasa lain

28

44

Jumlah aset bukan semasa

1,926

2,034

Jumlah aset

$8,130

$8,539

LIABILITI DAN EKUITI



Liabiliti semasa



Alat kewangan terbitan

$46

-

Kebolehterimaan dagangan

12

35

Liabiliti cukai pendapatan semasa

288

245

Deposit klien

4

6

Hasil tidak diperoleh

140

152

Kewajipan faedah kakitangan

116

113

Peruntukan

36

39

Liabiliti semasa lain

598

568

Jumlah liabiliti semasa

1,240

1,158

Liabiliti bukan semasa



Liabiliti cukai pendapatan tertangguh

24

23

Liabiliti bukan semasa lain

34

27

Jumlah liabiliti

1,298

1,208

Ekuiti



Modal saham-5 ($0.16) nilai tara



600,000,000 saham ekuiti diluluskan, dikeluarkan



dan belum dijelaskan 571,402,566 setiap satu,



2,833,600 saham perbendaharaan bersih setakat



30 Jun 2013 dan 31 Mac 2013, masing-masing

64

64

Premium saham

704

704

Perolehan dikekalkan

7,776

7,666

Komponen ekuiti lain

(1,712)

(1,103)

Jumlah ekuiti usaha pemegang ekuiti



syarikat

6,832

7,331

Kepentingan bukan mengawal

-

-

Jumlah ekuiti

6,832

7,331

Jumlah liabiliti dan ekuiti

$8,130

$8,539

 

Infosys Limited serta syarikat-syarikat subsidiari

Kenyataan Pendapatan Disatukan Ringkas  yang Tidak Diaudit

(Dalam juta dolar kecuali data saham dan data saham per ekuiti)





   Tiga bulan

 Tiga bulan


berakhir Jun

berakhir Jun


30 2013

30 2012




Hasil

$1,991

$1,752

Kos jualan

1,296

1,059

Untung kasar

695

693

Perbelanjaan pengendalian:



Perbelanjaan jualan dan pemasaran

103

86

Perbelanjaan pentadbiran

124

118

Jumlah perbelanjaan pengendalian

227

204

Untung pengendalian

468

489

Pendapatan lain, bersih

103

87

Keuntungan sebelum cukai pendapatan

571

576

Perbelanjaan cukai pendapatan

153

160

Untung bersih

$418

$416

Pendapatan menyeluruh lain



Item yang takkan diklasifikasikan semula untuk



keuntungan atau kerugian



Pengukuran semula liabiliti/aset faedah



yang ditakrif bersih

1

-




Item yang mungkin akan diklasifikasikan semula secara berikutan



untuk keuntungan atau kerugian



Perubahan nilai adil untuk aset kewangan



sedia dijual, bersih daripada kesan cukai

-

(1)

Perbezaan pertukaran untuk



menterjemah pengendalian asing

(619)

(552)

Jumlah pendapatan menyeluruh lain

$(618)

$(553)




Jumlah pendapatan menyeluruh

$(200)

$(137)




Keuntungan usaha:



Pemilik-pemilik syarikat

$418

$416

Kepentingan bukan mengawal

-

-


$418

$416

Jumlah pendapatan menyeluruh usaha:



Pemilik-pemilik syarikat

$(200)

$(137)

Kepentingan bukan mengawal

-

-


$(200)

$(137)

Perolehan per saham ekuiti



Asas ($)

0.73

0.73

Dicairkan ($)

0.73

0.73

Purata saham ekuiti berpemberat yang digunakan



untuk mengira perolehan per saham ekuiti



Asas

571,402,566

571,396,551

Dicairkan

571,402,566

571,398,141

 

NOTA:

1. Kunci kira-kira Disatukan Ringkas dan Kenyataan Pendapatan Menyeluruh Disatukan Ringkas yang tidak diaudit untuk tiga bulan berakhir 30 Jun 2013 telah direkodkan semasa mesyuarat Lembaga yang diadakan pada 12 Julai 2013

2. Sebuah Lembaran Fakta yang menyediakan metrik pengendalian syarikat itu boleh dimuat turun daripada http://www.infosys.com

Lembaran Fakta: http://www.multivu.prnewswire.com/mnr/prne/operations/fact-sheet.pdf

Siaran akhbar IFRS INR: http://www.multivu.prnewswire.com/mnr/prne/operations/IFRS-INR-press-release.pdf

Sumber: Infosys

 

Source: Infosys
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Earnings