omniture

Superstar Drew Brees, Patrick Mahomes, Randy Jackson dan Jean De Villiers Menyokong VirtualStaX (Dikuasakan oleh TurnCoin)

TheXchange
2021-09-29 22:12 75

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 29 September 2021 /PRNewswire/ -- Sebuah syarikat yang ingin merevolusikan ekonomi peminat global melalui teknologi rantaian blok - TheXchange - melancarkan TurnCoin untuk pelaburan di seluruh dunia.

 

 

 

TurnCoin ialah keselamatan digital patuh kawal selia dengan perkongsian pendapatan yang menguasakan produk TheXchange iaitu VirtualStaX (StaX) - satu pengalaman peminat baharu yang membolehkan individu berbakat di setiap peringkat dapat menjana pendapatan melalui persembahan mereka dan berpeluang untuk mewujudkan aliran pendapatan berterusan baharu.

TheXchange akan mengagihkan 100% pendapatan kasar globalnya yang terkumpul melalui keseluruhan ekosistemnya kepada para pelaburnya - para pemegang TurnCoin - secara automatik setiap bulan.

"TurnCoin bukan mata wang kripto.  Ia merupakan keselamatan digital yang disahkan melalui teknologi rantaian blok.  Ia telus, tidak berubah dan boleh diakses secara global.  Ini adalah masa depan pelaburan berasaskan ekuiti dan aset," jelas Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Rudolf Markgraaff.

TheXchange ialah pasaran global untuk membeli dan berdagang StaX – kad dagangan digital – yang akan dilancarkan pada bulan Disember 2021. Daripada bintang-bintang yang semakin meningkat kepada bintang-bintang terkenal, pengalaman peminat baharu ini akan membolehkan orang ramai untuk memiliki dan berdagang StaX daripada individu berbakat kegemaran mereka dalam semua bidang minat; sukan, e-sukan, muzik, seni, hiburan dan banyak lagi. 

Teras matlamat TheXchange berasal daripada hasrat untuk memperkasakan individu berbakat di seluruh dunia untuk mencapai impian mereka dengan mewujudkan sebuah platform yang memberi kelebihan kepada bintang-bintang yang semakin meningkat yang diperlukan untuk meraih kejayaan. 

Platform ini disokong oleh beberapa nama terbesar di dunia yang berkongsi falsafah ini, termasuk Drew Brees, Patrick Mahomes, Randy Jackson dan Jean De Villiers telah menyertai sebagai penyokong dan duta global VirtualStaX.

"Saya percaya pada kuasa baik dan hebat yang dimiliki VirtualStaX untuk ramai atlet, artis muda dan golongan muda yang berwawasan. Ia merupakan Platform Orang Ramai untuk Orang Ramai," kata Brees berhubung penglibatan.

"Platform ini memberikan pendedahan dan peluang untuk berkembang, saya berharap saya mempunyainya sewaktu saya kecil," tambah Jackson.

Golongan bakat menghasilkan wang dengan memperoleh pendapatan kasar sebanyak 90% yang dijana daripada jualan StaX mereka serta yuran pada semua dagangan masa depan oleh para pemegang StaX mereka. Semakin meningkat populariti mereka, permintaan untuk StaX mereka juga akan meningkat, sekaligus membiayai kerjaya mereka. Ia membolehkan golongan bakat disokong oleh orang ramai di seluruh dunia, bukan hanya bergantung pada penaja, pendanaan awam atau sumbangan.

TheXchange mengumpul pendapatan kasar sebanyak 10% yang dijana daripada setiap jualan awal StaX di seluruh dunia serta yuran pada semua dagangan masa depan. Pendapatan kasar global sebanyak 100% yang dijana oleh TheXchange akan diagihkan kepada pemegang TurnCoin secara prorata pada setiap bulan.

"TheXchange tidak akan hanya menampilkan nama-nama yang terkenal. Dengan melabur dalam TurnCoin, anda melabur dalam sumber tenaga boleh diperbaharui, individu yang berbakat dan impian mereka yang paling hebat di dunia serta manfaat kewangan kepada para pemegang TurnCoin yang diperluas kepada setiap VirtualStaX yang dijual di seluruh pelosok bumi," sambung Markgraaff.

TurnCoin tersedia untuk pelaburan di turncoin.com melalui kerjasama dengan Securitize.io sebagai ejen pemindahan berdaftar.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.turncoin.com.

Untuk maklumat lanjut atau permintaan temu bual, sila hubungi:
Emma King
press@turncoin.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1638718/TheXchange_Global_Ambassadors.jpg?p=medium600
Video - https://www.youtube.com/watch?v=NBPE8Z8Xlhs

 

The all-star Global Ambassadors of VirtualStaX.
The all-star Global Ambassadors of VirtualStaX.

 

 

 

Source: TheXchange
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet New products/services Blockchain