omniture

LOTTE HOTEL diakreditasi dengan 'GBAC STAR™' oleh ISSA

Destinasi utama untuk lawatan ke Korea: LOTTE HOTEL selamat dan bersih seperti sebuah hospital.
LOTTE HOTELS & RESORTS
2021-09-30 06:00 170
  • LOTTE HOTEL, jenama hotel Korea pertama mencapai GBAC STAR™ untuk semua hotel 5-bintangnya
  • Dilengkapi dengan sistem kebersihan yang ketat untuk mengelakkan penyakit menular

SEOUL, Korea Selatan, 30 September 2021 /PRNewswire/ -- Ungkapan yang dipopularkan untuk 'V-nomics' dalam pasca-pandemik ialah "keselamatan". Hotel-hotel rangkaian global telah memperkenalkan perkhidmatan yang sesuai dengan kebiasaan baharu dengan mewujudkan sistem kebersihan dan langkah-langkah pencegahan dan dengan menawarkan perkhidmatan yang mudah. Menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh Expedia Group pada bulan Julai awal tahun ini, pelancong mengutamakan keadaan kebersihan, langkah-langkah pencegahan dan perkhidmatan yang mudah apabila merancang perjalanan mereka. Biarpun jangkaan terhadap standard keselamatan terus meningkat lebih tinggi, pensijilan Global Biorisk Advisory Council (GBAC) STAR™ yang dicapai oleh LOTTE HOTEL, kumpulan hotel yang terbesar di Korea, menggamit perhatian.

LOTTE HOTEL diakreditasi dengan GBAC STAR oleh ISSA
LOTTE HOTEL diakreditasi dengan GBAC STAR oleh ISSA

Pada Disember 2020, SIGNIEL SEOUL/BUSANLOTTE HOTEL SEOUL/WORLD/JEJU /ULSAN telah mencapai pensijilan GBAC STAR™ daripada International Sanitary Supply Association (ISSA). Akreditasi pertama diberikan kepada SIGNIEL SEOUL pada November 2020, diikuti dengan semua LOTTE HOTEL lima bintang menerusi pengiktirafan antarabangsa Korea.

ISSA ialah persatuan yang paling disegani di seluruh dunia untuk industri kebersihan yang terletak di Northbrook, Illinois, A.S. GBAC STAR™ ialah akreditasi untuk hotel, restoran dan kemudahan awam lain yang mematuhi peraturan kebersihan yang ketat dan mempunyai sistem pencegahan. Kemudahan dinilai secara sistematik berdasarkan kepada 20 standard global ketat yang berkaitan dengan program pembersihan, penyahjangkitan dan pencegahan. Penilaian ini dijalankan oleh Global Biorisk Advisory Council yang terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang biorisiko.

"Pensijilan GBAC STAR™ merupakan satu akreditasi global untuk sistem penyahjangkitan dalam sesebuah kemudahan," kata jurucakap LOTTE HOTEL. "Sebuah kemudahan yang diakreditasi dengan pensijilan ini sentiasa membersihkan dan menyahjangkit ke tahap seperti sebuah hospital." Dengan cara ini, LOTTE HOTEL memperkukuh pengurusan penyahjangkitan dan kebersihan untuk memastikan keselamatan tetamu daripada virus dan kontaminasi. Pada Ogos 2020, pakar-pakar ISSA memberi perundingan dengan memeriksa standard pembersihan, penyahjangkitan dan pencegahan melalui pemeriksaan hotel. 

Umumnya, hotel-hotel kerap menyahjangkit bahagian yang kerap dicapai seperti pemegang pintu, alat kawalan jauh dan pili semasa mengemas bilik. Di samping pembersihan berkala, LOTTE HOTEL menyahjangkit semua permukaan yang disentuh oleh orang ramai, termasuk meja dan lantai, menggunakan bahan nyahjangkit untuk COVID-19 yang disyorkan oleh EPA Amerika (Agensi Perlindungan Alam Sekitar), seterusnya dapat mencegah jangkitan silang. Kebersihan semua permukaan kontak dikawal dengan ketat menerusi ujian ATP berkala yang mengukur mikroorganisma.

David H.S. Kim, Ketua Pegawai Eksektutif LOTTE HOTEL berkata, "sejak mencapai pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Makanan (ISO22000) yang diakreditasi di peringkat antarabangsa buat pertama kali untuk jenama hotel Korea pada tahun 2015, LOTTE HOTEL mengurus keselamatan dan kebersihan dengan ketat yang mematuhi standard global. Berdasarkan kepada prestasi hebat kami dan pengetahuan yang dikumpul sejak empat tahun yang lalu, LOTTE HOTEL akan terus mencadangkan prospek baharu dalam perkhidmatan hotel menerusi era pasca pandemik."

 

 

 

Source: LOTTE HOTELS & RESORTS
Keywords: Hotels and Resorts Travel Awards