omniture

Pelancaran produk musim luruh dalam talian Absen 2021 berakhir dengan jayanya, siri Clear Cobalt Mikro LED menjadikannya kemunculan sulung yang hebat

Absen.com
2021-09-30 13:31 179

SHENZHEN, China, 30 September 2021 /PRNewswire/ -- Tanggal 23 September, pelancaran produk musim luruh Absen 2021 telahpun diadakan secara dalam talian dalam bentuk siaran langsung, melancarkan produk paparan Mikro LED premium generasi baharu, penyelesaian studio filem maya dan tiga produk yang inovatif kepada pengguna global. Lebih 600 pelanggan dan rakan kongsi dari negara-negara termasuk AS, UK, Jerman dan Perancis telah menonton siaran langsung tersebut, bersama-sama meneroka teknologi canggih dan hala tuju pembangunan industri paparan LED.

Pada 23 September, pelancaran produk musim uruh Absen 2021 diadakan secara dalam talian dalam bentuk siaran langsung, melancarkan produk paparan Mikro LED premium generasi baharu, penyelesaian studio filem maya dan tiga produk inovatif kepada pelanggan global.
Pada 23 September, pelancaran produk musim uruh Absen 2021 diadakan secara dalam talian dalam bentuk siaran langsung, melancarkan produk paparan Mikro LED premium generasi baharu, penyelesaian studio filem maya dan tiga produk inovatif kepada pelanggan global.

Siri Clear Cobalt Mikro LED menjadikannya kemunculan sulung yang hebat

Dengan ketibaan era paparan pintar ultra-HD 5G+8K, orang ramai menjadi semakin mendesak apabila melibatkan elemen seperti kualiti dan resolusi imej. Sebagai teknologi paparan generasi baharu, Mikro LED merupakan satu peluang untuk menjadi kuasa teknologi untuk direbut oleh pengeluar paparan di dalam dan luar negara. Syarikat-syarikat huluan dan hiliran utama dalam rantaian industri paparan bergelut untuk meningkatkan pelaburan dalam Mikro LED, mendorong selanjutnya pembangunan teknologi paparan Mikro LED. Disokong oleh kekuatan teknologinya yang mantap, Absen telah membangunkan strategi yang teliti untuk Mikro LED. Ia melancarkan teknologi Mikro LED dalam separuh pertama tahun 2021, menarik perhatian yang luas daripada industri ini.


Di majlis pelancaran musim luruh, produk paparan Mikro LED premium generasi baharu, siri Clear Cobalt yang memerlukan tempoh lima tahun untuk dibangunkan oleh Absen, membuat kemunculan sulung yang hebat. Produk yang berkualiti tinggi dan stabil ini menggabungkan teknologi pengkapsulan COB terbalik dan algoritma teras HDR 10. Menggunakan teknologi penyalutan hitam sepenuhnya dan teknologi pembetulan tahap hitam, produk ini dapat mencapai kesan paparan yang cemerlang iaitu permukaan ultra-hitam, kecerahan tinggi dan nisbah kontras tinggi. Ia turut menawarkan kualiti imej seakan hidup dan pengalaman menonton yang selesa dan dalam masa yang sama membawakan ciri kalis lembap, kalis debu, kalis lelasan, rintang oksidasi, pencegahan elektrostatik dan pencegahan sinar-biru. Produk ini mempunyai pelbagai keadaan penggunaan dalaman termasuk bilik persidangan canggih, bilik kawalan, studio radio dan televisyen serta rumah mewah.


Penyelesaian studio filem maya LED dengan bangganya muncul  

Sebagai aplikasi baru muncul yang telah menarik perhatian yang begitu luas dalam beberapa tahun kebelakangan ini, studio filem maya LED membawakan hasil penggambaran profesional yang hebat dengan paparan seakan hidup, kesan visual yang cemerlang dan pengalaman imersif dalam keadaan penggunaan semasa seperti penerbitan filem dan televisyen serta studio. Di majlis pelancaran musim luruh, penyelesaian studio filem maya LED Absen membuat penampilan sulung yang hebat. Dengan produk yang andal, perkhidmatan berkualiti dan kedudukan pasaran yang utama, Absen komited untuk mempromosikan aplikasi studio filem maya LED bagi memperkasa industri budaya filem dan televisyen.


Di samping itu, siri HC generasi baharu produk pic kecil profesional, siri AX Pro MiniLED dan produk sewa HD serta siri MR skrin jubin lantai pentas profesional turut dilancarkan di majlis pelancaran, bagi memenuhi keperluan berbeza pelbagai pelanggan dan menyediakan berbagai-bagai pilihan.


Dengan vaksinasi Covid-19 sejagat pada tahun 2021, pandemik global telah stabil secara beransur-ansur dan aktiviti perniagaan telah mula beroperasi semula. Permintaan dalam pasaran paparan LED semakin meningkat dan industri ini secara keseluruhannya menunjukkan trend menaik. Absen turut mengalami pemulihan yang kukuh dalam pasaran globalnya.


Produk dan penyelesaian yang dipaparkan di majlis pelancaran merupakan pencapaian terkini Absen dalam bidang paparan LED yang turut menonjolkan hala tuju pembangunan seluruh industri ini. Melangkah ke hadapan, Absen akan terus memfokuskan kepada keperluan pelanggan dan membangunkan produk teknologi yang lebih unggul untuk menerajui perubahan industri, berusaha untuk mencapai tahap pembangunan yang seterusnya melalui usaha yang tidak henti-henti dalam inovasi.

Tahniah atas kejayaan penyempurnaan pelancaran produk musim luruh Absen 2021! Walaupun siaran langsung telah berakhir, keterujaan masih berterusan! Salin pautan ini untuk menonton main balik: http://live.vhall.com/528050587

Source: Absen.com
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors New products/services Trade show news