omniture

20 Finalis Aplikasi Teratas Pertandingan AppsUP 2021 APAC Huawei Bersaing untuk 'Anugerah Aplikasi Paling Popular'

Huawei Mobile Services
2021-09-30 15:53 146

SINGAPURA, 30 September 2021 /PRNewswire/ -- Huawei Mobile Services (HMS) Asia Pasifik mendedahkan 20 finalis teratas bagi Pertandingan Inovasi Aplikasi HMS Huawei, AppsUP 2021. Mulai 29 September hingga 10 Oktober 2021, semua orang awam boleh melihat dan membuang undi untuk penyertaan kegemaran mereka di laman sesawang pertandingan rasmi AppsUP (https://bit.ly/appsuponlinevoting-apac). Aplikasi dengan jumlah undian tertinggi akan merangkul 'Anugerah Aplikasi Paling Popular', menjadikannya satu-satunya pasukan untuk membawa pulang dua anugerah daripada pertandingan tahun ini.

Huawei Mobile Services (HMS) Asia Pasifik mendedahkan 20 finalis teratas bagi Pertandingan Inovasi Aplikasi HMS Huawei, AppsUP 2021. Mulai 29 September hingga 10 Oktober 2021, semua orang awam boleh mengundi untuk penyertaan kegemaran mereka di laman sesawang pertandingan rasmi AppsUP (https://bit.ly/appsuponlinevoting-apac) untuk memutuskan pemenang bagi 'Anugerah Aplikasi Paling Popular'
Huawei Mobile Services (HMS) Asia Pasifik mendedahkan 20 finalis teratas bagi Pertandingan Inovasi Aplikasi HMS Huawei, AppsUP 2021. Mulai 29 September hingga 10 Oktober 2021, semua orang awam boleh mengundi untuk penyertaan kegemaran mereka di laman sesawang pertandingan rasmi AppsUP (https://bit.ly/appsuponlinevoting-apac) untuk memutuskan pemenang bagi 'Anugerah Aplikasi Paling Popular'

AppsUP ialah pertandingan pembangunan aplikasi mudah alih global yang diadakan setiap tahun oleh Huawei, bertujuan untuk memberi inspirasi dan menarik minat pembangun berbakat di seluruh dunia untuk mencipta aplikasi yang inovatif dengan memanfaatkan keupayaan terbuka HMS Core. Sejumlah USD200,000 hadiah wang tunai akan ditawarkan kepada pemenang-pemenang AppsUP 2021 APAC dalam 10 kategori yang berbeza seperti "Aplikasi Terbaik", "Permainan Terbaik", termasuk anugerah-anugerah yang baru diperkenalkan tahun ini seperti "Anugerah Wanita Teknologi", "Anugerah Pelajar Cemerlang" dan banyak lagi.

Berbanding tahun 2020, pertandingan AppsUP 2021 APAC tahun ini menyaksikan hampir 50% lebih banyak pendaftaran pasukan dan hampir dua kali ganda jumlah penyerahan aplikasi dari 12 negara di seluruh rantau ini. Kesemua penyertaan telah melalui proses pemeriksaan profesional oleh pakar teknikal Huawei dan panel hakim industri bagi menentukan 20 pasukan akhir. Aplikasi ini diberi skor berdasarkan kepada nilai perniagaannya, reka bentuk dan pengalaman pengguna, inovasi serta nilai impak sosial.

Undian dalam talian untuk memilih pemenang 'Anugerah Aplikasi Paling Popular'
Mulai 29 September hingga 10 Oktober 2021, semua orang awam dapat memainkan peranan untuk memutuskan pemenang bagi 'Anugerah Aplikasi Paling Popular' untuk setiap kawasan dengan mengundi secara dalam talian. Hasil kerja 20 finalis aplikasi teratas akan dipaparkan di laman sesawang rasmi AppsUP 2021 di mana pengundian akan turut dibuat. Setiap pengundi dapat mengundi sehingga sepuluh kali sehari, dengan maksimum tiga undi untuk setiap aplikasi setiap hari.

Di samping itu, 20 aplikasi teratas ini juga boleh didapati di HUAWEI AppGallery untuk dimuat turun dan digunakan oleh pengguna. Keputusan undian dan senarai aplikasi penuh yang berjaya dalam kategori-kategori kelayakan mereka daripada AppsUP 2021 APAC akan diumumkan pada Oktober 2021.

Untuk melihat dan membuang undi anda untuk 20 finalis teratas AppsUP 2021 APAC, kunjungi https://bit.ly/appsuponlinevoting-apac .

Source: Huawei Mobile Services
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Awards