omniture

Lembaga Pengarah St. John Knits Lantik Bernd Beetz sebagai Pengerusi

St. John Knits
2013-07-18 18:30 170

IRVINE, California, 18 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Lembaga Pengarah St. John Knits hari ini mengumumkan bahawa Bernd Beetz telah dinamakan sebagai Pengerusi Lembaga, berkuatkuasa serta-merta.

"Bernd ialah pembina organisasi yang berpengalaman dan membawa tahap kepimpinan luar biasa kepada syarikat," kata Jim Kelley, Rakan Kongsi Pengasas pemegang saham majoriti Vestar Capital Partners. "Dengan pelaburan baru-baru ini oleh Fosun International dan minat berterusan kami dalam peluasan global, kami teruja kerana mempunyai Bernd sebagai rakan kongsi usahasama ini dan juga sebagai Pengerusi Lembaga pada waktu yang penting ini."

En. Beetz ialah salah seorang eksekutif paling prolifik dalam industri barangan mewah dengan pengalaman hampir 40 tahun. Baru-baru ini beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Coty Inc. dari 2001 hingga 2012. Semasa perkhidmatan beliau, beliau membangunkan sebuah perniagaan yang nazak menjadi sebuah penjana idea industri dengan membina organisasi itu serta jenama-jenamanya. Hasil Coty meningkat daripada $1.4 bilion sehingga hampir $5 bilion semasa beliau berkhidmat dalam syarikat itu dan baru-baru ini mengumumkan permodalan bernilai hampir $7 bilion.

Bernd Beetz mengatasi cabaran yang hampir serupa sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Parfums Christian Dior France yang dimiliki LVMH dan memegang pelbagai jawatan pengurusan semasa 20 tahun beliau bersama The Proctor & Gamble Company.

"Saya berterima kasih kepada Fosun kerana memberikan saya peluang pelaburan ini dan saya teruja untuk mengalu-alukan era baharu St. John, sebuah jenama ikonik Amerika dengan potensi jangkauan global yang besar," kata En. Beetz. "Saya tidak sabar-sabar lagi mahu bekerjasama dengan ahli-ahli Lembaga untuk membina struktur kepimpinan yang kuat yang akan meletakkan syarikat ini dalam kedudukan pencapaian sedunia lebih hebat pada masa hadapan."

"Kami sudah lama mengagumi Bernd Beetz dan kami gembira mempunyai beliau sebagai Pengerusi baharu kami dalam Lembaga St. John," kata Patrick Zhong, Pengarah Urusan Kanan Fosun International. "Jenama ini mempunyai potensi yang sangat besar dan tidak ada orang lain yang lebih sesuai untuk membantu kami mengeksploitasi potensi itu selain daripada Bernd."

Mengenai St. John Knits
St. John, salah satu nama terunggul dalam fesyen Amerika, telah ditubuhkan pada tahun 1962. St. John telah berkembang daripada sebuah perniagaan keluarga sehingga menjadi jenama mewah global yang dikenali hari ini. Syarikat itu, yang beribu pejabat di California Selatan, kini menggajikan lebih 2,500 orang dan merupakan sebuah operasi menegak dengan cawangan di seluruh dunia. Koleksinya dijual oleh peruncit kedai istimewa terkenal di 26 buah negara dan 25 butik runcit yang dimiliki syarikat. Untuk maklumat lanjut mengenai St. John, lawati laman web syarikat di www.discoverstjohn.com.

Source: St. John Knits
Keywords: Fashion Retail Textiles Personnel announcements