-- GSMA Akan Menyediakan Dana, Kepakaran dan Berkongsi Pengetahuan untuk Memajukan Situasi Pendidikan Secara Mudah Alih
BARCELONA, Sepanyol, 18 Julai 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini mengumumkan bahawa ia akan bekerjasama dengan Generalitat de Catalunya untuk program "mSekolah", sebuah inisiatif mPendidikan multi-tahun dan multi-aspek oleh Pusat Dunia Mudah Alih Barcelona. Program mSekolah direka untuk mengurangkan kadar pemberhentian pelajar, mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam sekolah-sekolah merentasi Catalonia dan keseluruhan Sepanyol dan akhirnya, untuk mempersiapkan pelajar dengan lebih baik sambil mereka melanjutkan pelajaran dan memasuki alam pekerjaan dalam dunia digital hari ini. Inisiatif baharu ini menambah lagi kepada program pengenalan mSekolah yang berjaya dijalankan di Catalonia oleh GSMA dan Generalitat awal tahun ini dan boleh mempertingkatkan pengalaman pembelajaran sejuta pelajar di Catalonia sahaja.
"Sementara berhadapan dengan impak berterusan krisis ekonomi global dan sistem pendidikan yang direka untuk menangani keperluan para pelajar dalam era pradigital, para pendidik diminta untuk bekerja lebih tetapi dengan sumber yang kurang," kata Anne Bouverot, Ketua Pengarah GSMA. "Mudah alih boleh membantu mengubah dinamik ini. Mudah alih membenarkan akses kepada bahan-bahan terkini, mempertingkatkan kerjasama dan memperkukuhkan penglibatan pelajar, membuka jalan-jalan baharu untuk mengajar dan belajar yang akan memperbaiki pencapaian dan kebolehgajian. Kami sangat gembira dapat bersama Generalitat de Catalunya untuk membawakan kuasa mPendidikan kepada para pelajar dalam Pusat Dunia Mudah Alih."
Program mSekolah yang dilancarkan hari ini terdiri daripada beberapa unsur:
Bagi menyokong inisiatif mSekolah, GSMA akan menyumbang €500,000 setahun sehingga tahun 2018, bagi membiayai teknologi, sumber dan penyampaian serta pengurusan program itu. Tambahan lagi, GSMA akan menggunakan kelebihan pengalaman yang didapati daripada pengaturan program mPendidikan seluruh dunia bagi melaksanakan amalan-amalan terbaik global dengan para pendidik dan pentadbir yang mengambil bahagian dalam inisiatif ini.
Program ini membawa bersama institusi-institusi awam dan swasta; pertubuhan-pertubuhan yang kini mengambil bahagian termasuklah A Crowd of Monsters, Barcelona Loves Entrepreneurs, Incubio, King, Social Point dan Softonic, yang akan menyokong kursus Pendidikan App dengan kakitangan pakar. Pengendali mudah alih Telefonica, Vodafone dan Orange juga akan menyokong inisiatif mSekolah.
"GSMA sangat berbangga dapat bekerjasama dengan Pusat Dunia Mudah Alih, para peneraju pengendali mudah alih dan sektor swasta bagi membantu mencipta persekitaran pendidikan yang akan membantu anak-anak muda di seluruh Barcelona, Catalonia dan Sepanyol membina kemahiran-kemahiran penting baharu yang mempersiapkan mereka untuk peluang-peluang baharu di masa hadapan," tambah Bouverot lagi.
Untuk maklumat lanjut mengenai program mSekolah dan bagaimana untuk melibatkan diri, sila lawati: www.mobileworldcapital.com/en/hub/meducation atau emel mSchoolsMWCB@mobileworldcapital.com.
Mengenai GSMA
GSMA mewakili kepentingan para pengendali mudah alih seluruh dunia. Dengan kehadiran di lebih 220 buah negara, GSMA menyatukan hampir 800 pengendali mudah alih sedunia dengan lebih 230 syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat-syarikat perisian, pembekal peralatan dan syarikat-syarikat Internet, dan juga pertubuhan-pertubuhan dalam sektor industri seperti perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan kemudahan awam. GSMA juga mengadakan acara-acara besar dalam industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com atau Mobile World Live, gerbang dalam talian industri komunikasi mudah alih, di www.mobileworldlive.com.