omniture

Huawei Lancar Penyelesaian Perlindungan Data OceanProtect

Huawei
2021-10-01 05:55 226

SHENZHEN, China, 1 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Di Huawei Connect 2021, Huawei melancarkan Penyelesaian Perlindungan Data OceanProtect yang meliputi Pemulihan Bencana (DR) dan bidang sandaran bagi menawarkan perlindungan yang komprehensif untuk jenis data yang pelbagai dalam seluruh kitaran hayat. Ia milik Penyelesaian Pusat Data Kilat-Sepenuhnya Huawei untuk membina infrastruktur yang pantas, mesra alam, andal dan pintar untuk pelbagai industri. Penyelesaian ini dibangunkan berasaskan konsep "DR penuh data panas dan sandaran pantas serta pemulihan data hangat" yang memastikan tiada gangguan perkhidmatan, tiada kehilangan data dan penyimpanan data dalam tempoh jangka panjang.

Semasa berlangsungnya Huawei Connect 2021, Huawei memulakan satu sesi dengan tema All-Flash Data Center Builds a Green, Reliable, Intelligent Data "Highway" (Pusat Data Kilat-Sepenuhnya Bina "Lebuh Raya" Data Mesra Alam, Andal, Pintar) dengan ucapan daripada salah seorang penceramah, En. Michael Fan, Pengarah Jabatan Jualan Penyelesaian Storan Data Huawei Enterprise BG. Michael memperkenalkan pelbagai tahap perlindungan yang dilindungi oleh penyelesaian OceanProtect, dengan berkata bahawa "Dari segi senario pemulihan bencana, ia menyediakan pelbagai ciri seperti penyelesaian aktif-aktif tanpa gerbang atau 3DC, latihan DR satu-klik dan 'failover' (dalam beberapa saat). Manakala untuk senario sandaran, siri OceanProtect X menyediakan sandaran dan pemulihan pantas serta pengurangan ruang yang cekap."

Penyelesaian ini mula dirancang untuk menawarkan DR penuh data panas. Ini bererti ia mengintegrasikan DR untuk SAN dan NAS serta menyediakan penaiktarafan peranti yang tidak perlu dibimbangkan untuk memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI). Penyelesaian ini juga dapat mengguna pakai secara fleksibel reka bentuk DR aktif-aktif Huawei bagi mengurangkan pelaburan awal pelanggan dan memenuhi keperluan DR mereka yang semakin berkembang. Reka bentuk ini turut menjamin penaiktarafan tanpa gangguan daripada satu sistem kepada penggunaan dwi-sistem aktif-aktif atau aktif-pasif dan kemudiannya kepada tiga-pusat-data (3DC), ataupun penyelesaian empat-salinan berbilang-DC. Ini membolehkan peralatan dinaik taraf secara dalam talian seperti mana dan apabila diperlukan. Pelanggan boleh menaik taraf dengan lancar tahap perlindungan DR untuk mencapai perlindungan yang lebih baik dan berkesan untuk data pengeluaran.

Di samping itu, penyelesaian ini mencapai sandaran dan pemulihan pantas untuk data hangat — khususnya, sandaran pantas, penggunaan semula yang cepat dan storan yang cekap. Ciri ini menggunakan Perkakas OceanProtect A8000 dan Storan Sandaran OceanProtect X8000/X9000 yang menyediakan lebar jalur sandaran dan pemulihan yang utama dalam industri. Produk-produk ini melaksanakan sandaran dan pemulihan dipercepatkan yang sepenuhnya untuk data hangat atau panas, lalu membolehkan data sandaran mengalir seperti data pengeluaran.  

Perlindungan Data OceanProtect Huawei meningkatkan tahap perlindungan data keseluruhan dalam seluruh kitaran hayat. Ia membantu perusahaan melindungi data mereka dengan berkesan menggunakan lebar jalur sandaran dan pemulihan pantas di samping mendayakan penggunaan ruang sandaran yang lebih baik. Dengan portfolio luas Perlindungan Data OceanProtect, Huawei komited untuk membangunkan teknologi, produk dan penyelesaian lebih berkuasa yang mengutamakan dan melindungi data dalam pelbagai senario di dunia pintar ini. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Penyelesaian Perlindungan Data OceanProtect.

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news Data Analytics