BEIJING, 18 Julai 2013 /PRNewswire/ - Ekspo Kanak-kanak China, pesta produk bayi terkemuka Tanah Besar China, dijadualkan dibuka dari 15 hingga 17 Oktober di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai, untuk tiga acara dengan lebih 1,100 pempamer di 100,000 meter persegi, dan anggaran +70,000 pelawat dari seluruh dunia (2012:65,780). Ekspo Kanak-kanak China menawarkan 10 pelawat bertuah yang mendaftar awal sebelum 15 Ogos peluang memenangi penginapan tiga malam percuma di Shanghai dan pas masuk percuma: http://system.china-kids-expo.com/2013/babycarrier/visitor/prereg.asp
Dianjurkan bersama Persatuan Produk Mainan & Remaja China (CTJPA), satu-satunya persatuan Produk Mainan & Remaja kebangsaan China, dan penganjur pesta dagangan antarabangsa yang berpangkalan di Jerman, Koelnmesse, Ekspo Kanak-kanak China merupakan pameran produk bayi antarabangsa yang paling berpengaruh di tanah besar China, tempat pembeli luar negara bertemu dan mendapatkan barangan terus daripada pengeluar terkemuka, sederhana dan kecil Cina untuk kereta sorong bayi, tunggangan, tempat duduk kereta, katil bayi, produk susuan, pakaian bayi, dsb. Pameran ini diadakan setiap Oktobber di Shanghai serentak dengan Ekspo Mainan China dan Dewan Perlesenan Jenama.
Acara dijangka meningkat 50%, kereta sorong, tunggangan dan tempat duduk kereta mendahului
Bilangan pengeluar kereta sorong bayi, tunggangan dan tempat duduk kereta di Ekspo Kanak-kanak China merupakan jumlah yang terbesar di kalangan semua pameran lain di China. Bilangan kilang Cina yang semakin meningkat dari wilayah pengeluaran utama Kushan, Ningbo, Zhongshan, Pingxiang, Pinghu dan Cixi menganggap ia platform terbaik untuk mencari pembeli dari seluruh dunia.
"Kami berbesar hati melihat pengaruh industry pameran ini semakin bertambah penting," kata Cik May Lian, Timbalan Presiden Eksekutif & Setiausaha Agung CTJPA, "Lebih banyak jenama antarabangsa yang Berjaya memasuki pasaran China melalui platform ini manakala lebih banyak kilang Cina yang berasaskan eksport Berjaya mempamerkan produk terkini mereka dan menemui rakan kongsi luar negara…"
Hubungi Kent Luo di luoliping@tjpa-china.org atau lawati http://www.china-kids-expo.com/magen/ untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Mengenai Persatuan Produk Mainan & Remaja China (CTJPA)
CTJPA adalah satu-satunya persatuan kebangsaan dalam industri Produk Mainan & Remaja di China dan satu-satunya perwakilan rasmi di ICTI yang dilantik oleh kerajaan China. Ia diiktiraf sebagai mempunyai suara berwibawa bagi industri produk mainan & remaja China. Ahli berdaftar terdiri daripada pembuat dan pengedar, makmal ujian, dan institusi pendidikan produk mainan dan bayi di China. Pada September 2012, CTJPA mempunyai lebih 5,000 ahli berdaftar. http://www.tjpa-china.org