omniture

Berenang Aktiviti Terbaik Kecergasan

Speedo
2013-07-19 08:00 998

BARCELONA, Sepanyol, 19 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Berenang diiktiraf sebagai bentuk senaman terbaik untuk kehidupan yang panjang dan sihat

Para penonton yang menyaksikan Kejuaraan Dunia Renang FINA ke-15 yang diadakan di Barcelona bulan ini mungkin tidak akan memenangi apa-apa pingat, tetapi menurut sebuah kajian terbaru daripada Speedo, jika mereka berenang untuk kecergasan mereka akan menjalani kehidupan yang lebih sihat berbanding mereka yang menjalani aktiviti kecergasan lain, termasuk senaman di darat.

     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130719/629252 )
     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130719/629252-INFO )

Kajian global daripada Speedo, peneraju jenama pakaian renang dunia, menunjukkan 73% orang yang sudah mempunyai tabiat berenang atau mahu mula mengamalkan berenang percaya ia adalah satu-satunya sukan yang boleh diamalkan sepanjang hidup.

Tambahan lagi, 86% percaya berenang memberi senaman yang lebih baik dan 71% orang berasa lebih cergas selepas berenang jika dibandingkan dengan bentuk senaman lain.

Bukan faedah kesihatan sahaja yang membuatkan aktiviti renang pilihan kecergasan yang terbaik; tetapi tarikan fizikal juga. Menurut 76% orang yang menyertai kaji selidik itu, senaman renang yang dilakukan berterusan akan menghasilkan tubuh badan yang lebih cantik berbanding bentuk senaman lain.

Kajian itu juga mencabar persepsi berenang dianggap sebagai rejim kecergasan yang kurang mengujakan, 84% daripada orang yang menyertai kaji selidik itu percaya berenang lebih menyeronokkan berbanding bentuk senaman lain dengan 92% daripada mereka mengatakan berenang dapat melegakan tekanan.

Sean Hastings, Naib Presiden Produk dan Pemasaran Speedo berkata; " Kajian ini mengukuhkan faedah sukan renang mengatasi jenis-jenis senaman lain dan kami berharap ini akan menjadi inspirasi lebih ramai orang mula berenang demi kecergasan."

Ryan Lochte, duta Speedo dan pemenang 11 pingat Olimpik berkata: "Berenang merupakan bentuk senaman yang hebat dan cara yang bagus untuk mencapai matlamat kecergasan kita. "Bagi menggalakkan orang ramai ke kolam renang dan membuat aktiviti renang sebagai rejim kecergasan utama mereka Speedo telah melancarkan sebuah kempen baharu bernama 'Get Speedo Fit'. Mulakan dengan Cabaran Kejohanan 8 Hari, sebuah program latihan yang boleh disempurnakan sewaktu Kejuaraan Dunia Renang FINA ke-15, di mana Speedo adalah antara penaja utamanya. Muat turun program latihan Starter, Improver atau Performer daripada bilik berita Speedo.

Nota kepada editor

Kajian ini telah dijalankan oleh Vision Critical antara 4-10 Jun 2013 yang telah melakukan kaji selidik dengan 4,120 orang dewasa yang dipilih secara rawak yang tinggal di UK, AS, Perancis dan China. Semua orang dewasa yang menyertai kaji selidik itu sedang mengamalkan renangan, atau pernah berenang atau bercadang untuk mula berenang. Margin ralat – yang mengukur kebolehubahan pensampelan – adalah +/- 2%. Percanggahan dalam atau antara jumlah adalah kerana pembundaran.

Mengenai Speedo®

Sebagai peneraju jenama pakaian renang dunia, Speedo bersemangat tentang kehidupan dalam dan sekeliling air, mencipta teknologi, rekaan dan inovasi baharu dan menyokong aktiviti renang daripada perenang peringkat asas sehingga ke perenang tahap elit, termasuk Michael Phelps yang hebat. Pada tahun 1920an, Speedo mencatat sejarah dengan Racerback: sut bukan kapas pertama dunia. Pada tahun 2008 Speedo menakrifkan semula pakaian renang dengan Fastskin LZR RACER – pakaian renang terpantas dan paling canggih dari segi teknologi yang pernah dicipta. Pada tahun 2011 pula Speedo memperkenalkan satu lagi rekod pertama di dunia dengan Fastskin Racing System – topi, gogel dan sut yang direka untuk berfungsi secara serentak. Speedo dimiliki oleh Speedo Holdings B.V dan diedarkan di lebih 170 buah negara seluruh dunia; untuk mengetahui lebih lanjut lawati: http://www.speedo.com. SPEEDO, peranti ARROW, FASTSKIN, AQUALAB, RACING SYSTEM, SPEEDO BIOFUSE, SPEEDO ENDURANCE, SPEEDO SCULPTURE dan LZR RACER merupakan tanda dagangan berdaftar Speedo Holdings B.V. Sut LZR RACER mempunyai hak cipta dan paten seluruh dunia. Topi, gogel dan sut FASTSKIN3 mempunyai hak cipta seluruh dunia dan menunggu kelulusan paten.

Sumber: Speedo

Source: Speedo
Related Links:
Keywords: Sports Survey, Polls & Research