omniture

Xinhua Silk Road: Taoxichuan Ceramic Art Avenue Jingdezhen China bergemerlapan di Sidang Kemuncak NEXT ke-5 di Singapura

Xinhua Silk Road
2021-10-02 10:48 403

BEIJING, 2 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Taoxichuan Ceramic Art Avenue, tempat tumpuan pelancong dan mercu tanda seni di Jingdezhen, Wilayah Jiangxi, timur China, membuat penampilan yang menawan hati di Sidang Kemuncak NEXT Kelima (Singapura 2021) yang sedang berlangsung pada hari Rabu.

Taoxichuan Ceramic Art Avenue di Jingdezhen, Wilayah Jiangxi
Taoxichuan Ceramic Art Avenue di Jingdezhen, Wilayah Jiangxi

Taoxichuan Ceramic Art Avenue, dengan kawasan perancangan keseluruhan berkeluasan 2 kilometer persegi, telah dibina melalui pembaikpulihan warisan industri seramik seperti bekas Kilang Porselin Yuzhou milik negara sebagai kawasan utama hari ini yang mengintegrasikan antara kraf tradisional, industri kebudayaan dan teknologi dalam urbanisasi kawasan ini.

Taoxichuan telah menjadi tempat yang menarik untuk orang muda mengejar impian mereka, dengan lebih 18,000 orang muda berhimpun, 2,902 entiti memulakan perniagaan dan 1,049 perusahaan bersaiz kecil dan mikro didaftarkan di sini.

Ia menyaksikan kira-kira 10 juta yuan pendapatan secara harian melalui siaran langsung e-dagang dan penggajian lebih daripada 100,000 orang.

Jingdezhen, dikenali sebagai ibu kota porselin dunia dengan cara terbuka dan inklusif bagi memenuhi penciptaan bebas, kini menghubungkan dunia dengan menghimpunkan tukang dan pakar reka bentuk seni di Taoxichuan untuk belajar dan berkomunikasi, kata Gang Hao, naib pengurus besar Jingdezhen Towyi Culture Development Co. Ltd.

Sejumlah besar artis pelawat muda dan pereka yang bermukim di sini menyuntik daya hidup ke tempat ini dengan hebatnya, tambah Gang.

Sejak pembukaannya pada tahun 2016, Taoxichuan telah menarik minat hampir 200 tukang dan pereka antarabangsa untuk mengadakan ceramah, laporan akademik dan pameran solo sebagai usaha untuk menggalakkan pertukaran budaya.

Taoxichuan menempatkan Muzium Industri Seramik, Galeri Seni Ceramic Art Avenue, Akademi Seramik Taoxichuan, Ruang Kreatif Yi dan Pusat Seni Taoxichuan yang mana kesemuanya dibina semula dari tapak bersejarah. Kesemua ini menjadi sampel untuk transformasi warisan dan penaiktarafan industri kebudayaan.

Taoxichuan telah memperoleh lebih daripada 80 anugerah peringkat global, kebangsaan dan wilayah seperti Anugerah Inovasi Perlindungan Warisan Asia-Pasifik UNESCO 2017 dan telah disenaraikan sebagai taman demonstrasi industri kebudayaan negara oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/324107.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Art Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Publishing/Information Service Travel Trade show news Future Events