omniture

Peringkat akhir 'Media Challengers' CGTN berakhir, tarik Gen Z global

CGTN
2021-10-02 14:46 491

BEIJING, 2 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Kempen perekrutan global CGTN, "Media Challengers" mengadakan peringkat akhirnya pada hari Selasa di bandar Sanya, Wilayah Hainan, selatan China. Seramai 24 finalis kesemuanya, termasuk calon-calon luar negara jarak jauh, berhimpun untuk mengambil bahagian dalam pertandingan secara langsung dan acara paling penting dalam pertandingan tersebut: upacara akhir.

Anggota-anggota daripada empat pasukan, masing-masing menuju ke bandar-bandar Shanghai, Wuhan, Xi'an, serta kawasan dengan pemandangan indah Puzhehei di Wilayah Yunnan untuk menyertai pertandingan rancangan realiti tersebut, memaparkan pelbagai kemahiran media dalam peringkat separuh akhir.

Dalam peringkat akhir, calon-calon bukan sahaja mempersembahkan hasil kerja video mereka yang bagus, tetapi turut bersaing dalam beberapa "cabaran akhir" termasuk cabaran bertutur, debat dan cabaran telepanduan yang mana semangat berpasukan mereka dan kemampuan peribadi ditunjukkan dengan baik.

Empat hakim berpengalaman dan lapan pengulas media membentuk barisan panel dan memberi mata kepada setiap pasukan sementara juri dalam talian yang terdiri daripada 200 finalis terbaik dunia turut hadir. Di samping itu, 60 peserta dalam talian dari seluruh dunia turut hadir, bersorak untuk para finalis dan dalam masa yang sama menyiarkan acara tersebut ke seluruh pelosok dunia pada waktu sebenar. Anugerah kumpulan dan anugerah individu turut diagihkan apabila pertandingan peringkat akhir melabuhkan tirai dengan jayanya.

Acara Media Challengers bukan sahaja merupakan jendela untuk golongan profesional media muda Cina untuk menceritakan kepada dunia mengenai kisah Cina dan menyampaikan budaya orang Cina, tetapi juga membina platform untuk orang muda yang bercita-cita tinggi di seluruh dunia menunjukkan bakat mereka, mengejar impian mereka dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai China. Media Challengers dari seluruh dunia menyampaikan apa yang difikirkan, dikatakan dan dirasakan oleh "Gen Z".

Sejak pelancaran rasminya pada 8 April 2021, kempen untuk wartawan dan individu berpengaruh hos global ini telah menarik minat ramai ahli profesional media baharu, individu berpengaruh dan pemimpin pendapat dari lebih 130 negara dan wilayah. Kira-kira 860 media dalam talian luar negara arus perdana dari 60 negara dan wilayah termasuk A.S., U.K., Kanada, Australia, Jerman, Itali, Jepun dan Korea Selatan telah membuat liputan acara ini.

https://news.cgtn.com/news/2021-09-29/CGTN-Media-Challengers-finals-conclude-attracting-global-Gen-Z-13X3ToJpzOg/index.html

Peringkat akhir 'Media Challengers' CGTN berakhir, tarik Gen Z global
Peringkat akhir 'Media Challengers' CGTN berakhir, tarik Gen Z global

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service