omniture

Shanghai Electric bakal Perkenal Penyelesaian untuk Tenaga Pintar dan Pembuatan Cerdas di Ekspo 2020 Dubai

Shanghai Electric
2021-10-02 15:44 702

DUBAI, UAE, 2 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric ("Shanghai Electric" atau "Syarikat") (601727.SS dan 02727.HK) mengumumkan bahawa Syarikat ini akan memperkenalkan pelbagai inovasi dalam bidang tenaga pintar dan pembuatan cerdas kepada pengunjung global di Astaka China di Ekspo 2020 Dubai bermula pada 1 Oktober.

 

Hadir sebagai rakan kongsi rasmi astaka China, Shanghai Electric akan membawa pengunjung dalam satu perjalanan imersif apabila mereka meneroka pencapaian sektor tenaga Cina dalam ruang pameran berkeluasan 4,636 meter persegi.

Seorang jurucakap Shanghai Electric berkata, "Kami berbangga untuk mengambil bahagian dalam Dubai 2020 sebagai salah satu rakan kongsi rasmi Astaka China. Kami berharap dapat meraikan pencapaian saintifik terkini yang menandakan penciptaan era baharu untuk umat manusia dan ciptaan teknologi perintis yang membawa kita ke arah masa depan yang lebih mesra alam. Shanghai Electric berharap dapat menunjukkan kehebatan kami kepada dunia dalam tenaga baharu dan inovasi kami yang terhasil melalui kerjasama global."

Pada skrin 3D mata kasar gergasi di pameran "Komunikasi dan Hubungan", Shanghai Electric akan memaparkan visi masa depan rendah karbon China dengan menunjukkan usahanya membina loji tenaga solar yang terbesar di dunia di Dubai, berserta pencapaian teknologi dan pelan tindakan dalam kuasa angin, tenaga hidrogen, penyimpanan tenaga, pengangkutan mesra alam dan Internet perindustrian.

Tema pameran ini mencerminkan tumpuan tidak berbelah bahagi oleh Shanghai Electric terhadap bidang perniagaan utamanya, termasuk tenaga pintar dan pembuatan cerdas, di samping melaksanakan "kemajuan teknologi untuk mencapai transformasi dan penaiktarafan perniagaan."

Shanghai Electric berusaha untuk bekerjasama dengan peneraju dan penginovasi industri global bagi mempercepatkan kemajuan manusia dan pembangunan mampan, lalu mencipta peluang kerjasama yang lebih terbuka dan saling menguntungkan.

Pada Hari Shanghai Electric yang diadakan pada bulan Disember, Shanghai Electric akan menggalakkan kerjasama dengan Emiriah Arab Bersatu dan negara-negara lain dengan mendemonstrasikan penyelesaian tenaga baharunya untuk angin, solar dan penyimpanan tenaga - menunjukkan pencapaian "Jalur dan Jalan" (BRI) kepada syarikat-syarikat dan perkembangannya ke arah sasaran pengurangan karbon China.

Selama bertahun-tahun, Shanghai Electric telah menerajui beberapa projek berskala mega sepanjang BRI untuk mengukuhkan pembangunan sektor tenaga. Projek paling penting antara kesemuanya ialah projek Kuasa Solar Tertumpu (CSP) Dubai, loji fotovolta terma solar yang terbesar di dunia, yang dijangka dapat menyediakan kuasa bersih kepada lebih daripada 270,000 penduduk di Dubai dan mengurangkan kira-kira 1.6 juta tan emisi karbon setiap tahun setelah siap. Sementara itu, Shanghai Electric telah menjalin kerjasama yang lebih erat dengan rakan-rakan kongsi globalnya melalui BRI, menggalakkan pembangunan ekonomi dan kesalinghubungan antara wilayah serta menawarkan teknologi canggih dan pengalaman projek yang beraneka kepada negara-negara lain.

Ekspo-ekspo Dunia merupakan perayaan global yang menonjolkan kemajuan saintifik, teknologi, ekonomi dan sosial. Sebagai Ekspo Dunia pertama yang bakal diadakan di wilayah Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan (MEASA), Ekspo Dubai 2020, "Menghubungkan Minda, Mencipta Masa Depan" bertujuan untuk mendorong inspirasi, inovasi dan kolaborasi demi mencipta masa depan yang lebih baik. Asalnya dijadualkan bermula pada 20 Oktober 2020, Ekspo Dubai membuka semula pintunya kepada hampir 200 negara dan 25 juta pengunjung pada 1 Oktober 2021, setelah ditunda selama setahun akibat pandemik coronavirus.

Bertema 'Membina Komuniti dengan Masa Depan Bersama untuk Umat Manusia — Inovasi dan Peluang.' astaka China, yang digelar sebagai 'Cahaya China' ('The Light of China'), ialah salah sebuah bangunan pameran yang terbesar di Ekspo Dubai 2020, dengan corak reka bentuknya melambangkan harapan dan masa depan yang cerah sebagai pameran warisan budaya yang beraneka dan sejarah yang panjang negara China. Pengunjung juga boleh mengakses Astaka China dan Kawasan Pameran Shanghai Electric secara dalam talian melalui "China Pavilion on Cloud" ("Astaka China di Awan").

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news