omniture

Enjin Emisi-Sifar Pertama GAC | MARA DAN UBAH Tenaga Baharu

GAC MOTOR
2021-10-02 16:07 393

GUANGZHOU, China, 2 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, enjin hidrogen pertama yang dibangunkan secara bebas oleh GAC berjaya dinyalakan, menandakan kemasukan teknologi GAC Group dalam era emisi karbon-sifar.


Lonjakan teknologi yang menarik ini turut menunjukkan kekuatan komitmen GAC MOTOR terhadap tenaga baharu dan era baharu untuk industri automobil.

Teknologi Dalaman Canggih 

Enjin emisi karbon-sifar ini dibangunkan secara bebas berdasarkan kepada teknologi enjin generasi keempat GAC. GAC Group memegang hak harta intelek bebas sepenuhnya terhadap teknologi ini.

Menggunakan teknologi enjin hidrogen teras sebagai asas, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) GAC mengoptimumkan teknologi dengan sejumlah inovasi.

Ini termasuk kebuk bakar yang baru dibangunkan yang dapat memperbaiki proses pencampuran antara hidrogen dan udara serta penambahbaikan kepada sistem bekalan hidrogen yang dapat meningkatkan ketumpatan kuasa serta mengurangkan risiko kebocoran hidrogen.

Enjin yang baharu ini juga mempunyai kapasiti pelesapan haba yang lebih baik, lalu dapat meminimumkan selanjutnya risiko pembakaran. Dengan memperkukuh omboh enjin, gelang omboh dan rod penyambung, pelesapan haba telah diperbaiki pada kepala silinder dan blok silinder, suatu perubahan yang kelihatan kecil yang mencetuskan peningkatan besar terhadap keandalan dan operasi. Kecekapan terma sasaran bagi enjin ini dijangka melebihi 44%, standard domestik yang utama.

Meninjau Masa Depan Hidrogen Lebih Mesra Alam 

Operasi yang stabil dan output prestasi yang unggul enjin hidrogen GAC hanyalah satu contoh daripada banyak cara GAC MOTOR melangkah ke arah pembuatan masa depan.

Pusat R&D GAC akan terus melakukan penentukuran termodinamik dan pembangunan mekanikal terhadap enjin hidrogen, dengan tujuan akhirnya untuk memuatkan seluruh kenderaan.

GAC juga akan berusaha secara kolaboratif untuk mempromosikan rantaian industri untuk proses pengeluaran, penyimpanan hidrogen dan penghidrogenan. Ini bererti mempromosikan penggunaan sepenuhnya sumber tenaga boleh diperbaharui seperti angin dan hidrokuasa serta meningkatkan keselamatan dan kualiti penyimpanan hidrogen.

Ketukangan dalam Perincian

Inovasi teknologi dan ketukangan Cina merupakan dua nilai jenama teras yang menonjolkan GAC MOTOR sebagai sebuah syarikat.

Terus berusaha dengan penuh dedikasi terhadap teknologi enjin, membuat penambahbaikan bagi meningkatkan setiap aspek baik dari segi teknologi enjin mahupun pengalaman pemandu - inilah yang menjadikan GAC MOTOR sebagai pengeluar automobil termaju.

Menerusi lonjakan baharu yang mengujakan dalam teknologi enjin ini, kami teruja untuk melihat sejauh mana lagi yang dapat dilakukan oleh GAC MOTOR untuk memperbaiki kehidupan bergerak pelanggan di seluruh dunia.

Ayuh MARA DAN UBAH.

Source: GAC MOTOR
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Transportation Utilities