-- Jalan pejalan kaki Wangfujing Beijing merupakan hentian pertama
BEIJING, 19 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Pameran Seni Fotografi Kebangsaan China bertemakan "Impikan Lushan dan Berhubung dengan China" mengadakan majlis anugerah di Beijing baru-baru ini. Pameran ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Jurugambar China dan Pentadbiran Tapak Tarikan Indah Gunung Lushan di wilayah Jiangxi. Pada hari yang sama, pameran jelajah kebangsaan China untuk semua karya-karya yang memenangi anugerah di pameran itu dirasmikan di hentian pertamanya, jalan pejalan kaki Wangfujing Beijing. Pameran jelajah ini akan berlangsung selama lima hari, dengan 134 buah karya yang memenangi anugerah emas, perak dan gangsa serta hasil karya fotografi hebat yang telah dipilih semasa acara Pameran Seni Fotografi Kebangsaan Gunung Lushan.
(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130718/CN47911 )
Gunung Lushan dikenali di seluruh dunia dengan "pemandangan gunung paling indah di dunia." Cuaca sejuk walaupun musim panas membuat Gunung Lushan sebuah peranginan yang unggul, tempat untuk menyejukkan diri semasa musim panas dan telah menarik kehadiran ramai pengunjung dari seluruh dunia.
Pameran ini mengumpulkan hasil karya fotografi untuk Gunung Lushan daripada para penggemar fotografi dan orang awam mulai 28 Jun 2012 sehingga 28 Februari 2013. Di hujung tempoh pengumpulan itu, jawatankuasa penganjur telah menerima lebih 6,090 penyertaan dalam dua kategori: pemandangan semula jadi serta minat sejarah dan budaya.
Semua karya-karya agung ini akan dipamerkan semasa jelajah itu di banyak tempat termasuk Beijing dan Shanghai dalam bulan-bulan akan datang, bagi membenarkan orang awam memahami dengan lebih jelas dan membiasakan diri dengan Gunung Lushan.
Apabila Pameran Fotografi itu diadakan, tetamu daripada Persatuan Jurugambar China, di samping pihak media dan para jurugambar yang memenangi anugerah, melawat Pameran Fotografi itu di jalan pejalan kaki Wangfujing, dan memberi komen untuk hasil karya yang menang. Naib presiden Persatuan Jurugambar China Luo Gengqian memberikan ucapan alu-aluan yang mesra, dengan menyatakan Persatuan itu komited menggalakkan, menyokong dan membantu para jurugambar terus memperbaiki kesedaran budaya dan tahap seni mereka, serta membangunkan pendidikan fotografi, dan memupuk bakat fotografi. Sebagai penganjur, Persatuan Jurugambar China memberi sokongan penuh terhadap jelajah Pameran Seni Fotografi Kebangsaan ini bertemakan "Impikan Lushan dan Berhubung dengan China," dan memberi jaminan keperluan dan kualiti tinggi pameran itu dipenuhi. Kami percaya pameran ini akan membolehkan lebih ramai orang belajar tentang Gunung Lushan, serta memainkan peranan yang aktif dalam menggalakkan kemajuan budaya dan pelancongan di Gunung Lushan.
Hubungan Media
Yan Jingwei
502748342@qq.com
+86-150-7928-8180