omniture

Snapmaker Dedahkan Video Jenama Pertamanya dan Parti Maya Bakal Diadakan

Shenzhen Snapmaker Technologies Co., Ltd.
2021-10-03 16:56 365

SHENZHEN, China, 3 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Syarikat pembuatan digital Snapmaker menyiarkan video jenama pertamanya hari ini dan Parti Maya ulang tahun ke-5 akan diadakan pada 15 Oktober 2021.

 

"Idea Tidak Bermakna Hinggalah Anda Jadikannya Suatu Kenyataan." 

Sempena majlis istimewa ulang tahun kelimanya, Snapmaker mengambil keputusan untuk menghasilkan video jenama pertamanya. Sepanjang tempoh lima tahun, Snapmaker telah berhubung dengan lebih daripada 32,000 ahli komuniti di seluruh dunia, menyediakan alat yang boleh diakses untuk perjalanan kreatif mereka. Pengguna Snapmaker terdiri daripada semua lapisan masyarakat dengan usia yang berbeza, termasuk jurutera, arkitek, guru, pereka, peguam dan ramai lagi.

Diinspirasikan oleh kisah-kisah pengguna Snapmaker di seluruh dunia, video ini menceritakan tiga kisah menarik dari perspektif yang berbeza: kepuasan diri, warisan keluarga dan tanggungjawab sosial demi menyampaikan nilai jenamanya: Buatlah Sesuatu yang Hebat.

Kreativiti ialah hadiah anda kepada dunia 

Membuat sebagai satu hobi dapat menyerlahkan daya kreativiti seseorang dan memberi kepuasan, terutamanya buat mereka yang terbeban oleh kerja seharian mereka. Cerita ini mengisahkan mengenai seorang pemuda, Jason yang melalui kehidupan yang membosankan dan sibuk, namun memupuk minat dalam membuat, yang membantunya dikenali dalam masyarakat.

Menurunkan semangat pembuat kepada generasi seterusnya 

Membuat bukan sahaja cara untuk meneroka daya kreativiti, tetapi juga jambatan untuk berhubung dengan insan tersayang anda dalam kehidupan moden. Dalam kisah ini, kita dapat melihat ikatan antara datuk dan cucu perempuannya Emma. Mereka bersama-sama berseronok memasang mesin tersebut, menyiapkan rangka dan badan luar kereta serta melakukan kerja pemasangan.

Memberi impak positif ke atas golongan minoriti 

Dengan hati yang murni, anda boleh menggunakan imaginasi anda untuk memberi impak positif kepada masyarakat. Kisah ketiga menunjukkan rasa peduli terhadap golongan minoriti. Pereka Sally menyedari seekor anjing cacat menyorok di sudut jalan dan membuat kerusi roda untuk anjing tersebut dengan bantuan mesin Snapmaker.

Jadikannya Suatu Kenyataan | Parti Maya Snapmaker

Selain daripada laman sesawang interaktif yang ditampilkan, acara dalam talian serta jualan ulang tahun global, Parti Maya ini juga merupakan sebahagian daripada kempen ulang tahun ke-5 Snapmaker. Parti ini akan mempersembahkan video jenama pertamanya, hadiah percuma dan tawaran hebat serta produk baharu yang menjadikan pencetakan 3D lebih mudah diakses untuk semua orang.

Saluran:
Siaran Langsung YouTube

Masa:
15 Oktober 2021 7:00 PAGI-9:00 PAGI (PST)
15 Oktober 2021 4:00 PETANG-6:00 PETANG (CET)

Untuk menyertai Parti Maya Snapmaker, sila langgan di https://www.snapmaker.com/event/5th-anniversary

Source: Shenzhen Snapmaker Technologies Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Social Media Broadcast feed announcements New products/services