KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Hilton, hari ini mengumumkan pembukaan DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, hotel pertama DoubleTree by Hilton di Putrajaya. Dimiliki oleh Indaman Putrajaya Sdn Bhd, hotel dengan 290 bilik ini diurus oleh Hilton.
Paul Hutton, naib presiden, Operasi, Asia Tenggara, berkata, "Pelancaran DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside membawa kami hotel DoubleTree by Hilton ketiga yang dibuka di Asia Tenggara dalam tempoh kurang daripada setahun. Turut serta dalam portfolio kami dengan empat hotel DoubleTree by Hilton di Malaysia sebagai hotel ke-12 di harta tanah operasi kami di Malaysia, pelancaran tempat peranginan semasa tempoh ini merupakan bukti komitmen Hilton untuk mengukuhkan kehadiran kami di destinasi-destinasi baharu di Malaysia. Kami optimis bahawa apabila perjalanan peringkat wilayah dan antarabangsa beroperasi semula dalam jangka masa terdekat, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside akan berkedudukan baik untuk memenuhi keperluan tetamu kami."
Terletak di Wilayah Persekutuan ketiga Malaysia, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside berjarak 20 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1 & 2) dan 40 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur melalui KL-Putrajaya Expressway baharu – meletakkannya sebagai tempat persinggahan yang mudah untuk pengembara riadah dan perniagaan.
Selain daripada kemudahan, hotel ini dikelilingi oleh tempat pelancongan dan beriadah yang indah. Tetamu akan dapat menikmati lokasi bersiar-siar yang menarik terletak berhampiran dengan hotel ini termasuk Monumen Alaf Baru, Masjid Putra berwarna merah jambu dan banyak lagi atau berhenti di pusat membeli belah berhampiran untuk membeli-belah, menonton filem blokbuster atau menguji kemahiran mereka dengan boling.
Alexandra Jaritz, naib presiden kanan, Pengurusan Jenama, Asia Pasifik, Hilton, berkata, "Jenama The DoubleTree by Hilton sinonim dengan keselesaan seperti berada di rumah jauh dari rumah untuk pengembara dari seluruh dunia. Kini, ia merupakan salah satu jenama kami yang paling pantas berkembang di seluruh dunia dan kadar pembukaan yang telah kami lihat di Asia Pasifik dalam beberapa tahun kebelakangan ini merupakan bukti kepercayaan yang diberikan oleh tetamu dan rakan kongsi terhadap jenama ini."
BILIK & KEMUDAHAN
Menyambut tetamu dengan 290 bilik standard tinggi, hotel ini mempunyai sepuluh jenis penginapan bagi menampung keperluan tetamu yang berbeza. Semua bilik bebas rokok, dengan Wi-Fi percuma untuk ahli-ahli Hilton Honors, TV skrin rata dengan saluran HD, khidmat bilik 24-jam serta meja kerja untuk pengembara perniagaan bekerja dengan selesa.
Terdapat banyak pilihan bersantai di DoubleTree Putrajaya Lakeside. Kanak-kanak boleh berseronok di Splash Pool manakala ibu bapa boleh berenang di Lakeside Pool yang menghadap tasik Putrajaya atau meluangkan masa di pusat kecergasan yang dilengkapi sepenuhnya.
KULINARI
Tempat peranginan ini membawakan dua buah restoran dengan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa yang beraneka dan sungguh mewah.
MESYUARAT & ACARA
Terletak di sekitar pusat pentadbiran persekutuan Malaysia, DoubleTree Putrajaya merupakan lokasi yang ideal untuk majlis dan acara korporat serta peribadi. Mencakupi kawasan seluas 3,773 meter persegi, hotel ini mempunyai 22 bilik mesyuarat yang kesemuanya dilengkapi dengan Wi-Fi dan internet berwayar, kemudahan video dan telesidang, sistem bunyi digital dan Pengurus Acara khas untuk menyediakan sokongan teknikal. Dengan kemudahan teknologi yang terkini, penganjur persidangan akan dapat memastikan khalayak mereka terlibat dengan persidangan maya, pameran perdagangan, mesyuarat serta pengalaman realiti terimbuh dengan studio maya hibrid hotel ini.
Pasangan pengantin yang merancang hari istimewa mereka mempunyai pilihan untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka dengan suasana dalaman atau luar. Dewan Tari-Menari Utama tanpa tiang direka agar dapat memuatkan sehingga 400 orang tetamu yang juga boleh dibahagikan kepada dua bilik yang lebih kecil untuk majlis yang lebih intim, manakala bilik mesyuarat Temenggor menyajikan pemandangan indah hujung selatan tasik Putrajaya yang sesuai untuk majlis yang menjadi ikutan, namun santai.
Elemen program CleanStay Hilton akan menyambut tetamu di hotel yang akan membolehkan tetamu menikmati pengalaman yang bersih dan selamat semasa penginapan mereka. Standard di bawah CleanStay Hilton termasuk Meterai Bilik CleanStay Hilton untuk menunjukkan bilik tersebut tidak pernah diakses sejak dibersihkan dan dinyahjangkit dengan teliti, pembersihan tambahan kawasan umum dan barang, daftar masuk tanpa sentuh, teknologi penyahjangkitan yang inovatif dan pilihan mengemas bilik yang fleksibel. Tetamu boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.hilton.com/en/corporate/cleanstay/.
DoubleTree Putrajaya merupakan sebahagian daripada Hilton Honors, program kesetiaan tetamu memenangi anugerah untuk 18 jenama hotel Hilton yang berbeza. Ahli-ahli Hilton Honors yang menempah terus melalui saluran pilihan Hilton dapat menjimatkan masa dan wang serta mendapat akses segera kepada faedah-faedah yang paling dititikberatkan oleh mereka seperti diskaun ahli eksklusif, Wi-Fi percuma dan gelangsar bayaran fleksibel yang membolehkan ahli-ahli memilih hampir sebarang kombinasi Mata dan wang untuk menempah penginapan.
Bagi meraikan pembukaan hotel ini, ahli-ahli Honors akan menerima 1,000 Mata bonus untuk penginapan maksimum selama lima malam ditempah mulai 1 Oktober hingga 1 Disember 2021 apabila menempah terus dengan Hilton.
DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside terletak di No 2, Jalan P5/5, Presint 5, Putrajaya, 62200, Malaysia.
Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan, sila hubungi +603 8890 0000 atau kunjungi Putrajayalakeside.DoubleTreebyHilton.com.