omniture

Acronis jenamakan semula penyelesaian perlindungan siber peribadi terunggul sebagai Acronis Cyber Protect Home Office

Produk pemenang anugerah (dahulunya Acronis True Image) menyediakan individu dengan perlindungan komprehensif terhadap semua ancaman -- bermula daripada kegagalan cakera hinggalah serangan siber
Acronis
2021-10-04 14:09 68

SINGAPURA, 4 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Acronis, peneraju global bagi perlindungan siber, hari ini melancarkan Acronis Cyber Protect Home Office (dahulunya Acronis True Image) yang baru dijenamakan semula. Nama baharu untuk penyelesaian peribadi terunggul syarikat ini mencerminkan evolusinya daripada perisian sandaran data dan sistem kepada penyelesaian yang dapat menyampaikan perlindungan siber yang lengkap — antiperisian hasad generasi seterusnya, sandaran terbaik dalam kategorinya dan alat bersepadu semua dalam satu dengan pengurusan yang mudah.

Perlindungan siber 

Keperluan terhadap perlindungan data dan keselamatan siber yang berkesan telah menjadi dominan dalam kehidupan harian. Perniagaan bergantung pada ketersediaan dan integriti berterusan data mereka, sementara individu di seluruh dunia menghantar dan menerima sejumlah besar maklumat yang sensitif melalui sambungan jarak jauh. Sebagai respons, penjenayah siber telah meningkatkan skala dan kerumitan serangan mereka – dan dengan kemajuan dalam automasi ancaman ini, tiada yang "terlalu kecil untuk disasarkan."

Menyedari terdapatnya cabaran perlindungan data yang terus berkembang, Acronis telah memajukan penyelesaiannya sejak tahun 2017 untuk memenuhi cabaran yang terkini. Apabila ancaman perisian tebusan mula menyasarkan sandaran fail secara langsung, syarikat ini menjadi yang pertama mengintegrasikan pertahanan antiperisian tebusan ke dalam penyelesaian sandaran peribadi. Pada tahun 2021, Acronis terus memperluas fokus keselamatan sibernya, menambah keupayaan yang melibatkan antiperisian hasad agnostik-ancaman, perlindungan daripada 'cryptojacking' dan penapisan web. Penyelesaian ini berkembang daripada penyelesaian sandaran kepada penyelesaian perlindungan siber peribadi yang lengkap bagi melindungi bukan sahaja sandaran tetapi juga peranti.

Kejayaan Acronis menerusi usaha ini telah mendapat perhatian, dengan meraih anugerah Editor's Choice daripada kedua-dua PCWorld dan PCMag. PCWorld menggelarnya sebagai "penyelesaian pencegahan-tragedi yang menyeluruh." Apabila dinilai oleh makmal penyelidikan keselamatan bebas, AV-TEST, integrasi sandaran data dan keselamatan siber termaju berjaya mengesan dan menyekat 100% serangan siber.

Perlindungan untuk semua orang 

Acronis Cyber Protect Home Office (dahulunya Acronis True Image) menggabungkan beberapa keupayaan untuk mengatasi ancaman siber moden dan memastikan perlindungan data yang lengkap. Integrasi unik antara keselamatan siber dan sandaran ke dalam satu penyelesaian ini bukan sahaja menjadikan perlindungan lebih mudah dan lebih berpatutan, tetapi juga menyampaikan keupayaan termaju yang tidak dapat diberikan oleh penyelesaian mandiri — seperti pemulihan automatik sebarang data yang rosak semasa serangan perisian tebusan.

Antiperisian hasadnya yang canggih terbukti dapat mengesan dan menghentikan ancaman siber yang terkini pada waktu sebenar, termasuk serangan hari-sifar yang belum pernah dilihat sebelum ini. Perlindungan ini dilanjutkan terhadap perisian popular termasuk aplikasi sidang video seperti Zoom dan Microsoft Teams, bagi mengelakkan penyerang mengakses data dalam-transit.

"Dua tahun yang lalu telah mengubah landskap industri ini buat selama-lamanya, tiada pengguna yang terlalu kecil untuk disasarkan lagi," kata Candid Wuest, Naib Presiden Penyelidikan Perlindungan Siber Acronis. "Kualiti unik penyelesaian korporat kami ialah perlindungan siber yang diintegrasikan – menggabungkan keselamatan siber dan sandaran merupakan satu-satunya cara untuk memastikan data kritikal anda benar-benar dilindungi. Kini, kami menawarkan Acronis Cyber Protect Home Office – untuk melindungi setiap individu dan pejabat rumah serta memastikan dunia terus berjalan walaupun menghadapi cabaran kerja jarak jauh dan infrastruktur IT teragih.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keupayaan keselamatan siber dan perlindungan data yang diaktifkan oleh Acronis Cyber Protect Home Office untuk individu-individu seperti pengguna rumah, pekerja jarak jauh, pekerja bebas dan pelajar di rumah, kunjungi laman rasmi.

Latar Belakang Acronis 

Acronis menyatukan perlindungan data dan keselamatan siber untuk menyampaikan perlindungan siber yang bersepadu dan automatik yang dapat menangani cabaran keselamatan, kebolehcapaian, privasi, kesahihan dan sekuriti (SAPAS) dunia digital moden. Dengan model penggunaan fleksibel yang sesuai dengan permintaan penyedia perkhidmatan serta golongan profesional IT, Acronis menyediakan perlindungan siber yang unggul untuk data, aplikasi dan sistem dengan antivirus, sandaran, pemulihan bencana dan penyelesaian pengurusan perlindungan titik akhir generasi seterusnya yang inovatif. Dengan antiperisian hasad berasaskan AI yang memenangi anugerah dan teknologi pengesahan data berasaskan rantaian blok, Acronis melindungi sebarang persekitaran – bermula daripada awan hingga hibrid serta atas-premis -- pada kos yang rendah dan boleh diramal.

Ditubuhkan di Singapura pada tahun 2003 dan diperbadankan di Switzerland pada tahun 2008, kini Acronis mempunyai lebih daripada 1,700 pekerja di 34 lokasi dalam 19 negara. Penyelesaiannya dipercayai oleh lebih daripada 5.5 juta pengguna rumah dan 500,000 syarikat termasuk 100% syarikat Fortune 1000 dan pasukan sukan profesional tahap teratas. Produk Acronis boleh didapati melalui 50,000 rakan kongsi dan penyedia perkhidmatan di lebih 150 negara dalam lebih daripada 40 bahasa.

Source: Acronis
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services