omniture

Bersemangat, Berkuasa, Dinamik: Yadea Jadi Rakan Kongsi Rasmi XLETIX Challenge Berlin Jerman

Yadea
2021-10-04 15:00 78

BERLIN, 4 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Yadea, jenama dua roda elektrik yang terkemuka di dunia, telah menandatangani perjanjian sebagai rakan kongsi rasmi unyuk XLETIX Challenge Berlin, balapan berhalang ekstrem luar Jerman. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Yadea akan mempamerkan kenderaan dua roda elektriknya di XLETIX Challenge yang paling terkini di Berlin mulai 2 hingga 3 Oktober.


Yadea menandatangani perjanjian sebagai rakan kongsi rasmi XLETIX Challenge Berlin mulai 2 hingga 3 Oktober.

"Yadea berbesar hati dapat menjadi rakan kongsi rasmi XLETIX Challenge Berlin. Selama bertahun-tahun, kami telah membina imej jenama yang bersemangat, berkuasa dan dinamik. Kami percaya bahawa ini merupakan padanan yang hebat dengan XLETIX Challenge yang meraikan aktiviti luar, pergerakan dan semangat berpasukan," kata Aska Zeng, Pengurus Besar Yadea.

XLETIX Challenge ialah balapan halangan ekstrem yang mana peserta perlu mengatasi batasan mental dan fizikal untuk tiba ke garisan penamat. Petunjuk kekuatan, daya ketahanan, keberanian, kemahuan dan kerja berpasukan, setiap laluan menyediakan cabaran unik seperti Percikan Singkat (Short Splash), Tembok Ajaib (Wonder Wall) dan Buaian Super (Super Swing). Cabaran ini diadakan di bandar-bandar serta lokasi-lokasi ikonik di seluruh Jerman dan menarik minat ribuan peserta saban tahun.

Sebagai rakan kongsi acara ini, Yadea mempamerkan kenderaan dua roda elektrik C1S dan G5 sepanjang balapan halangan XLETIX Challenge Berlin 2021. Dengan reka bentuk bergaya yang diperbaharui dan keupayaan beradaptasi dengan persekitaran dan rupa bumi yang berbeza, kedua-dua kenderaan ini merangkumkan semangat XLETIX Challenge yang tidak gentar untuk menghadapi halangan Xtreme di lokasi-lokasi Xtreme untuk mencapat matlamatnya. Peserta dan penonton mengambil peluang ini untuk menikmati pengalaman langsung dengan produk Yadea, berinteraksi dengan kakitangan Yadea dan menunjukkan semangat mereka terhadap kenderaan dua roda elektrik.

Kerjasama Yadea dengan XLETIX Challenge Berlin mengukuhkan lagi komitmen jenama ini untuk berkembang ke dalam pasaran Eropah. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Yadea berusaha keras untuk mengukuhkan kehadirannya di seluruh wilayah ini dan terus memerhatikan pilihan perjalanan dan permintaan pengguna, baik di Jerman mahupun pasaran Eropah yang lebih luas.

Pada April 2021, Yadea memulakan secara rasminya "Era Hijau" dan melancarkan jenama antarabangsanya melalui sidang akhbar global "Mengelektrikkan Kehidupan Anda" ("Electrify Your Life"). Syarikat ini kemudiannya mengumumkan satu kerjasama rasmi dengan studio rekaan yang berpangkalan di Austria, Studio F. A. Porsche pada bulan Julai, untuk membawakan produk yang lebih berorientasikan reka bentuk kepada pengguna dan menyediakan pengalaman pemanduan canggih yang lebih baik. Baru-baru ini, Yadea memperkenalkan inovasi dan produk terkininya di Majlis Pelancaran Teknologi Baharu pada bulan September, yang melibatkan Bateri Grafen 3.0 canggih miliknya.

Semua acara diterima dengan baik oleh komuniti antarabangsa serta menggamit perhatian yang luas daripada industri ini dan juga media.

Menerusi imej jenamanya yang bersemangat, berkuasa dan dinamik, Yadea terus memperkasa lebih ramai pengguna untuk melangkah lebih jauh dan menikmati kebebasan tanpa batasan, sama seperti XLETIX Challenge yang menyediakan platform kepada mereka yang ingin mencabar diri mereka dan melakukan lebih lagi. Memandang ke hadapan, Yadea bermatlamat untuk membawakan pembuatan pintarnya kepada lebih ramai penunggang di seluruh dunia dan 'mengelektrikkan' lebih banyak kehidupan dengan kuasa e-mobiliti.

Latar Belakang Yadea 

Yadea ialah peneraju global dalam membangunkan dan mengeluarkan kenderaan dua roda elektrik termasuk motosikal elektrik, moped (basikal berenjin) elektrik, basikal elektrik dan skuter tendang elektrik. Sehingga kini, Yadea telah menjual produk kepada 50 juta pengguna di lebih 80 negara dan mempunyai jaringan dengan lebih 35,000 penjual di seluruh dunia. Jualan daripada produk Yadea telah membantu menjimatkan 9.07 juta tan petrol dan menghapuskan 31.06 juta tan emisi CO2 – bersamaan dengan menanam 31.06 bilion pokok. Dengan misi untuk membantu orang ramai "Mengelektrikkan Kehidupan Anda", Yadea terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran serta pengembangan global demi membina masa depan yang dikongsi bersama dan lestari untuk umat manusia.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi:
Laman Sesawang Rasmi: https://www.yadea.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Yadea.Official
Instagram: https://www.instagram.com/YADEA.GLOBAL/
Twitter: https://twitter.com/YadeaGlobal

Source: Yadea
Related Stocks:
HongKong:1585
Keywords: Computer/Electronics Sporting Events Sports Transportation Licensing/marketing agreements