omniture

H3C Lancar Jelajah Digital 2021 di Malaysia dengan Tumpuan pada Pusat Data Berpandukan Aplikasi

H3C
2021-10-04 22:34 115

KUALA LUMPUR, Malaysia, 4 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- H3C, syarikat peneraju penyelesaian digital, telah melancarkan Jelajah Digital H3C 2021 di Malaysia secara rasmi. Acara maya tahunan ini memperkenalkan penyelesaian Rangkaian Tentuan Perisian (SDN) terkini syarikat ini, Penyelesaian Rangkaian Berpandukan-Aplikasi H3C 6.0 (AD-NET 6.0) termasuk AD-Campus 6.0 untuk aplikasi senario kampus, AD-DC 6.0 untuk aplikasi senario pusat data dan Penyelesaian AD-WAN 6.0 untuk aplikasi senario Rangkaian Kawasan Luas (WAN). Di samping itu, acara ini bertujuan untuk membantu rakan-rakan kongsi global mencapai tahap transformasi digital yang lebih tinggi selaras dengan keperluan ekonomi digital moden yang semakin berkembang.

Bertema "Masa Depan Digital · Kita Bersama-sama", Jelajah Digital H3C 2021 bertujuan untuk membangunkan platform terbuka dan kolaboratif untuk pemimpin dan pakar industri mengambil bahagian dalam perbincangan teknologi termaju sekali gus membawakan penyelesaian ICT terkini H3C dalam pelbagai bidang.
Bertema "Masa Depan Digital · Kita Bersama-sama", Jelajah Digital H3C 2021 bertujuan untuk membangunkan platform terbuka dan kolaboratif untuk pemimpin dan pakar industri mengambil bahagian dalam perbincangan teknologi termaju sekali gus membawakan penyelesaian ICT terkini H3C dalam pelbagai bidang.

Bertemakan "Masa Depan Digital · Kita Bersama-sama", Jelajah Digital H3C 2021 bertujuan untuk membangunkan platform terbuka dan kolaboratif bagi pemimpin dan pakar industri mengambil bahagian dalam perbincangan teknologi termaju sekali gus membawa penyelesaian ICT terkini H3C dalam pelbagai bidang. Dengan matlamat untuk mendayakan Malaysia yang digital dengan sambungan pintar, H3C telah melancarkan secara rasmi penyelesaian utama, Penyelesaian AD-DC 6.0 di acara maya ini. Penyelesaian baharu peneraju industri ini menangani cabaran perangkaian perusahaan Malaysia yang menggunakan pusat data, sambil menjadikan jumlah kos pemilikan yang lebih rendah, keselamatan lebih kukuh, prestasi lebih tinggi dan pengalaman yang lebih baik berbanding dengan versi terdahulu.

Gary Huang, Naib Presiden Kanan H3C dan Presiden Perniagaan Antarabangsa
Gary Huang, Naib Presiden Kanan H3C dan Presiden Perniagaan Antarabangsa

Berucap semasa Jelajah Digital H3C 2021 di Malaysia, Gary Huang, Presiden Perniagaan Antarabangsa dan Naib Presiden Kanan H3C berkata, "Malaysia ialah pasaran yang strategik untuk H3C. Negara ini sentiasa mengutamakan inisiatif digital dalam ekonomi mereka. Usaha yang dilaksanakan telah menjadi pemacu pembangunan yang baharu di Malaysia. Dengan pengalaman  bekerjasama dengan pelanggan dan rakan kongsi globa yang luas, H3C mempunyai pandangan mendalam terhadap industri-industri vertikal dan meningkatkan pendigitalan serta kecerdasan penyelesaian kami. Dengan mempercepatkan pembinaan infrastruktur digital, meningkatkan transformasi digital perusahaan tradisional dan mendayakan aplikasi pintar industri, kita akan bersama-sama dapat berkongsi faedah-faedah ekonomi digital dan mencipta masa depan digital yang lebih baik."

Penyelesaian AD-DC 6.0 memberi kemudahan, dengan automasi hujung-ke-hujung bermula daripada sumber pengkomputeran, rangkaian hingga perkhidmatan, lalu menjadikannya peranti "Satu Seni Bina untuk Pelbagai Senario". Selain itu, ia turut membawakan kecerdasan, menyokong telemetri Interspan di samping memanfaatkan AI untuk melengkapkan pemprosesan maklumat gelung tertutup. Menurut H3C, ia juga telah bertambah baik dari segi penumpuan, menjadikannya platform disatukan untuk pengurusan, kawalan dan analisis untuk perusahaan. Mikro-segmentasi dan rantaian perkhidmatan memastikan keselamatan pusat data dengan reka bentuk HA pengawal menjadikan perniagaan lebih stabil dan boleh dipercayai di samping menyampaikan prestasi yang lebih tinggi.

Masa depan pusat data akan bergantung pada pengkomputeran awan, infrastruktur hiper-tertumpu dan peranti lebih berkuasa. Ia perlu mempunyai keandalan yang mantap, kecekapan lebih tinggi, sekuriti yang lebih selamat dan evolusi pusat data yang berterusan lazimnya merupakan keutamaan tertinggi. Banyak perusahaan yang mendorong kapasitinya dalam pendigitalisan bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. H3C memainkan peranan penting dalam membantu perusahaan ini menyempurnakan pencariannya dengan menyediakan siri produk dan penyelesaian untuk menaik taraf infrastruktur mereka, seraya menjadikan operasi pusat data lebih cekap.

Di samping itu, H3C turut melancarkan Penyelesaian AD-WAN 6.0, menegaskannya sebagai penyelesaian SDN yang utama dalam industri untuk rangkaian WAN. WAN tradisional menghadapi cabaran termasuk lonjakan permintaan lebar jalur, jaminan untuk perniagaan teras, risiko berpotensi terhadap keselamatan rangkaian dan kecekapan rendah untuk O&M. Generasi baharu Penyelesaian AD-WAN 6.0 dirancang untuk menyelesaikan masalah versi tradisional. Ia bukan sahaja meningkatkan penggunaan pautan sehingga lebih daripada 80%, ia juga memampatkan trafik dengan cekap dan meningkatkan lebar jalur penghantaran empat kali ganda menggunakan pautan hibrid.

Dengan Penghalaan Pintar Berdaya Tahan (RIR), ia dapat mengagihkan pemanduan trafik untuk respons yang lebih pantas dan keandalan lebih tinggi dan dalam masa yang sama mengurangkan kos dan kerumitan menggunakan produk tunggal untuk rangkaian dan keselamatan. Kecekapan lebih tinggi untuk O&M daripada Penyelesaian ini menyediakan pusat data dengan pemantauan prestasi peranti dan status pautan pada waktu sebenar dengan papan pemuka disesuaikan untuk memaparkan maklumat pilihan. Penyelesaian AD-WAN 6.0 juga dapat mengesan kegagalan sistem dengan penggera waktu sebenar dan menyediakan akses pantas terhadap maklumat tidak normal kepada pengguna, memaparkan trafik aplikasi dan skor kesihatan untuk mengoptimumkan peruntukan sumber rangkaian.

Rockies Ma, Pengurus Besar H3C Malaysia
Rockies Ma, Pengurus Besar H3C Malaysia

Rockies Ma, Pengurus Besar Negara bagi H3C Malaysia mengulas mengenai pelancaran produk dan penyelesaian utama, "Pusat data telahpun berkembang daripada infrastruktur terpusat yang dikendalikan secara tempatan hingga ke awan—menggunakan penyedia awan awam dan persendirian, kolokasi dan banyak lagi. Memandangkan 5G mendayakan hiper-sambungan, organisasi-organisasi akan lebih bergantung pada peranti pinggir dalam pusat data mereka. Susulan rancangan kerajaan Malaysia untuk Revolusi Perindustrian 4.0, kami berusaha untuk memperluaskan ekosistem rakan kongsi kami dengan menggunakan teknologi terkini kami seperti AD-DC 6.0 bagi menyokong perusahaan Malaysia kami untuk mempercepatkan transformasi digital mereka."

Sejak versi pertama AD-DC 1.0 dilancarkan pada tahun 2014, H3C melancarkan secara berturut-turut 2.0, 3.0, 5.0 dan Penyelesaian AD-DC 6.0 yang terkini. Dengan ciri-ciri yang matang, stabil dan pelbagai, ia telah membantu lebih daripada 1,400 pelanggan dalam industri-industri mempercepatkan transformasi digital. Malaysia ialah perhentian pertama bagi Jelajah Digital H3C 2021. Susulan acara maya ini, Jelajah Digital H3C 2021 akan dianjurkan di pasaran-pasaran penting yang lain termasuk Rusia. H3C komited untuk menyokong lebih ramai pelanggan mempercepatkan transformasi digital dan meningkatkan ketangkasan perniagaan semasa keadaan pasaran yang berubah dengan pesat ini.

Source: H3C
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services