omniture

Kajian: Selama 5 tahun, standard bahan api ekonomi dapat jimatkan 16.2 bilion liter petrol Malaysia, kurangkan emisi

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2021-10-05 03:00 125

SUZHOU, China, 5 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Memperkenalkan standard bahan api ekonomi akan dapat memberi sumbangan yang besar kepada penjimatan bahan api dan pengurangan emisi di Malaysia, menurut terbitan antarabangsa baharu oleh Xi'an Jiaotong-Liverpool University dan University of Technology Sydney (UTS).

Dalam tempoh 20 tahun yang lalu, sektor pengangkutan di Malaysia menggunakan secara konsisten lebih daripada 40 peratus jumlah penggunaan tenaga negara dengan pengangkutan darat, terutamanya kereta persendirian, yang paling banyak menggunakannya.

Dalam kertas kajian yang diterbitkan baru-baru ini, Profesor Terhormat UTS Teuku Meurah Indra Mahlia, pelajar PhD UTS Ahmad Zuhairi Muzakir dan Profesor XJTLU Eng Hwa Yap mendedahkan faedah-faedah penting yang dapat diberikan oleh dasar standard bahan api ekonomi kepada Malaysia.

"Tidak seperti banyak ekonomi maju, penggunaan bahan api oleh kereta persendirian di Malaysia tidak ditentukan oleh dasar nasional mengenai standard bahan api ekonomi," kata Muzakir.

"Kami meneroka kesan yang diberikan apabila menerima pakai dasar standard bahan api ekonomi ke atas kenderaan penumpang berbanding dengan apa yang akan dapat dilihat sekiranya negara berkenaan terus melakukan perkara yang sama.

"Data kami menunjukkan bahawa kurangnya standard bahan api ekonomi mengakibatkan hilangnya penjimatan yang berpotensi besar dalam penggunaan bahan api dan pengurangan emisi."

Meramalkan tempoh lima tahun dari tahun 2025 hingga 2030, penemuan ini menunjukkan bahawa Malaysia dapat menjimatkan 16.2 bilion liter petrol sekiranya standard bahan api ekonomi dilaksanakan.

Di samping itu, standard ini juga dapat mengurangkan sekurang-kurangnya 37.6 juta tan emisi gas rumah hijau setara CO2.

Muzakir berkata kajian ini dapat membantu membimbing para pegawai dan penggubal dasar di Malaysia untuk melihat faedah-faedah standard bahan api ekonomi.

"Pengangkutan memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi di banyak negara," kata Muzakir.

"Terutamanya untuk negara-negara sedang membangun, dalam konteks Asia umpamanya, terdapat sedikit keengganan untuk memperkenalkan dasar yang mempunyai risiko ekonomi yang dapat dilihat.

"Kajian kami mengetengahkan apa yang dapat diperoleh oleh negara seperti Malaysia dengan melaksanakan standard bahan api ekonomi dalam keadaan sebenar. Kami berharap agar model kami juga dapat diterima pakai oleh negara-negara lain di rantau ini untuk menyokong mereka dalam mengambil keputusan untuk melaksanakan standard yang serupa."

Muzakir diselia oleh Profesor Yap, Dekan Sekolah Ekosistem Pembuatan Pintar dan Sekolah Robotik (Taicang) di XJTLU serta Profesor Terhormat Mahlia daripada UTS.

Kertas kajian 'The Way towards an Energy Efficient Transportation by Implementation of Fuel Economy Standards: Fuel Savings and Emissions Mitigation' ('Jalan menuju Pengangkutan Cekap Tenaga dengan Pelaksanaan Standard Bahan Api Ekonomi: Penjimatan Bahan Api dan Pengurangan Emisi') diterbitkan dalam Sustainability.

 

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Related Links:
Keywords: Education Higher Education