KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Julai 2013 /PRNewswire/ --
Mahindra Comviva, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian mudah alih melangkaui VAS, membuat pertaruhan besar ke atas portfolio muzik digital mereka melalui video, suara dan teks. Dengan lebih 30 pengaturan kedudukan berskala besar dan lebih 150 rakan kongsi kandungan, syarikat itu telah menjadi salah sebuah pengumpul kandungan terbesar di seluruh Asia dan benua Afrika.
(photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130626/625127 )
Mahindra Comviva memiliki hak cipta muzik untuk lebih 260,000 aset muzik, di samping 300,000 aset kandungan lain (video, imej, suara dan teks). Mahindra Comviva mempunyai lebih 200 kategori dalam perkhidmatan berasaskan SMS/USSD dengan katalog WAP yang kukuh, merangkumi pelbagai genre termasuk Lagu Klasik Wayang, Tip Gaya Hidup, Hip Hop, Pop, Inspirasi, Kerohanian, Rumba, Hip Life, Sukan, Keagamaan, Jazz, Rock, Reggae dan Retro dalam lebih 90 bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, dan sebagainya.
Dalam pasaran Asia, sementara masih menghormati persekitaran peraturan yang mencabar, Mahindra Comviva telah berjaya memajukan perniagaan CRBT sebanyak 20-25% setiap tahun. Hasil daripada perkhidmatan berasaskan kandungan itu juga telah meningkat sebanyak 5-10% bulanan melalui amalan pengurusan perniagaan yang dipertingkat dan kempen bersegmen yang mematuhi garis panduan kawal selia.
Atul Madan, Ketua Perkhidmatan Digital, Mahindra Comviva, berkata: "Dalam masa beberapa tahun lepas, penyedia perkhidmatan di rantau Asia Pasifik telah menyaksikan permintaan yang tinggi untuk muzik digital, terutamanya di negara-negara ASEAN. Dengan menawarkan pilihan penyesuaian khusus kandungan untuk pengguna hujung dan model hasil berbilang untuk pengendali mudah alih, rangkaian perkhidmatan digital Mahindra Comviva yang merangkumi muzik, suara, video dan teks, memacu penggunaan perkhidmatan dan memastikan pengalaman pengguna hujung yang unggul sambil memaksimumkan jendela hasil para pengendali."
Untuk membawa perkhidmatan digital maju selangkah lagi ke hadapan, Mahindra Comviva telah merintis dan melancarkan "Gerbang Maklumat Hibur", app berasaskan data mudah alih yang membenarkan para pelanggan menonton dan memuat turun video dan juga berkongsi/menyepadukan kandungan dengan laman web rangkaian sosial. Sebagai yang pertama seumpamanya, app mudah alih ini membenarkan para pelanggan mengakses maklumat hibur melalui satu app tunggal, tanpa mengira saluran pembawa yang dipilih antara klien mudah alih, teks atau suara. "Gerbang Maklumat Hibur" diperkasakan oleh "Enjin Saranan dan Analisis", yang menyarankan kandungan berasaskan profil pengguna dan kegemaran peribadi pengguna berbanding kandungan yang digemari oleh orang ramai seperti yang dibuat dalam kebanyakan perkhidmatan VAS konvensional.
Hubungi:
Sundeep Mehta
Hubungi: +91-124-481-9000
Emel: pr@mahindracomviva.com
Sumber: Mahindra Comviva