omniture

Hisense Merekrut di Silicon Valley dan Bandar-bandar Lain seluruh Amerika Utara untuk Lebih 100 Kedudukan Berjawatan Tinggi

Hisense
2013-07-19 22:16 143

QINGDAO, China, 19 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Hisense sekali lagi telah memulakan sebuah jerayawara perekrutan berskala besar untuk seluruh Amerika Utara pada 17 Julai.Toronto, Kanada akan menjadi hentian pertama jerayawara itu, diikuti oleh lima bandar lain: Waterloo, Ottawa, Montreal di Kanada serta Boston dan Silicon Valley di Amerika Syarikat. Hisense akan mengadakan acara perekrutan bakat dan simposium di kelima-lima lokasi ini, dengan menawarkan lebih 100 kedudukan berjawatan tinggi dalam komunikasi, IT, multimedia, sistem maklumat pintar, penyejukan, pemanasan dan pengudaraan serta barangan elektronik perubatan, antara sektor-sektor lain. Daripada penyelidikan dan pembangunan berteknologi tinggi sehinggalah rekaan produk, syarikat itu merancang untuk menawarkan peluang pekerjaan pada semua peringkat daripada jawatan pemasaran sehinggalah pengurusan atas dan tengah di banyak lokasi seluruh dunia. Presiden Kumpulan Hisense Yu Shumin sendiri akan berperanan sebagai "ketua pegawai perekrutan" semasa hentian-hentian di Boston dan Silicon Valley.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130719/CN47868 )

Hisense memulakan jelajah perekrutan berskala besar pertamanya pada tahun 2011. Selain mengisi kekosongan bakat melalui perekrutan luar negara, pemerolehan seluruh pasukan teknikal dan menarik pemimpin IT terbaik kepada organisasi mereka, syarikat itu juga menawarkan pakej ganjaran berinovasi bagi menarik dan mengekalkan bakat melalui insentif ekuiti. Setakat hujung tahun lalu, Hisense telah memperoleh pasukan daripada Jamdeo di Kanada, pasukan penyelidikan & pembangunan serta penghasilan cip optikal daripada Archcom di Amerika dan pasukan pembangunan cip TV daripada Huaya. Tambahan lagi, hampir seratus peneraju teknologi dari AS, Jepun dan Korea Selatan telah menyertai pasukan penyelidikan & pembangunan Hisense. Mereka semua ialah saintis dan bakat terhebat bertaraf dunia yang terkemuka dan dihormati serta merupakan yang paling handal dalam bidang mereka masing-masing. 146 penggajian penting Hisense sejak tahun 2011 telah menjadi peneraju teknologi syarikat itu dalam beberapa bidang yang berbagai-bagai termasuk televisyen laser, rekaan cip, kecerdasan buatan dan rekaan sistem. VIDAA TV yang telah direka dan dibangunkan bersama oleh pasukan Jamdeo di Kanada dan pasukan tempatan Hisense, kini sedang laris dijual dalam pasaran dalam negeri China dan dijangka untuk mula dijual di Amerika Utara menjelang permulaan tahun hadapan.

Strategi Hisense merekrut bakat yang terhandal menambah kekuatan kepada teras rancangan Hisense untuk menjadi salah sebuah daripada tiga jenama TV terbaik di dunia.

Source: Hisense
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Consumer Electronics Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Equipment Labor news