omniture

Kenyataan tentang Marte Dalelv oleh Al Mana Interiors, Jurucakap W.L.L. Hani El Korek

Al Mana Interiors W.L.L.
2013-07-22 14:33 121

DOHA, Qatar, 22 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Hani El Korek, jurucakap Al Mana Interiors W.L.L., hari ini membuat kenyataan berikut:

"Kami bersimpati terhadap Marte Dalelv ketika keadaan yang sangat sukar ini. Al Mana Interiors berulang kali menawarkan sokongan bagi Marte manakala wakil syarikat berada di sisi beliau sepanjang siasatan awal dan temu ramah polis dan juga berhari-hari berada di pejabat polis dan pejabat pendakwa bagi membantu mendapatkan pembebasan beliau.

"Wakil-wakil syarikat banyak menolong dan berkomunikasi dengan Marte sepanjang pengalaman getir beliau. Hanya setelah Cik Dalelv menolak untuk mengadakan perbincangan positif dan membina tentang status penggajian beliau dan menghentikan komunikasi dengan majikan beliau, syarikat kami terpaksa memutuskan hubungan kami dengan beliau. Perbincangan ini tiada kaitan dengan pertuduhan rogol itu dan malangnya Cik Dalelv mahupun peguam beliau memilih tidak menghubungi syarikat kami untuk berbincang tentang status penggajian beliau.

"Kami kekal terbuka untuk membantu Cik Dalelv dan memanjangkan sumber-sumber beliau ketika proses undang-undang Dubai itu. Kami berharap bahawa kami boleh menyambung semula perbincangan positif tentang bantuan yang beliau perlukan ketika menghadapi saat yang sukar ini."

Source: Al Mana Interiors W.L.L.
Keywords: Furniture & Furnishings Household/Consumer/Cosmetics Retail Advocacy Group Opinion Legal issues