omniture

Integral Ad Science Berkembang di Asia Tenggara, Tambah Dua Lantikan Kanan

Lantik Lindsay Williams sebagai Pengurus Negara SEA dan Peter Angelis sebagai Pengarah, Perkongsian Agensi
Integral Ad Science (IAS)
2021-10-06 08:30 192

SINGAPURA, 6 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Integral Ad Science (Nasdaq: IAS), peneraju global bagi kualiti media digital, hari ini mengumumkan dua pelantikan baharu di Asia Tenggara (SEA) termasuk Lindsay Williams sebagai Pengurus Negara dan Peter Angelis sebagai Pengarah, Perkongsian Agensi. Menerusi jawatan baharu mereka, Lindsay dan Peter akan bekerjasama dengan aktif bersama jenama, agensi, penerbit dan rakan teknologi untuk meningkatkan kualiti media digital serta pertumbuhan programatik di seluruh SEA. Berpangkalan di Singapura, kedua-dua Lindsay dan Peter melapor kepada Laura Quigley, Naib Presiden Kanan APAC.

Pengurus Negara SEA Lindsay Williams, IAS dan Peter Angelis sebagai Pengarah Perkongsian Agensi, IAS
Pengurus Negara SEA Lindsay Williams, IAS dan Peter Angelis sebagai Pengarah Perkongsian Agensi, IAS

Sebagai Pengurus Negara, SEA, Lindsay akan memfokuskan untuk membangunkan strategi jualan bagi memberi sokongan terbaik kepada pelanggan semasa dan dalam masa yang sama membina kerjasama baharu dengan jenama, agensi, penerbit dan platform bagi membantu mereka melangkaui sekadar pengesahan dan menjadikan setiap impresi iklan bermakna. Dengan pengalaman jualan penerbit selama lebih sedekad di seluruh Australia, Hong Kong dan Singapura, Lindsay membawa kepakaran yang kukuh dalam pembangunan perniagaan, strategi jualan dan perluasan program pasaran tempatan. Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Jualan di Forbes Media yang mana beliau bekerjasama dengan jenama-jenama dan agensi-agensi terkemuka untuk pengiklanan digital serta strategi kandungan di seluruh wilayah ini, paling terkini sebagai Pengarah Komersial Serantau di Time Out Asia. Lindsay juga pernah menyandang jawatan jualan bersama penerbit-penerbit yang terkemuka di Australia.

Menerusi jawatan baharu beliau, Peter akan memimpin pasukan perkongsian agensi di wilayah ini, membangunkan program setempat, projek pengukuran dan latihan. Beliau akan bekerjasama erat dengan pemegang kepentingan agensi yang penting untuk amalan terbaik programatik, perkongsian teknologi dan projek tambahan. Pengalaman Peter dalam memimpin perancangan dan pengoptimuman programatik, mengurus operasi digital dan bekerjasama dengan agensi-agensi di seluruh Australia, New York dan Singapura akan memainkan peranan yang penting untuk jawatan baharu beliau. Sebelum ini, beliau merupakan Ketua Platform dan Keupayaan di OMG Singapore. Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah, Perancangan dan Pengoptimuman Programatik di OMD, New York. Peter memulakan kerjaya beliau sebagai Pedagang Skrin (Screen Trader) di Australia.

"Menerusi pelaburan berterusan dan rancangan pertumbuhan kami di Asia Tenggara, kami memperluas dengan pesat pasukan kami dalam pelbagai fungsi di Singapura. Saya teruja dengan adanya Lindsay dan Peter untuk memberi kepimpinan operasi di wilayah ini," kata Laura Quigley, Naib Presiden Kanan APAC, IAS. "Kedua-duanya memegang rekod prestasi yang kukuh dalam membina perkongsian yang strategik dalam pasaran ini dan mengembangkan perniagaan dalam bidang teknologi iklan. Saya sangat yakin Lindsay dan Peter akan berjaya membimbing pasukan dan membantu pelanggan meningkatkan hasil perbelanjaan digital mereka."

"Dengan pertumbuhan pengiklanan digital terdapatnya keperluan yang lebih besar untuk pengukuran kualiti media yang menjadikan penyertaan bersama IAS pada waktu yang kritikal ini sebagai peluang yang sangat menarik," kata Lindsay Williams, Pengurus Negara, SEA, IAS. "Pasaran media digital Asia Tenggara berkembang dengan pantas dan saya berharap dapat bekerjasama dengan pemasar dan penerbit untuk memanfaatkan penyelesaian IAS yang dapat membantu mendorong kecekapan dan pulangan pelaburan mereka dengan cara baharu."

"Saya gembira dengan pertumbuhan berterusan dalam pengiklanan programatik dalam pelbagai pasaran di seluruh Asia Tenggara dan berharap dapat membina hubungan yang lebih mendalam bersama rakan kongsi agensi kami," kata Peter Angelis, Pengarah, Perkongsian Agensi, IAS. "Dengan memahami keperluan rakan kongsi agensi kami di SEA akan memastikan agar kami terus menyusun atur penyelesaian dan membentuk integrasi penting yang menjadikan IAS sebagai rakan pilihan kualiti media digital."

Latar Belakang Integral Ad Science

Integral Ad Science (IAS) ialah peneraju global bagi kualiti media digital. IAS menjadikan setiap impresi bermakna, memastikan agar iklan dapat dilihat oleh individu sebenar dalam persekitaran yang selamat dan sesuai, mengaktifkan penyasaran kontekstual dan mendorong pengoptimuman laluan bekalan. Misi kami adalah untuk menjadi penanda aras global bagi kepercayaan dan ketelusan dalam kualiti media digital untuk jenama, penerbit dan platform yang terkemuka di dunia. Kami melaksanakan misi ini melalui teknologi berpandukan data dengan isyarat dan pandangan waktu sebenar yang boleh diambil tindakan. Ditubuhkan pada tahun 2009 dan beribu pejabat di New York, IAS bekerjasama dengan ribuan pengiklan terkemuka dan penerbit premium di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi integralads.com.

Source: Integral Ad Science (IAS)
Related Stocks:
NASDAQ:IAS
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Corporate Expansion Personnel announcements