omniture

MBA daripada Johnson di Cornell NYC Tech Menginovasikan Pendidikan Perniagaan Dunia Terhubung

The Johnson School at Cornell University
2013-07-23 23:25 147

- Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) baharu selama setahun di kampus teknologi berinovasi baharu di tengah Bandar Raya New York

NEW YORK, 23 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Johnson di Cornell University bukan sahaja mengajar inovasi – kami juga mengamalkannya. Johnson, fakulti perniagaan siswazah peringkat atas, merintis pembelajaran prestasi dan program serapan dalam pendidikan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan menggunakan teknologi baharu menghubungkan para pelajar di bandar-bandar setiap negara benua Amerika. Dan sebagai responpermintaan pasaran, hari ini Johnson memperkenalkan program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan baharu di Cornell NYC Tech yang menggabungkan perniagaan, teknologi, inovasi dan keusahawanan dalam sebuah persekitaran pembelajaran amali yang pesat. Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan sepenuh masa yang disusun rapi dijalankan selama setahun di Johnson menggabungkan perniagaan dan teknologi di Bandar Raya New York – hab perdagangan dan perniagaan digital paling dinamik di dunia.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20080212/NYTU116LOGO)

"Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di kampus Cornell NYC Tech merupakan peluang unik untuk kami meneruskan sejarah yang termaktub bagi membawa pembaharuan pendidikan perniagaan siswazah, daripada segi kandungan dan pedagogi," kata Soumitra Dutta, Dekan Anne dan Elmer Lindseth untuk Johnson di Cornell University. "Kami sedang mencipta program yang menangani hakikat teknologi mengubah cara perniagaan dilaksanakan. Ia bukan sekadar menambah kursus teknologi kepada Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan sedia ada, tetapi juga membangunkan pengalaman pendidikan dan pembelajaran baharu untuk pemimpin perniagaan dalam ekonomi digital."

"Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Johnson adalah bahagian penting dalam usaha kami mencipta model baharu pendidikan teknologi yang membawa tenaga, semangat keusahawanan, dan pembaharuan ekosistem teknologi terus ke dalam kampus," kata Daniel P. Huttenlocher, dekan Cornell NYC Tech. "Para pelajar Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan akan mendapat faedah daripada belajar bersama dengan para pelajar, fakulti dan penyelidik teknikal, dan seluruh kampus akan diperkayakan dengan perspektif pelajar perniagaan."

Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Cornell NYC Tech mengambil kesempatan sepenuhnya daripada program-program perniagaan, pengkomputeran dan kejuruteraan yang terunggul dalam universiti itu. Dan program itu melakukannya dalam sebuah komuniti yang mengilhamkan keusahawanan, dalam sebuah ruang fizikal yang menggalakkan kolaborasi terbuka, dan di dalam budaya kampus yang mengamalkan kreativiti dan semangat untuk menghidupkan idea-idea yang membawa transformasi. Para pelajar akan asyik dengan ekosistem teknologi Bandar Raya New York yang subur berkembang, yang membolehkan mereka terus berusaha untuk projek-projek dengan perniagaan global dan usaha niaga permulaan. Mereka melengkapkan kerja kursus dalam disiplin asasi untuk perniagaan, dengan penekanan terhadap kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperlukan bagi mencipta nilai perniagaan dalam ekonomi digital. Kursus-kursus ini termasuklah pemikiran rekaan, usaha niaga global, inovasi unggul, peluang data besar, dan pengurusan gangguan teknologi, antara lainnya.

Program Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Cornell NYC Tech yang dijalankan selama setahun ini adalah untuk para pelajar yang sudah mempunyai ijazah sarjana muda dalam sains atau teknologi, serta pengalaman kerja relevan, yang mahu mempertingkatkan ilmu pengetahuan perniagaan mereka dan yang menginginkan peluang kepimpinan dalam ekonomi digital. Para pelajar akan belajar dalam pusat ekosistem teknologi global Bandar Raya New York yang penuh bertenaga, yang mengikuti sebuah sesi musim panas di Ithaca, New York. Kelas pertama akan memulakan program ini pada bulan Mei 2014 di Ithaca, dan akan menghabiskan dua semester selepas itu di kampus Cornell NYC Tech. Mereka akan menamatkan pengajian pada bulan Mei 2015 dengan pemahaman mendalam tentang cara teknologi mengubah cara perniagaan dilaksanakan dan sebagai para peneraju yang bersedia untuk memulakan perniagaan berinovasi dan mengubah organisasi.

Tentang Johnson di Cornell University

Johnson di Cornell University menawarkan lima program untuk mendapat Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan Cornell: tiga program sepenuh masa dan dua program untuk eksekutif. Johnson juga menawarkan dwiijazah dan program pensijilan dengan hubung kait perundangan, perindustrian dan tenaga buruh, kejuruteraan, perubatan, pentadbiran kesihatan dan hartanah. Fakulti itu menawarkan pengajaran hebat menggunakan pendekatan kolaboratif dan mendalam supaya para pelajar mengaplikasikan semua yang telah mereka pelajari pada cabaran-cabaran perniagaan di syarikat-syarikat sebenar. Untuk maklumat lanjut, lawati: http://www.johnson.cornell.edu. Untuk maklumat lanjut tentang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Cornell NYC Tech: http://www.tech.cornell.edu/johnsonmba.

Tentang Cornell NYC Tech

Cornell NYC Tech menawarkan model berbeza pendidikan teknologi siswazah yang menggabungkan kecemerlangan saintifik dengan aplikasi dunia sebenar serta keusahawanan, berakar umbi daripada penyelidikan akademik terkini. Para pelajar, pakar fakulti dan pakar industri belajar dan bekerja bersama-sama bagi membangunkan idea-idea dan mencipta usaha niaga-usaha niaga baharu yang mempunyai impak global. Cornell University dan rakan kongsi akademiknya Institut Teknologi Technion-Israel telah dipilih oleh Bandar Raya New York pada bulan Disember 2011 bagi membina sebuah kampus sains gunaan bertaraf dunia di Pulau Roosevelt. Kampus ini kini terletak di dalam bangunan Google di kejiranan Chelsea di Manhattan.

Cornell NYC Tech melancarkan program ijazah pertamanya pada bulan Januari –Ijazah Sarjana Kejuruteraan Sains Komputer Universiti Cornell. Selain Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Johnson, semasa musim luruh tahun 2014, kampus itu bakal menawarkan program antara disiplin selama dua tahun di Institut Inovasi Jacobs Technion-Cornell agar para pelajar memiliki dua ijazah sarjana serentak – satu daripada Cornell dan satu daripada Technion. Apabila siap sepenuhnya, kampus itu akan menawarkan lapan program ijazah sarjana. Untuk maklumat lanjut mengenai Cornell NYC Tech sila lawati http://www.tech.cornell.edu.

Source: The Johnson School at Cornell University
Keywords: Banking/Financial Service Education Higher Education