omniture

PRT kembali ke pentas antarabangsa melalui acara auto global terbesar

PRT (Performance Ride Technology)
2021-10-06 11:35 155

BUFORD, Georgia dan SINGAPURA, 6 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Performance Ride Technology (PRT), jenama global yang terkemuka bagi Hentakan Automotif, Topang dan Pemasangan Topang Lengkap, akan memperkenalkan produk yang utama dalam kelasnya kepada khalayak global dalam acara dan pameran auto utama yang akan datang.

Ini berlaku semasa permulaan semula industri auto global di tengah-tengah pemulihan daripada pandemik.

PRT akan hadir di acara-acara antarabangsa seluruh dunia termasuk:

  1. APPEX (2-4 November 2021 / Las Vegas, Nevada, A.S.) – Diadakan di Ekspo Sands & Forum Caesar, acara ini menghimpunkan nama-nama besar dalam industri selepas pasaran automotif

  2. Feria Internacional Expopartes (10-11 November 2021 / Colombia) – Pameran eksklusif untuk sektor automotif yang bakal diadakan di lokasi Corferias di Bogotá, ibu negara Colombia

  3. Autoexpo Kenya (18-20 November 2021 / Nairobi, Kenya) – Pameran perdagangan antarabangsa untuk automobil, alat ganti, bekalan dan pengangkutan yang bakal diadakan di Pusat Ekspo Sairt

  4. Automechanika Shanghai (24-27 November 2021 / Shanghai, China) – Salah satu pameran perdagangan terbesar Asia untuk pembekal alat automotif, aksesori, peralatan dan perkhidmatan yang bakal diadakan di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan

  5. Automechanika Dubai (14-16 Disember 2021 / Dubai) – Acara automobil terbesar di Timur Tengah ini akan menjadi tuan rumah untuk peserta pameran dari sekurang-kurangnya 57 negara.

Semasa berlangsungnya acara ini, PRT akan mempamerkan inovasi dan produk baharunya seperti pemasangan topang selepas jualan lengkap yang pertama untuk Toyota Camry 2019 serta Jeep Cherokee 2019 berserta lebih 2,700 produk kualiti OEM berkualiti tinggi yang merupakan sebahagian daripada portfolio komprehensif jenama ini.

"Pandemik ini merupakan satu cabaran yang serius, namun ia tidak akan menghentikan kami daripada berinovasi dan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan kami dengan lebih baik," kata Bruno Bello, Pengurus Kategori dan Pemasaran di PRT. "Kami sangat teruja dapat berada di pentas antarabangsa sekali lagi untuk menunjukkan kepada pelanggan kami bahawa kami telah melakukan peningkatan yang besar walaupun dengan pandemik ini."

Latar Belakang PRT

PRT (Performance Ride Technology) telah beroperasi selama lebih daripada 25 tahun dan memiliki kehadiran utama di lebih 67 negara. Jenama ini mengeluarkan alat ganti untuk hampir kesemua jenis kenderaan, bermula daripada kereta, hinggalah SUV, malah trak. PRT diperakui oleh ISO dan mematuhi standard kualiti paling ketat untuk pengeluar kereta.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian utama khidmat pelanggan PRT +66 (61) 541-5546 atau emel: ann.budsamalee@add-asia.com.

Anda juga boleh mengunjungi laman sesawangnya: www.prtautoparts.com

Source: PRT (Performance Ride Technology)
Keywords: Auto Transportation Trade show news Future Events