omniture

BICO lancar S.NEST, mikrobioreaktor dengan daya pemprosesan tinggi berserta pemantauan waktu sebenar bagi memastikan pertumbuhan sel maksimum dan aliran kerja diperkemas

BICO
2021-10-06 12:00 141

TAIPEI, 6 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- CYTENA Bioprocess Solutions, sebuah syarikat BICO, melancarkan S.NEST™, mikrobioreaktor canggih yang memaksimumkan pertumbuhan sel sambil memantau dan menganalisis keadaan sel dari mula hingga akhir. Terkenal kerana menggabungkan teknologi biosains yang inovatif dengan pembangunan perisian yang terbaik dalam kelas, CYTENA Bioprocess Solutions telah membangunkan mikrobioreaktor baharu mereka untuk mengubah bidang pembangunan titisan sel (CLD).

S.NEST meningkatkan keberkesanan dan produktiviti bagi pengeluaran biologik, saringan ubat, dan genomik fungsian.
S.NEST meningkatkan keberkesanan dan produktiviti bagi pengeluaran biologik, saringan ubat, dan genomik fungsian.

Mikrobioreaktor memainkan peranan penting dalam barisan pencapaian penyelidikan dalam CLD untuk pelbagai aplikasi hiliran, namun dengan penambahan pemantauan pada masa sebenar. S.NEST berada di barisan hadapan kemajuan berkenaan. Selain itu, ia mempunyai penggabungan ciri-ciri dipertingkat yang menarik termasuk teknologi berpaten untuk pencampuran salingan, kebuk inkubasi dengan kawalan persekitaran individu, modul kamera untuk pH waktu sebenar dan pemantauan oksigen terlarut, perisian analitik yang berkuasa untuk memproses data, keserasian dengan plat kultur 96-telaga dan 24-telaga serta empat kebuk untuk pengkulturan dengan daya pemprosesan tinggi sebanyak 384 telaga secara serentak.

Penyelidik-penyelidik CLD yang berusaha untuk menyelaraskan peningkatan dan pengembangan aliran kerja yang dahulunya memerlukan masa berminggu-minggu lamanya untuk disiapkan, pasti menerima pengkulturan ampaian yang unik daripada S.NEST yang disuburkan oleh bekalan oksigen yang berterusan. Sebagai sebahagian daripada portfolio instrumen sel-tunggal yang luas daripada CYTENA, S.NEST akan membolehkan keputusan pengkulturan sel yang amat cekap boleh diakses oleh makmal-makmal di seluruh dunia.

"S .NEST merevolusikan aliran kerja pengkulturan sel dengan teknologi uniknya untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti untuk pengeluaran biologik, pemeriksaan ubat serta genomik fungsian," kata Ketua Pegawai Eksekutif CYTENA Bioprocess Solutions, Charles Tsai, PhD.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 


Isabelle Ljunggren, Ketua Komunikasi
Telefon (Sweden): +46 70 830 0890
Emel: il@bico.com

Pejabat akhbar BICO
Telefon (AS)
Riley Munks, Pengurus Perhubungan Awam (650) 863-6699
Alyssa D'Orazio, Pengurus Perhubungan Awam (617) 634-9601
Emel: press@bico.com

Charles Tsai, Ketua Pegawai Eksekutif CYTENA Bioprocess Solutions
Telefon (Taiwan): +886 2720 6135
Emel: Charles.Tsai@cytena-bps.com


Latar Belakang BICO

Ditubuhkan pada tahun 2016, BICO (dahulunya CELLINK) ialah syarikat Penumpuan Bio yang terkemuka di dunia dengan menggabungkan teknologi-teknologi yang berbeza seperti robotik, kecerdasan buatan, sains komputer dan pencetakan bio 3D dengan biologi, kami membolehkan pelanggan kami meningkatkan kesihatan dan kehidupan orang ramai ke arah lebih baik. Dengan tumpuan pada bidang aplikasi biopencetakan, multiomik, pembangunan titisan sel dan diagnostik, syarikat ini membangunkan dan memasarkan teknologi inovatif yang membolehkan penyelidik dalam bidang sains hayat mengkulturkan sel dalam 3D, melaksanakan pemeriksaan ubat dengan daya pemprosesan tinggi dan mencetak tisu dan organ manusia untuk industri perubatan, farmaseutikal dan kosmetik. Kami mencipta masa depan kesihatan. Produk Kumpulan ini dipercayai oleh lebih daripada 2,000 makmal termasuk kesemua 20 syarikat farmaseutikal terkemuka, digunakan dalam lebih daripada 65 negara dan telah dipetik dalam lebih daripada 9,000 penerbitan. BICO disenaraikan di Nasdaq Stockholm di bawah BICO. www.bico.com

Source: BICO
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital New products/services