omniture

Acision Lantik Adolfo Hernandez sebagai Ketua Eksekutif Baharunya

Acision
2013-07-24 00:19 168

READING, England, 24 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Mantan Eksekutif Alcatel-Lucent sertai Acision bagi mempercepatkan strategi penghantaran pesanan IP, perkhidmatan komersil dan perusahaan syarikat serta memperluaskan nilai dalam ekosistem mudah alih

Acision, peneraju global penghantaran pesanan mudah alih, hari ini mengumumkan Lembaga Pengarahnya melantik Adolfo Hernandez sebagai Ketua Eksekutif, menggantikan Jorgen Nilsson, yang baru-baru ini mengundurkan diri daripada perniagaan. Dengan memegang jawatan baharu beliau, mantan Eksekutif Alcatel-Lucent (EPA:ALU) itu akan menumpukan kepada kepimpinan hari demi hari syarikat itu bagi memastikan Acision boleh merebut keuntungan daripada peluang-peluang yang semakin bertumbuh dalam pasaran mudah alih, sambil memperhebatkan lagi penglibatan pelanggan, mempengaruhi usaha jualan, menuju kecemerlangan pengendalian dan mengilhamkan pembaharuan, serta mengemudi portfolio produk syarikat itu agar sejajar dengan pemacu pasaran.

Hernandez akan memegang jawatan baharu beliau itu mulai 19 Ogos 2013 dan berkhidmat terus di bawah Pengerusi Eksekutif Acision, Didier Bench, yang berkata: "Saya dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Adolfo bagi mengetuai pengendalian hari demi hari Acision ketika kami membuat kemajuan signifikan dalam membina kedudukan menerajui pasaran milik syarikat kami dalam penghantaran pesanan dan melaksanakan strategi perniagaan kami untuk memberikan prasarana penghantaran pesanan IP yang menerajui di dunia dan penyelesaian analisis perniagaan, serta perkhidmatan mudah alih komersil dan penglibatan perusahaan. Peralihan kepimpinan kami ini tiba pada waktu yang kritikal untuk kami, ketika kami mengubah perniagaan kami agar sejajar dengan keperluan pasaran yang berubah, model CRM mudah alih yang dipertingkat dan dunia baharu aplikasi Over-the-Top (OTT).

"Semangat, penekanan untuk memotivasi pekerja, kepakaran industri dan hubungan rapat dengan orang kanan berpengaruh dalam industri yang dimiliki oleh Adolfo akan membolehkan kami menambah lagi aset kukuh kami termasuk tapak pelanggan kami yang kuat dan portfolio produk yang utuh sambil merapatkan diri dengan perusahaan dan pengguna. Kini Adolfo akan bekerja dengan seluruh pasukan eksekutif kami yang komited untuk memacu perniagaan ini ke tahap seterusnya dan membawa kami ke barisan hadapan ekosistem penghantaran pesanan mudah alih."

Hernandez membawakan pengalaman kepimpinan yang luas kepada Acision kerana beliau pernah memegang jawatan eksekutif kanan bertahun-tahun lamanya yang sangat bernilai ketika beliau terus menghasilkan kejayaan atas usaha yang dimulakan oleh Jorgen, memberikan wawasan dan arah tujuan baharu ketika syarikat berubah bagi:

  • Mempercepatkan dan melaksanakan Penghantaran Pesanan IP, Perkhidmatan Komersil dan Strategi Perusahaan dengan berkesan.
  • Menembusi pasaran baharu dan meningkatkan nilainya dalam ekosistem mudah alih
  • Memenuhi keperluan pelanggan dengan membangunkan produk dan perkhidmatan terbaik seumpamanya serta melangkaui jangkaan pasaran

Kata Adolfo mengenai pelantikan beliau: "Saya teruja kerana diberi peluang memacu kepimpinan dalam sebuah syarikat yang diiktiraf warisannya dan juga menerima cabaran bagi menyumbang pengalaman dan kepakaran saya ketika Acision bertindak balas terhadap arah aliran dan permintaan pasaran mudah alih baharu. Orang ramai, produk dan teknologi yang menetapkan Acision sebagai kuasa pemacu dalam penghantaran pesanan mudah alih membolehkan kami merealisasikan peluang baharu sementara memacu lebih nilai untuk ekosistem mudah alih yang pantas berkembang. Saya sangat gembira kerana saya akan menjadi sebahagian daripada usaha syarikat menuju peluasan fasa seterusnya, memelihara aset pelanggan kami dan mencipta jalan baharu pertumbuhan."

Sebelum Acision, Adolfo menghabiskan masa empat tahun di Alcatel-Lucent (EPA:ALU), dengan jawatan terkini beliau sebagai Naib Presiden Eksekutif, Perkhidmatan dan Penyelesaian Perisian Global. Di Alcatel-Lucent beliau juga merupakan ahli yang penting untuk Jawatankuasa Eksekutif, yang melapor diri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan. Dengan memegang jawatan ini, Adolfo bertanggungjawab kepada semua perniagaan penyelesaian dan perkhidmatan aplikasi perisian seluruh dunia, dan mengetuai domain industri strategik mereka di bidang utiliti, pengangkutan dan kerajaan yang menguruskan pasukan perkhidmatan sokongan, pengendalian, profesional dan perundingan. Adolfo juga memegang peranan pengurusan kanan di Sun Microsystems, Inc (NASDAQ: SUNW), bertanggungjawab kepada semua aspek perniagaan perkhidmatannya seluruh dunia. Beliau juga menghabiskan masa selama lapan tahun bersama IBM (NYSE:IBM) di London dan Munich, memegang pelbagai jawatan kepimpinan jualan dalam bidang e-Perniagaan dan Sistem Terbuka.

NOTA KEPADA EDITOR

Tentang Acision

Sebagai peneraju global penghantaran pesanan mudah alih, Acision menghubungkan dunia dengan memperkasakan perkhidmatan penghantaran pesanan yang relevan dan lancar, yang memperkayakan pengalaman komunikasi mudah alih dan mencipta peluang baharu untuk pembawa dan perusahaan seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com

Sumber: Acision


Source: Acision
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Personnel announcements