omniture

Vecchiato Art Galleries Mempersembahkan E-GENETIC, Arca oleh Artis Antarabangsa Terkemuka Rabarama

Vecchiato Art Galleries
2013-07-24 14:00 115

PADUA, Itali, 24 Julai 2013 /PRNewswire/ --

- Sejurus selepas kerjasama berjaya beliau dengan Cirque du Soleil, arca terbaharu Rabarama mengulas tentang pertembungan kemanusiaan dengan teknologi

- Arca edisi terhad itu akan dijual terus melalui Internet oleh artis itu sendiri

Artis antarabangsa Rabarama telah mengukir edisi terhad untuk arca gangsa kecil baharu beliau E-GENETIC menggunakan faundri Itali yang unggul dan bersejarah. Arca itu, yang hanya 1000 seumpamanya akan dihasilkan, diilhamkan daripada pengaruh Internet terhadap kehidupan kita, yang menjelmakan manusia jenis baharu. Sedari awal lagi kerjaya Rabarama diilhamkan oleh tema mutasi, takdir, tubuh dan teknologi.

 (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130722/629414 )

Inilah kali pertama seorang artis antarabangsa yang terkenal mencipta sebuah karya seni yang akan dipamerkan dan dijual kepada para pengumpul hanya melalui Internet.

Mengenai E-GENETIC

Dicipta pada tahun 2013, E-GENETIC menyasarkan para pengumpul seni yang mencari karya istimewa kontemporari atau para pengumpul baharu yang ingin memulakan koleksi mereka dengan karya seni yang berpengaruh besar dan mampu milik. (E-GENETIC berharga kurang €2,000.) Para pengumpul yang membeli E-GENETIC akan diberikan akses istimewa kepada sebuah kumpulan tertutup – terhad hanya kepada 1,000 orang pemilik E-GENETIC – pada rangkaian sosial, yang membolehkan mereka berkomunikasi terus dengan Rabarama mengenai tema Internet dan pengaruhnya terhadap kehidupan manusia dan budaya, seni kontemporari, dan avant-garde berseni.

  • Spesifikasi: tinggi 21.5sm / panjang 17.5sm / lebar 16.5sm

Mengenai Rabarama

Rabarama (lahir pada tahun 1969) ialah pengukir yang telah membuat pameran di seluruh dunia. Beliau diwakili di seluruh dunia oleh Vecchiato Art Galleries. Arca dan lukisan beliau memaparkan lelaki, wanita serta makluk kacukan, sering kali dalam gaya-gaya aneh, telah dipamerkan di khalayak umum dari Paris hinggalah Shanghai, dan hasil karya beliau dipamerkan semasa Pameran Seni Antarabangsa ke-54 Venice Biennale.

Untuk maklumat lanjut: http://www.rabarama.com/

Mengenai Vecchiato Art Galleries

Vecchiato Art Galleries telah ditubuhkan pada tahun 1986 dan mewakili pelbagai artis Itali kontemporari. Untuk maklumat lanjut:

Atau, hubungi:

Vecchiato Art Galleries
Via A. da Padova, 2
35137 Padova (PD) - Itali
info@vecchiatoarte.it
tel.  +39(0)49-8561359
faks  +39(0)49-8710845

Andrea Furlan
andrea@vecchiatoarte.it
telefon +39(0)49-8561359

Sumber: Vecchiato Art Galleries

Source: Vecchiato Art Galleries
Keywords: Art Entertainment New products/services