omniture

Profesor Eric Hanushek dan Dr Rukmini Banerji dianugerahkan Yidan Prize 2021 - penganugerahan pendidikan tertinggi di dunia

Yidan Prize Foundation
2021-10-01 08:00 61

HONG KONG, 1 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Profesor Eric A. Hanushek dan Dr Rukmini Banerji telah dianugerahkan Yidan Prize 2021, iaitu penganugerahan pendidikan yang tertinggi di dunia, bagi mengiktiraf hasil usaha perintis mereka menangani bahagian yang sangat penting dalam liku-liku pendidikan: meningkatkan kualiti pendidikan dan hasil untuk pelajar secara meluas.

 

Dr Rukmini Banerji is awarded the 2021 Yidan Prize for Education Development, and Professor Eric A. Hanushek is awarded the 2021 Yidan Prize for Education Research.
Dr Rukmini Banerji is awarded the 2021 Yidan Prize for Education Development, and Professor Eric A. Hanushek is awarded the 2021 Yidan Prize for Education Research.

The independent Yidan Prize Judging Committee comprises internationally recognized education experts.
The independent Yidan Prize Judging Committee comprises internationally recognized education experts.

Susulan proses penilaian ketat, yang dijalankan oleh jawatankuasa penghakiman bebas yang terdiri daripada pakar-pakar pendidikan yang diiktiraf, Profesor Eric A. Hanushek dan Dr Rukmini Banerji dipilih sebagai penerima Yidan Prize 2021 untuk Penyelidikan Pendidikan dan Yidan Prize untuk Pembangunan Pendidikan. Mereka akan menyertai sembilan penerima hadiah yang telah dianugerahkan Yidan Prize sejak penubuhannya pada tahun 2016, ditubuhkan oleh Yidan Prize Foundation - yayasan pendidikan bersifat dermawan global yang memberi inspirasi kepada kemajuan dan perubahan dalam bidang pendidikan 

Menyokong penerima hadiah 2021 bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan hasil pembelajaran

Profesor Eric Hanushek, Paul dan Jean Hanna Felow Kanan, Hoover Institution of Stanford University, dianugerahkan Yidan Prize 2021 untuk Penyelidikan Pendidikan. Hasil usaha beliau berfokus pada hasil pendidikan dan kepentingan kualiti pengajaran dan telah mengubah kajian mahupun dasar di peringkat antarabangsa. Hasil usaha beliau telah membantu membentuk Matlamat Pembangunan Lestari 4 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (memastikan pendidikan berkualiti yang inklusif dan saksama) dengan menyusun semula sasaran untuk hasil pembelajaran dan menunjukkan bahawa betapa banyak yang dipelajari oleh pelajar – dan bukan berapa tahun lamanya pelajar mendapat pendidikan di sekolah – yang dapat meningkatkan ekonomi.

Menerusi dana Yidan Prize, Profesor Hanushek merancang program felow penyelidikan di Afrika bagi menyokong kapasiti analitik untuk membentuk pendidikan.

Dr Rukmini Banerji, Ketua Pegawai Eksekutif Pratham Education Foundation, dianugerahkan Yidan Prize 2021 untuk Pembangunan Pendidikan atas hasil usaha beliau dalam meningkatkan hasil pembelajaran. Pendekatan penilaian Annual Status of Education Report (ASER) yang dipelopori oleh Dr Banerji dan pasukan beliau, mendedahkan mengenai jurang celik huruf dan celik angka dalam kalangan kanak-kanak yang telahpun meluangkan masa selama beberapa tahun di sekolah. Bagi merapatkan jurang ini, program "Teaching at the Right Level" (TaRL) oleh pasukan beliau bekerjasama dengan sekolah dan masyarakat setempat untuk menyediakan kemahiran membaca dan mengira asas bagi memastikan tiada kanak-kanak yang ketinggalan. Model boleh diulang yang sistematik ini mencapai berjuta-juta orang kanak-kanak di India setiap tahun dan tersebar di serata dunia.

Dengan sokongan daripada Yidan Prize, Dr Banerji merancang untuk mengukuhkan dan memperluaskan hasil usaha Pratham dengan kanak-kanak kecil agar asas yang kukuh dapat dibina pada awal kehidupan kanak-kanak. Beliau percaya bahawa ini akan memberi sumbangan yang besar ke arah matlamat untuk melihat "setiap kanak-kanak berada di sekolah dan belajar dengan baik."

Setiap penerima hadiah akan dianugerahkan HK$30 juta (kira-kira US$3.9 juta), separuh daripadanya merupakan dana projek – bagi membolehkan beberapa projek pendidikan yang inovatif dan progresif meningkatkan dan menyokong berjuta-juta pelajar di seluruh dunia. Projek-projek penerima hadiah ini bersama-sama membantu menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik melalui bidang pendidikan.

Semua penerima hadiah akan menyertai ahli-ahli Yidan Council of Luminaries untuk bekerjasama dan bersuara dengan suara kolektif - bagi memberi pencerahan mengenai kepentingan memulihkan dan memikirkan semula tentang pendidikan dengan idea yang inovatif.

Pencalonan Yidan Prize 2022 dibuka pada 19 Oktober

Pencalonan untuk Yidan Prize 2022 akan dibuka mulai 19 Oktober 2021 hingga Mac 2022.

Latar Belakang Yidan Prize Foundation dan Yidan Prize

Yidan Prize Foundation ialah sebuah yayasan bersifat dermawan global dengan misi untuk mencipta dunia yang lebih baik melalui pendidikan. Melalui jaringan penginovasinya, yayasan ini menyokong idea dan amalan dalam bidang pendidikan—khususnya yang mempunyai kuasa untuk mengubah kehidupan dan masyarakat secara positif.

Yidan Prize ialah penganugerahan pendidikan inklusif yang mengiktiraf individu atau pasukan yang telah memberi sumbangan besar kepada bidang pendidikan.

https://yidanprize.org

 
Source: Yidan Prize Foundation
Keywords: Education Higher Education Awards