- Hartanah dengan Privasi Terunggul – 314 Ekar, Pantai Menghadap Laut Persendirian sepanjang 1,200 Kaki, 2 Kolam, Tanah Hutan Jarang & Rumah dengan 4 Bilik Tidur bersama Pondok Pantai, Bilik Wain Bawah Tanah Mengagumkan dan Pemandangan Perairan yang Tiada Tandingan
MARTHA'S VINEYARD, Massachusetts, 24 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Hartanah menghadap pantai yang luas berukuran 314 ekar di pesisiran selatan Martha's Vineyard, yang dikenali sebagai Homer's Pond, baru didaftarkan dengan South Light Property LLC. Sebagai salah sebuah hartanah pesisiran pantai paling luas di timur laut Amerika Syarikat, hartanah itu dikelilingi lautan dan tanah terpulihara serta menawarkan privasi terunggul.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130712/NY46699 )
"Homer's Pond begitu besar dan terpencil sehingga ia boleh dianggap sebagai kerajaan persendirian," kata Charles Carlson, salah seorang ejen pendaftaran hartanah itu. Hartanah yang hebat dan satu-satunya ini boleh dibeli secara keseluruhan pada harga $118,000,000, atau pembeli boleh juga memilih membeli sebidang tanah seluas 100 ekar di pesisiran pantai belah barat Homer's Pond untuk $31,000,000, sebidang tanah seluas 164 ekar di pesisiran pantai belah timur Homer's Pond untuk $43,000,000, atau kedua-dua bidang tanah untuk $74,000,000. Ada banyak tapak bangunan dengan pemandangan kolam dan lautan yang menakjubkan dikenal pasti pada setiap bidang. Tapak ini ideal untuk rumah-rumah persendirian atau laman untuk keluarga dan rakan-rakan.
"Saiz dan muka bumi unik hartanah ini memaksimumkan kepencilan dan privasi, kehampirannya dengan lapangan terbang memastikan akses pantas, dan bagi mereka yang mencari gaya hidup yang aktif dan sosial, Edgartown terletak beberapa minit perjalanan sahaja dari sana," tambah Carlson. "Homer's Pond bukan sekadar destinasi musim panas – tempat itu merupakan pelaburan sepanjang tahun yang tidak dapat dibayangkan oleh ramai orang dan mempunyai kelebihan tersendiri untuk keindahan, ketenangan dan kemudahan dalam keempat-empat musim."
Setiap unsur Homer's Pond adalah sangat besar. Pantai menghadap lautan persendirian sepanjang 1,200 kaki, kolam air tawar seluas 35 ekar untuk berenang dan mengayuh bot, dan kawasan tanah hutan dara jarang yang seakan tiada penghujung serta tanah rumput terhampar di hartanah itu. Rekaan rumah yang memenangi anugerah seni bina itu mempunyai banyak kemudahan mengagumkan. Tingkap tinggi mendominasi rumah dengan empat bilik tidur seluas 5,600 kaki persegi itu, dan mengambil kesempatan sepenuhnya pemandangan 180 darjah Little Homer's Pond, dan sebuah pantai pasir putih menghadap Lautan Atlantik. Sebuah gelanggang tenis Har-Tru® yang berkualiti tinggi, sauna, bilik wap, spa air pusar, kolam air masin panas di luar, dek yang luas dan bilik bawah tanah simpanan wain yang "canggih" dengan pintu masuk atas tanah yang berasingan dengan kapasiti untuk menyimpan 12,000 buah botol melengkapkan rumah yang terletak atas bidang tanahnya sendiri seluas 50 ekar. Di atas hartanah itu adalah sebuah pondok pantai satu bilik tidur yang menawan hati – yang dibina atas kaki bajang dan di tengah-tengah rimbunan pokok – menghadap pantai persendirian itu dengan pemandangan lautan dan kolam yang menakjubkan.
Dengan semua keindahan dan prasarana Homer's Pond, kualiti hartanah itu yang tiada tandingan tentulah tanah itu sendiri, dengan keluasan dan potensi yang belum terusik untuk pembangunan satu atau lebih laman untuk keluarga dan rakan-rakan. Untuk mereka yang inginkan pemandangan yang hebat, pantai persendirian menghadap lautan, kolam air tawar, privasi terunggul dan simpanan Martha's Vineyard, tiada tempat lain seumpamanya selain Homer's Pond.
Untuk maklumat tambahan, laman web Homer's Pond adalah www.southlightproperty.com.