omniture

Minggu Berlian AS & Antarabangsa Israel Bakal Diadakan pada 26-29 Ogos 2013, Masih Dibuka untuk Pendaftaran

Israel Diamond Institute
2013-07-24 22:15 158

RAMAT GAN, Israel, 24 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Pembeli yang diluluskan akan menerima penginapan hotel percuma

Bursa Berlian Israel (IDE), salah satu bursa berlian terbesar dunia, akan mengadakan edisi musim panas Minggu Berlian AS dan Antarabangsa di Israel, 26-29 Ogos. Ini merupakan sebuah acara unik untuk pembeli berlian bertauliah bertemu ratusan firma berlian tempatan dan antarabangsa, melihat dan menyampel produk-produk mereka dan membeli pada harga yang tidak pernah diberikan dalam pasaran berlian borong semasa.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130723/629898 )

Tonton: http://www.youtube.com/watch?v=78NVqVW7hEI

Dewan perdagangan bursa Israel – medan perdagangan berlian terbesar di dunia – akan menempatkan ratusan pengilang dan pedagang berlian utama dunia di satu lokasi tunggal dan eksklusif, di dalam kompleks Bursa Berlian Israel dengan kawalan keselamatan ketat di Ramat Gan.

Israel adalah antara pusat pengilangan dan perdagangan berlian utama dunia. Negara itu terlibat dengan memotong, menggilap dan memperdagangkan batu berlian bernilai berdozen bilion dolar setiap tahun. Namun, walaupun bilangan pedagang seluruh dunia yang membeli berlian Israel tidak dapat dihitung banyaknya, masih ramai yang tidak pernah melawat kompleks Bursa Berlian Israel di Ramat Gan.

Sewaktu edisi musim panas Minggu Berlian AS & Antarabangsa di Israel, lebih 400 syarikat Israel akan mengalu-alukan para pembeli yang datang melawat ke meja perdagangan mereka di medan perdagangan IDE dan bakal mempunyai pelbagai pilihan berlian yang bernilai berbilion – ya, berbilion – dolar dipamerkan dan dijual.

Delegasi pembeli akan tiba dari Kelab Pedagang Berlian di New York, serta dari lokasi-lokasi AS lain. Dari China, delegasi besar pembeli berlian daripada para peneraju rangkaian barang kemas akan tiba, diketuai oleh ketua pembeli berlian daripada peruncit barang kemas terutama di China Chow Tai Fook. Lebih banyak kumpulan pembeli akan tiba daripada Rusia dan India.

Untuk pembeli berlian yang ditauliahkan, ada banyak kelebihan yang dapat mereka nikmati semasa acara ini. Setelah penyertaan mereka diluluskan, para pembeli ditawarkan bilik hotel percuma, penyertaan dalam tender berlian yang belum dicanai dan sudah digilapkan serta majlis lelong yang diadakan oleh pelombong berlian Rio Tinto dan Alrosa serta perkongsian Hennig/Fusion Alternatives, sebuah program ceramah oleh pakar bertaraf dunia, serta majlis-majlis sosial mengujakan pada waktu malamnya.

Ini merupakan sebuah peluang perniagaan unik, di Bursa Berlian Israel. Datanglah dan alami pengalaman membeli daripada sumbernya. Masa semakin suntuk. Daftarlah sekarang!

Lawati: http://www.en.isde.co.il/diamondweek.html

http://www.en.isde.co.il/article.aspx?id=27038#.UaX6C0D8H6J

Hubungi:

Sharon Gefen
Tel: +972-3-5442999; +972-54-449449
Emel: sharon@gefenltd.com
http://www.israelidiamond.co.il

Sumber: Israel Diamond Institute

Source: Israel Diamond Institute
Keywords: Fashion Jewelry Retail