KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Sebagai kejohanan MLBB wanita pertama dengan kelayakan di Asia Tenggara, UniPin Ladies Championship kali ini tiba ke Malaysia untuk memperkasakan pemain wanita di negara ini melalui pertandingan kompetitif e-sukan.
Sebanyak 20 pasukan wanita terdiri daripada Malaysia dan Singapura akan bertanding dalam UniPin Ladies Championship Malaysia Qualifier dari 8-10 Oktober 2021.
UniPin sebagai penyokong hiburan digital terkemuka dari Indonesia telah menyokong peningkatan pemain wanita di rantau SEA dengan mengadakan beberapa kejohanan wanita yang berjaya di pelbagai negara di Asia Tenggara. UniPin juga memudahkan pemain di pelbagai negara untuk mendapatkan akses tambah nilai yang lebih mudah dan pengalaman permainan yang lebih baik secara keseluruhan.
Sebanyak 20 pasukan akan bertanding dalam UniPin Ladies Championship Malaysia dengan hadiah keseluruhan bernilai RM 2000, di mana pasukan yang mengambil bahagian akan diagihkan secara rawak ke 'bracket' masing-masing untuk berlaku adil. Sepanjang kejohanan akan berlangsung dari 8 hingga 10 Oktober 2021.
Beberapa nama besar yang menjadi sebutan dalam kejohanan ini ialah Suhaz Ariel dan Red Roses dari Malaysia, serta Please Sponsor Us dari Singapura. Untuk meningkatkan rasa teruja, seluruh kejohanan akan diulas oleh Noor Farizah (Fariza) dan Nur Zarifah (Fyra Zaidi), juga turut serta beberapa influencer bekerjasama untuk merancakkan lagi kejohanan ini.
Debora Imanuella, SVP Komuniti dari UniPin menyatakan betapa pentingnya acara ini dalam mewujudkan asas untuk pemain wanita di masa hadapan dalam pertandingan kompetitif e-sukan.
"Melalui Unipin Ladies Championship, kami bertujuan untuk memperkasakan wanita dengan menyediakan platform yang selamat bagi mereka untuk meningkatkan keyakinan mereka melalui pertandingan. Ini adalah tempat yang sempurna untuk membuktikan bahawa gadis gamer juga mempunyai kemahiran untuk bersaing sehebat lelaki," tambah Debora.
Sementara itu, satu lagi kelayakan MLBB untuk wanita sahaja UniPin Ladies Championship di Filipina juga akan berlangsung. Semua perlawanan UniPin Ladies Championship dapat dilihat melalui akaun YouTube UniPin Gaming. Untuk maklumat lebih lanjut boleh dilayari di www.seaca.gg atau akaun media sosial @unipinladiesseries.
Mengenai UniPin
UniPin (Universal Pin) adalah pemboleh hiburan digital terkemuka yang memiliki lebih daripada 7 juta pengguna aktif di 33 negara di seluruh dunia. Disokong oleh pelbagai saluran pembayaran yang komprehensif, UniPin menyediakan pin elektronik (Kredit UniPin) yang boleh digunakan dalam pelbagai permainan dari pelbagai penerbit permainan. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://corp.unipin.com