omniture

Huawei Lancar Empat Penaiktarafan untuk Penyelesaian CloudCampus 3.0, Memperkasa Perusahaan Bangunkan Rangkaian Kampus Bertumpukan Pengalaman

Huawei
2021-10-09 16:29 512

SHENZHEN, China, 9 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2021, Huawei memperkenalkan empat penaiktarafan baharu Penyelesaian CloudCampus 3.0: AP Wi-Fi 6 serba baharu, suis kampus "Sistem Solar", pintu gerbang disatukan "tanjakan-masuk awan" kelas perusahaan serta amalan operasi dan penyelenggaraan (O&M) pintar. Huawei turut memberi pencerahan mengenai kerangka teknologi Wi-Fi 6 Canggih kalis masa depan yang berorientasikan rangkaian pengeluaran tanpa wayar.

Penaiktarafan ini mengesahkan fokus berterusan Huawei terhadap rangkaian kampus bertumpukan pengalaman. Dengan rangkaian sedemikian, perusahaan akan mendapat manfaat daripada akses tanpa wayar penuh yang premium dan akses awan optimum dalam pelbagai senario seperti tempat kerja pintar, bangunan pintar dan pengeluaran pintar yang kesemuanya mempercepatkan pendigitalan industri-industri.

Perusahaan di seluruh dunia semakin mengiktiraf kepentingan transformasi digital. Bagi mempercepatkan transformasi digital mereka, semakin banyak perusahaan yang melabur dengan banyak dalam teknologi rangkaian termaju termasuk IoT, tanpa wayar, awan dan AI.

Tambahan pula, pengguna akses dan peranti terus berkembang di rangkaian kampus. Menurut ramalan IDC, akan terdapat 41 bilion peranti IoT terhubung dan lebih 14 bilion peranti bukan-IoT terhubung di seluruh dunia menjelang tahun 2025. Sementara itu, peralihan ke awan (cloudification) merupakan trend yang semakin berkembang antara perusahaan-perusahaan yang ingin menggunakan perkhidmatan digital. Gartner meramalkan bahawa lebih daripada 85% perkhidmatan perusahaan akan digunakan di awan pada tahun 2025.

"Dalam era yang mana semua benda menjadi terhubung dengan pintar, sambungan berkualiti tinggi yang merata adalah amat penting untuk kecerdasan perniagaan perusahaan dan juga merupakan asas untuk perkhidmatan digital mereka," kata Dr. Li Xing, Presiden Domain Rangkaian Kampus, Barisan Produk Komunikasi Data Huawei. "Semasa 'menyelami digital', setiap perusahaan perlu membangunkan rangkaian kampus bertumpukan pengalaman yang menghubungkan orang ramai dan semua benda serta aplikasi pejabat dan pengeluaran. Hanya dengan cara ini barulah perusahaan dapat mempercepatkan pendigitalan industri."

Bagi mempercepatkan transformasi digital untuk perusahaan, Penyelesaian CloudCampus 3.0 Huawei dilengkapi dengan ciri-ciri baharu dalam empat aspek: tanpa wayar, berwayar, saling sambungan WAN dan O&M pintar.

  • Tiga keupayaan tanpa wayar yang unik — antena pintar zum-dinamik, perayauan AI dan penjadualan multimedia pintar — mendorong perusahaan untuk membangunkan rangkaian tanpa wayar sepenuhnya yang membawa pengalaman yang berterusan. Untuk mengulas lebih lanjut, antena pintar zum-dinamik menyokong secara inovatif mod semua arah dan kepadatan tinggi, meningkatkan pengalaman pengguna dalam persekitaran dengan kepadatan tinggi dengan ketara dan meningkatkan kelajuan sehingga 20%. Perayauan AI menyelesaikan dengan berkesan masalah utama berkaitan gangguan perkhidmatan yang kerap semasa perayauan di sudut. AirEngine 6761-22T serba baharu merupakan Wi-Fi 6E AP berprestasi tertinggi dalam industri, mencapai kelajuan 6.58 Gbps. Dengan memanfaatkan keupayaan berkenaan, perusahaan dapat membangunkan rangkaian gigabait-sepenuhnya untuk mendapat manfaat daripada akses pengguna "tanpa menunggu", interaksi jarak jauh dan pemindahan fail.
  • Satu lagi penaiktarafan ialah Penyelesaian "Sistem Solar" Huawei yang dibina khas untuk membantu perusahaan membangunkan rangkaian tanpa wayar penuh untuk bangunan pintar. Penyelesaian ini memperkenalkan mekanisme PoE elektrik-optik inovatif yang membolehkannya untuk menggunakan rangkaian berwayar atas permintaan, sama seperti rangkaian tanpa wayar. Faedah-faedah yang terhasil termasuk akses mudah AP tanpa wayar 10GE, akses bersepadu titik akhir IoT berbeza dan kos pembinaan serta penggunaan rangkaian yang diturunkan.
  • Perusahaan mencari akses awan yang pantas, selamat serta andal dan gerbang NetEngine AR6710 serba baharu daripada Huawei mempunyai jawapannya. Gerbang ini mengintegrasikan fungsi keselamatan, perayauan dan pensuisan serta menonjol dengan prestasi 2 Gbps serta keupayaan pensuisan gigabit 48-port. Ia juga dibenamkan dengan IPS, penapisan URL, tembok api, kawalan virus, kawalan aplikasi dan ciri-ciri keselamatan lain, bagi menawarkan keselamatan yang mantap untuk perkhidmatan cawangan. SRv6 SD-WAN ialah keupayaan unik yang melaksanakan pemanduan trafik pintar dalam seluruh laluan merentas keseluruhan rangkaian bagi mencapai pengalaman yang optimum. Dengan reka bentuk semua-dalam-satu sedemikian, gerbang NetEngine AR6710 ialah tiga peranti berkesan dalam satu. Semua sifat ini menjadikan gerbang NetEngine AR6710 ideal sebagai gerbang keluar untuk perusahaan dengan lebih 1000 pengguna, dengan CAPEX lebih rendah.
  • Huawei turut mengintegrasikan sejumlah besar keupayaan AI ke dalam iMaster NCE untuk meningkatkan kecekapan O&M rangkaian kampus serta meningkatkan pengalaman dalam kitaran hayat keseluruhan, bermula daripada perancangan dan pembinaan hingga penyelenggaraan dan pengoptimuman.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Wi-Fi 6 iaitu teknologi akses tanpa wayar terkini yang terkenal dengan lebar jalurnya yang lebih tinggi dan kepadatan pengguna yang lebih besar, menjadi popular dalam pasaran perusahaan. Namun demikian, ia masih tidak dapat memenuhi sepenuhnya permintaan terhadap kependaman ultra-rendah iaitu kurang daripada 10 ms, keandalan ultra-tinggi iaitu 99.999%, lebar jalur ultra-besar iaitu lebih 2 Gbps dan keselamatan yang mantap.

Bagi memenuhi permintaan ini, Huawei melangkaui Wi-Fi 6 melalui inovasi yang berterusan dan melancarkan kerangka teknologi Wi-Fi 6 Canggih yang kalis masa depan, memperluas Wi-Fi dari tempat kerja perusahaan ke persekitaran pengeluaran. Lelaran terkini ini memanfaatkan ciri-ciri kapasiti yang besar, kependaman rendah dan sambungan luas Wi-Fi 6 serta menambah tiga keupayaan yang unik: gigabit rangkaian-luas, kawalan pintar waktu-sebenar dan IoT serta penderiaan terharmoni.

Memandang ke hadapan, Huawei akan terus bekerjasama dengan lebih ramai rakan kongsi ekosistem industri bagi membangunkan penyelesaian WLAN berdasarkan kepada seni bina teknologi Wi-Fi 6 Canggih. Dengan berbuat demikian akan dapat membantu membangunkan rangkaian pengeluaran tanpa wayar yang pantas, stabil dan pintar yang sangat sesuai untuk pengeluaran dan perkhidmatan digital seperti visi mesin, operasi jarak jauh dan robotik.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Penyelesaian CloudCampus Huawei, kunjungi https://e.huawei.com/en/solutions/business-needs/enterprise-network/campus-network

Huawei menganjurkan HUAWEI CONNECT 2021 secara dalam talian mulai 23 September hingga 31 Oktober. Tema bagi acara tahun ini ialah Menyelami Digital (Dive into Digital). Kami akan menyelami secara mendalam aplikasi teknologi yang praktikal seperti awan, AI, 5G dalam semua industri dan bagaimana ia dapat menjadikan organisasi-organisasi daripada semua bentuk dan saiz lebih cekap, lebih serba boleh dan akhirnya lebih berdaya tahan ketika kami melangkah ke arah pemulihan ekonomi. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pasukan tempatan kami atau lihat https://www.huawei.com/en/events/huaweiconnect

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services