FORT WASHINGTON, Pennsylvania, 25 Julai 2013 /PRNewswire/ -- ReSearch Pharmaceutical Services, Inc. (RPS), CRO generasi seterusnya yang menyediakan penyelesaian pembangunan klinikal Fasa 1-4 global yang menyeluruh untuk industri biofarmaseutikal dan peranti perubatan, hari ini mengumumkan Marc Wolff menyertai organisasi itu sebagai Ketua Pegawai Kewangan.
Dalam jawatan ini, Marc akan mengarah semua aspek kewangan, cukai dan perbendaharaan perniagaan itu termasuk amalan perakaunan, belanjawan, perancangan kewangan, pembiayaan, antara muka dengan komuniti kewangan, analisis kewangan, pemerolehan dan usaha niaga, serta pemantauan prestasi kewangan, cukai dan perbendaharaan. Beliau menyertai syarikat ini selepas berkhidmat di Catalent Pharma Solutions, dengan menjawat dua jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Global Softgel Technologies serta Naib Presiden dan Pengurus Besar Softgel Businesses di Australia dan Jepun.
En. Wolff mempunyai lebih lima belas tahun pengalaman sebagai Ketua Pegawai Kewangan di perbadanan-perbadanan global awam dan swasta dengan hasil antara $50 juta hingga $1.5 bilion, rekod kejayaan mantap dalam organisasi kewangan global dan meningkatkan nilai perusahaan secara signifikan.
Tentang RPS
ReSearch Pharmaceutical Services (RPS), peneraju penyedia global dalam pasaran untuk penyumberan luar inovatif bagi Penyelesaian Pembangunan Klinikal, menyediakan perkhidmatan Fasa I-IV yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan yang sentiasa berevolusi untuk industri Biofarmaseutikal, Peranti Perubatan dan Diagnostik, disuai khusus mengikut jenis pelanggan (besar, sederhana, dan kecil). Dibina secara organik, RPS adalah antara 10 Organisasi Penyelidikan Klinikal (CRO) yang paling pesat membangun, dengan lebih 5,000 kakitangan dan operasi dalam lebih 64 buah negara dengan struktur dalaman milikan. Struktur ini memberikan RPS dan rakan kongsinya keanjalan dan pertumbuhan pembangunan yang lebih besar.
Untuk maklumat lanjut tentang RPS, lawati www.rpsweb.com.