omniture

Kargo Angola LNG Pertama Dihantar

Angola LNG Marketing Ltd
2013-07-25 23:28 166

SOYO, Angola, 25 Julai 2013 /PRNewswire/ --

Penghantaran selamat dan andal ke Brazil selesai

Angola LNG menghantar kargo pertamanya ke Brazil. Kargo 160,000 m3 itu - yang bertolak dari Soyo di atas kapal SS SONANGOL SAMBIZANGA bulan lepas –selamat dipunggah di terminal regasifikasi Petrobras di Teluk Guanabara, Rio de Janeiro.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130616/621759-a )
     (Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130724/629928-b )

Ketika memberi komen tentang penghantaran kargo pertama itu, Artur Pereira, Ketua Pegawai Eksekutif Angola LNG Marketing Ltd. berkata: "Keutamaan kami ialah penghasilan dan penghantaran yang selamat dan andal oleh Angola LNG kepada dunia. Kami telah membuktikannya dengan kargo pertama kami."

Dengan penghasilan penuh, dijangka lebih 70 kargo setiap tahun akan bertolak dari loji Angola LNG, membekalkan 5.2 juta tan LNG setahun, bersama propana, butana dan hasil pemeluwapan.

Banyak persetujuan jual beli LNG induk dilaksanakan dengan syarikat-syarikat tenaga seluruh dunia dan ini memberikan Angola LNG portfolio pelanggan yang kukuh dan berkepelbagaian. Lebih banyak persetujuan kini sedang dalam rundingan.

Angola LNG ialah perkongsian antara Sonangol, Chevron, BP, ENI dan Total yang akan mengumpul dan memproses gas bagi menghasilkan dan  menghantar LNG dan NGL. Dengan jangka hayat sekurang-kurangnya 30 tahun, wawasan Angola LNG ialah menjadi pembekal yang andal dan berdaya saing, rakan kongsi komuniti yang kuat, dan model peranan pembangunan ekonomi Angola. Projek ini menyediakan penyelesaian bagi meminimumkan pembakaran gas dan pencemaran alam sekitar dengan mengumpulkan gas bersekutu dari medan minyak luar pesisir Angola bagi menyediakan tenaga bersih dan andal kepada para pelanggan kami dan pulangan pelaburan untuk para pemegang saham kami. Projek ini juga akan membekalkan LPG dan gas asli kepada pasaran tempatan Angola untuk keperluan perindustrian dan tenaganya.

Nota kepada editor:

Angola LNG akan mengumpulkan, memproses, menjual dan menghantar 5.2 juta tan LNG setiap tahun – bersama gas asli, propana, butana dan hasil pemeluwapan – dari lojinya di Soyo, Angola; salah satu fasiliti pemprosesan LNG paling moden di dunia. Angola ialah pengeluar minyak kedua terbesar di Afrika sub-Sahara. Dahulu, gas bersekutu akan dibakar atau disuntik semula ke dalam simpanan, tetapi Angola LNG menyediakan penyelesaian bagi mengurangkan emisi dan menetapkan sumber baharu tenaga bersih.

Para pemegang saham Angola LNG ialah Sonangol (22.8%), Chevron (36.4%), BP (13.6%), ENI (13.6%), dan Total (13.6%).

Dengan nilai $10 bilion, projek Angola LNG itu adalah salah satu pelaburan tunggal yang terbesar setakat ini dalam industri minyak dan gas Angola. Dengan menawarkan armada kapal khusus sebanyak tujuh kapal LNG dan tiga jeti pemunggahan (LNG, cecair dan butana mampat), misi projek itu ialah menyingkirkan proses pembakaran gas, menyediakan tenaga bersih dan andal untuk pelanggan dan memaksimumkan pulangan untuk pelaburan.

http://www.angolalng.com

Untuk maklumat lanjut hubungi:

Rob Foyle
Penasihat Komunikasi
Angola LNG Marketing Ltd
T +44-7880-384-468
rob.foyle@angolalng.co.uk

Sumber: Angola LNG Marketing Ltd

Source: Angola LNG Marketing Ltd
Keywords: Oil/Energy Transportation Utilities