omniture

Pertunjukan Hartanah Luar Negera & Imigrasi Pelaburan Shanghai - Cara Terbaik Masuki Pasaran China bagi Hartanah Luar Negera

VNU Exhibitions Asia; TIMESLEADER
2013-07-26 00:13 135

SHANGHAI, 26 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Pertunjukan Hartanah Luar Negara & Imigrasi Pelaburan Shanghai (OPIIS) Ke-9 akan diadakan di Pusat Pameran Shanghai pada 2-5 Oktober 2013, dengan saiz yang dijangka mencapai 20,000 meter persegi.

OPIIS ialah platform terbaik untuk para pempamer luar negara mempromosikan projek-projek mereka dalam pasaran China. Setiap tahun, lebih 130,000 pelawat menyertai Pertunjukan ini dan mengambil bahagian dalam gala tahunan untuk industri hartanah China ini.

Pasaran China untuk hartanah luar negara menarik perhatian seluruh dunia

Berikutan arah aliran industri, OPIIS, sebagai salah sebuah pertunjukan hartanah paling terkenal dan berpengaruh di China, telah diadakan dengan jayanya sebanyak 8 kali sejak tahun 2009 dan bilangan pempamer kian bertambah. Pertunjukan Hartanah & Imigrasi Pelaburan Shanghai Ke-8, yang berakhir pada bulan Mei 2013, menarik kehadiran antarabangsa yang terbanyak, dengan 160 pempamer luar negara datang dari lebih 30 buah negara dan rantau. Pertunjukan itu menarik pavilion pameran AS dan Eropah buat pertama kalinya, dan ini mempertingkatkan lagi saiz serta kualitinya.

Pameran menyeluruh untuk projek-projek global bagi pembeli China berkelas tinggi

OPIIS ialah platform menyeluruh bagi mempromosikan projek-projek itu, serta saluran yang paling berkesan untuk menerokai pasaran pelaburan China. Pertunjukan ini dijangka melitupi kawasan seluas 5,000 meter persegi dan menarik lebih 160 pemaju dan agensi terkenal. Projek-projek itu, dari AS, Kanada, Australia, Malaysia, Korea, Singapura, Sepanyol, Portugal, Cyprus, Britain dan Perancis, ada berbagai-bagai, termasuk hartanah seperti kondominium, vila, kedai serta perkhidmatan untuk belajar ke luar negara, imigresen dan institusi kewangan.

Para penganjurnya mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam industri pameran profesional, mengumpul data besar yang terdiri daripada pengguna berkelas tinggi. Dijangka kira-kira 100,000 pengunjung akan tiba, yang terdiri daripada usahawan dan tokoh perniagaan China dan luar negara, orang asing berada yang tinggal di Shanghai dan pelawat yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.

OPIIS menawarkan anda sebuah platform untuk mencapai para pembeli China berkelas tinggi secara terus dan membantu anda memperbaiki pengiktirafan pasaran bagi mencapai pulangan untuk usaha pemasaran anda. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk menerima penyertaan anda.

Untuk lebih banyak peluang publisiti, sila hubungi para penganjur.

Hubungi kami

VNU Exhibitions Asia

2/F Business Mansion, Shanghai Exhibition Center No.1333 Nanjing Rd(W) Shanghai, PRC (200040) 
Tel:+86-21-61956088 
Faks: +86-21-61956099 
Emel: property@vnuexhibitions.com.cn

TIMESLEADER 
107, Block 2, Out of Box, No.20, Middle Xuhong Road, Shanghai, PRC (200235) 
Tel: +86-21-6211-9190 
Faks: +86-21-6438-3885 
Emel: guolijuan@tldr93.com 
Laman web: www.chinarealestatexpo.com

Source: VNU Exhibitions Asia; TIMESLEADER
Keywords: Commercial Real Estate Construction/Building Real Estate Residential Real Estate Trade show news