omniture

Herbalife Penaja Nutrisi Rasmi Atlet Vietnam yang Bertanding di Sukan Asia Tenggara Ke-27 2013

Herbalife Asia Pacific
2013-07-26 17:22 129

HANOI, Vietnam, 26 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Herbalife Vietnam dan Jawatankuasa Olimpik Vietnam mengumumkan Herbalife sebagai penaja nutrisi rasmi paraatlet Vietnam yang bertanding di Sukan Asia Tenggara Ke-27 2013 (Sukan SEA 2013) di Myanmar yang akan berlangsung mulai 11 Disember hingga 22 Disember tahun ini. Penajaan itu bakal menyaksikan Herbalife menyediakan produk-produk nutrisi, rundingan dan latihan nutrisi sukan untuk kesemua 800 atlet yang layak bertanding dalam 29 acara sukan di arena tersebut. Perjanjian ini ialah perlanjutan daripada Memorandum Persefahaman yang ditandatangani pada tahun 2012 dengan Kementerian Budaya, Sukan dan Pelancongan Vietnam yang menjadikan Herbalife penaja nutrisi rasmi eksklusif untuk sukan Vietnam mulai 2012 sehingga 2016.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2013/06/13/20130613143647718391-l.jpg )

Sebagai sebahagian daripada perjanjian yang baru ditandatangani ini, Herbalife akan membekalkan para atlet dengan produk nutrisinya, termasuk Formula 1 Nutritional Shake Mix, Personalized Protein Powder, dan Multivitamin Complex.  Dr. Marco De Angelis, ahli Lembaga Penasihat Nutrisi Herbalife, juga perunding atlet-atlet sukan Olimpik dan kesatuansukan di Itali, China dan Rusia, akan mengendalikan sesi latihan penyediaan nutrisi sukan yang pertama bagi para atlet yang terlibat bagi mempersiapkan mereka ke Sukan SEA 2013.

Perjanjian ini adalah sebahagian daripada program penajaan Herbalife yang lebih menyeluruh yang  mensasarkan serta menggalakkangaya hidup aktif dan sihat, disokong dengan nutrisi yang bagus. Kini Herbalife menaja banyak kelab-kelab sukan dan atlit-atlit yang terkemuka seluruh dunia bagi 20 jenis sukan berbeza, seperti bintang bola sepak Cristiano Ronaldo, LA Galaxy di AS, FC Pumas di Mexico dan Spartak Moscow di Rusia. Di Vietnam, Herbalife juga merupakan penaja nutrisi rasmi Pasukan Vietnam semasa Olimpik London 2012.

Tentang Herbalife:

Herbalife Ltd. (NYSE: HLF) ialah syarikat nutrisi global yang menjual produk pengurusan berat badan, nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang disasarkan untuk menyokong gaya hidup sihat. Produk-produk Herbalife dijual di lebih 80 buah negara kepada dan melalui rangkaian pengedar bebas.

Syarikat itu menyokong Yayasan Keluarga Herbalife dan program Casa Herbalifenya untuk membawa nutrisi yang baikkepada kanak-kanak. Laman web Herbalife mengandungi maklumat tentang Herbalife, termasuk maklumat kewangan dan maklumat lain untuk para pelabur di http://ir.Herbalife.com. Syarikat itu menggalakkan para pelabur melawat laman web mereka dari masa ke semasa kerana semua maklumat sentiasa dikemaskini dan maklumat baharu akan dipaparkan.

Hubungi:

Herbalife Asia Pacific 
Daliea Mohamad-Liauw 
Naib Presiden, Komunikasi Korporat, Asia Pasifik
+852-3589-2643 
dalieal@herbalife.com

SUMBER  Herbalife Asia Pasific

Source: Herbalife Asia Pacific
Related Stocks:
NYSE:HLF
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Sporting Events Sports Contracts