omniture

Xinhua Silk Road: Forum antarabangsa mengenai sains dan teknologi & perdagangan luar negeri dan kerjasama ekonomi diadakan pada hari Sabtu di Changzhou, China

Xinhua Silk Road
2021-10-12 23:13 170

BEIJING, 12 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Satu forum antarabangsa mengenai sains dan teknologi serta perdagangan luar negeri dan kerjasama ekonomi bermula pada hari Sabtu di Changzhou, Wilayah Jiangsu, timur China.

Forum antarabangsa mengenai sains dan teknologi serta perdagangan luar negeri dan kerjasama ekonomi bermula pada hari Sabtu di Changzhou, Wilayah Jiangsu, timur China.
Forum antarabangsa mengenai sains dan teknologi serta perdagangan luar negeri dan kerjasama ekonomi bermula pada hari Sabtu di Changzhou, Wilayah Jiangsu, timur China.

Sekitar 12 projek dana utama bernilai lebih daripada 20 bilion yuan dan 27 projek industri penting yang bernilai 63 bilion yuan telahpun ditandatangani di forum berkenaan yang bertemakan "Bandar Terkemuka Antarabangsa bagi Pembuatan Pintar dan Hab Penting di Wilayah Delta Sungai Yangtze".

Chen Jinhu, Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Changzhou CPC menyatakan bahawa bandar ini semakin menginginkan bakat dan projek berbanding sebelum ini dan juga berada di kedudukan yang lebih baik untuk memenuhi keperluan bakat demi mencapai kejayaan yang hebat.

Diketahui bahawa sehingga kini, sejumlah 68 buah syarikat daripada senarai Fortune Global 500 telah melabur dalam 119 projek di Changzhou dan jumlah penggunaan modal asing sebenar mencecah 42.2 bilion dolar A.S.

Ini merupakan sebuah bandar yang dipenuhi dengan peluang perniagaan yang tidak terbatas, kata Sheng Lei, Timbalan Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Changzhou CPC dan pemangku datuk bandar Changzhou, seraya menambah bahawa Changzhou kini meningkatkan tahap pembangunannya yang berkualiti tinggi dan mendorong pemodenan yang menyeluruh secara komprehensif.

Dilaporkan bahawa pembinaan empat projek perusahaan bakat penting termasuk projek pengangkutan jarak dekat pintar Ninebot serta tiga projek pendidikan berkualiti tinggi bermula pada hari Jumaat di Bandar Sains & Pendidikan Changzhou dengan jumlah pelaburan mencecah kira-kira 2.5 bilion yuan.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/324222.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)