omniture

Dana Aset Bercampur Baru Untuk Menangani Kebimbangan Para Pelabur Semasa Keadaan Pasaran Turun Naik

Pacific Mutual Fund Bhd
2013-07-29 10:30 138


Pacific Dynamic AsiaPac Fund bertujuan mengimbangi risiko kelemahan dan pulangan dengan menawarkan potensi pendapatan yang mampan bagi para pelabur

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2013 /PRNewswire/ -- Sejak kebelakangan ini, salah satu kebimbangan utama para pelabur adalah mencari saluran pelaburan yang bukan sahaja dapat menahan ketidaktentuan pasaran ekuiti dan bon tetapi mampu merebut peluang pelaburan dalam pasaran tersebut juga.

(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/07/24/20130724022721485885.html )

Dengan tujuan ini, Pacific Mutual Fund Bhd telah menubuhkan dana pelaburan terbarunya, Pacific Dynamic AsiaPac Fund untuk mengharungi cabaran ini untuk para pelanggannya.

Pacific Dynamic AsiaPac Fund adalah dana aset bercampur dinamik yang menumpukan kebanyakan pelaburannya dalam saham-saham di seluruh Asia Pacific. Dana ini mengamalkan strategi pulangan mutlak (absolute return strategies) untuk menjana pulangan dalam pelbagai keadaan pasaran. Pacific Dynamic AsiaPac Fund mempunyai tahap peruntukan aset yang sangat fleksibel, di mana ia boleh memegang pelaburan ekuiti dan pelaburan pendapatan tetap dalam jajaran di antara 0% hingga 100% dari nilai aset bersihnya.

"Pacific Dynamic AsiaPac Fund merupakan sebuah dana pendapatan yang distruktur untuk sentiasa menyesuaikan pegangan asetnya dengan keadaan pasaran semasa. Dari aspek geografi, pelaburan Dana ini bertujuan untuk menguasai pertumbuhan dinamik dan kedudukan asas Asia yang kukuh dengan pelaburannya dalam saham yang membayar dividen yang tinggi, aset pendapatan tetap berkualiti dan juga saham-saham China 'A' jika diperlukan," kata Gary Gan, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Pacific Mutual.

Merujuk kepada perkara yang sama, Gerard Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Lion Global Investors Limited, berkata, "Dalam pasaran yang turun naik, para pelabur yang tidak pasti tentang kelas aset yang harus dipilih boleh mengamanahkan tanggungjawab ini kepada Lion Global Investors. Ini adalah cara yang efektif untuk mencapai objektif pelaburan mereka dalam jangka masa panjang."

Walaupun strategi pulangan mutlak melalui mandat aset bercampur yang dinamik bukanlah sesuatu yang baru, elemen penting untuk pelabur adalah pengalaman dan kepakaran pengurus dana dalam melaksanakan strategi-strategi tersebut.

"Pacific Dynamic AsiaPac Fund diuruskan oleh Lion Global Investors. Tiga pengurus portfolio dengan purata pengalaman pelaburan sebanyak 25 tahun akan menyokong kepakaran masing-masing dalam peruntukan aset, pelaburan pendapatan tetap dan pelaburan ekuiti untuk menguruskan Dana ini," tambah Gan.

Kedua-dua Pacific Mutual dan Lion Global Investors merupakan ahli OCBC Group.

Para pelabur boleh mengunjungi mana-mana cawangan OCBC Bank di seluruh negara untuk memulakan pelaburan dalam Pacific Dynamic AsiaPac Fund. Di samping itu, perunding unit amanah Pacific Mutual juga boleh membantu pelabur yang berminat.

Maklumat Syarikat -- Pacific Mutual Fund Bhd

Pacific Mutual Fund Bhd ("Pacific Mutual"), salah satu ahli OCBC Group, merupakan sebuah syarikat pengurusan pelaburan yang berpangkalan di Malaysia dan kini mengurus sebanyak 30 dana termasuk 16 dana pelaburan negara asing. Syarikat ini juga mengurus pelaburan bermandat swasta di bawah perniagaan pengurusan asetnya.

Pada 30 Jun 2013, Pacific Mutual mengurus RM1.8 bilion bagi pihak para pelaburnya. Untuk maklumat lanjut mengenai Pacific Mutual, sila layari www.pacificmutual.com.my.

Maklumat Syarikat – Lion Global Investors Limited

Lion Global Investors Limited ("Lion Global Investors"), salah satu ahli Oversea-Chinese Banking Corporation Limited (OCBC) Group, merupakan salah satu syarikat pengurusan aset terbesar di Asia Tenggara, dengan kumpulan aset di bawah pengurusan berjumlah S$29.4 bilion (US$23.2 bilion) pada 30 Jun 2013. Ditubuhkan sebagai pakar aset Asia sejak tahun 1986, kompetensi teras Lion Global Investors adalah dalam menguruskan strategi dan dana ekuiti dan pelaburan pendapatan tetap di Asia untuk para pelabur institusi dan persendirian. Ia mempunyai salah satu pasukan pelaburan terbesar dan paling berpengalaman, khusus untuk ekuiti serantau dan global dan pasaran pendapatan tetap, dengan lebih daripada 40 profesional pelaburan dengan purata pengalaman pelaburan sebanyak 15 tahun.

Rangkaian pejabat serantau Lion Global Investors di luar Singapura termasuk Malaysia, Brunei dan China. 70% dari saham Lion Global Investors dimiliki oleh Great Eastern Holdings Limited, salah sebuah anak syarikat OCBC Bank dan 30% dimiliki oleh Orient Holdings Private Limited, anak syarikat milik penuh OCBC Bank. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.lionglobalinvestors.com.

SUMBER  Pacific Mutual Fund Bhd

Source: Pacific Mutual Fund Bhd
Keywords: Banking/Financial Service New products/services