omniture

1 daripada 6 Orang di Seluruh Dunia Mengalami Kesukaran untuk Membaca Akibat Sindrom Irlen

Catherine Matthias, Author
2021-10-14 08:24 42

JOSEPH, Oregon, 14 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Berjuta-juta kanak-kanak dan individu dewasa di seluruh dunia mengalami Sindrom Irlen - kesukaran otak untuk memproses gelombang cahaya tertentu atau warna. Masalah ini merangkumi spektrum gejala yang ringan hingga teruk termasuk kesukaran membaca dan mengira, sensitif terhadap cahaya, sakit kepala, sakit perut, pening, tidak berupaya memberi tumpuan, kecemerkapan dan prestasi sukan yang lemah. Walaupun kira-kira separuh daripada mereka yang mengalami masalah ini mewarisinya secara genetik, ia juga boleh disebabkan oleh kecederaan otak, demam panas dan virus.

 

The Word Gobbler, sebuah buku panduan untuk ibu bapa dan guru yang mengendalikan kanak-kanak yang mengalami kesukaran membaca,menerangkan tentang masalah ini dan menawarkan penyesuaian yang ringkas dan segera untuk mempermudah atau mengatasi masalah ini, berserta dengan penyelesaian jangka panjang. Buku ini mengandungi soal selidik tentang gejala dan tingkah laku dan menggunakan latihan interaktif dengan pelbagai kertas warna untuk membantu ibu bapa atau guru mengenal pasti sama ada seseorang kanak-kanak itu mungkin mengalami masalah ini.

Kanak-kanak yang lemah dalam pembacaan atau sukan sering diejek atau dibuli dan ini menimbulkan perasaan malu atau kurang keyakinan diri. The Word Gobbler menerangkan sebab-sebab dari segi perubatan tentang sesetengah kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami kesukaran untuk membaca dan menulis atau menunjukkan tingkah laku yang tidak wajar serta membandingkan ketidakmampuan badan untuk mencerna sesetengah makanan seperti strawberi atau kacang tanah dengan ketidakmampuan otak untuk mentafsir gelombang cahaya tertentu.

Dengan ilustrasi yang indah oleh Joan Gilbert, The Word Gobblers menunjukkan kepada kanak-kanak bahawa mereka tidak bersalah melalui imej si nakal Gobbler yang mengunyah, meramas serta merenyukkan nombor, huruf dan perkataan. Imej wajah tersenyum dalam warna hijau dan jingga membantu kanak-kanak melihat bahawa mereka tidak bersendirian dengan menunjukkan bahawa 1 daripada 6, 10 daripada 60 dan 100 dalam 600 individu mengalami masalah yang sama.

Dalam bahagian Prakata, Pengasas dan Pengarah Irlen Institute, Helen L. Irlen, menerangkan penemuan Sindrom Irlen dan perkembangan yang telah dicapai dalam merawat masalah ini. Kaedah Irlen untuk merawat masalah ini telah menarik perhatian media tempatan dan antarabangsa.

Ulasan Library Journal merumuskan: "PENDAPAT: Sebuah jilid yang bermanfaat untuk ibu bapa, penjaga dan guru-guru bagi kanak-kanak yang sukar membaca."

Baru-baru ini, Betsy Wurzel daripada Passionate Worldwide Talk Radio menemu bual Matthias untuk blog beliau bertajuk "Talking with Betsy": https://bit.ly/3C5EDnl.

Penulis Catherine Matthias ialah seorang Penyaring Sindrom Irlen Bertauliah dan telah menerbitkan enam buah buku bergambar untuk pembacaan awal.

Diterbitkan oleh Square One Publishers, New York. ISBN 978-0-7570-0502-2. $15.95.


Video - https://mma.prnasia.com/media2/1656320/Word_Gobblers_60_sec_FINAL.mp4

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1656321/Front_Cover.jpg?p=medium600

 

Source: Catherine Matthias, Author
Keywords: Books Education Health Care/Hospital Publishing/Information Service Retail Children-related news New products/services