omniture

Camly Academy - Berkongsi dan menghubungkan pendidikan demi dunia yang bahagia

CamLy Group
2021-10-14 12:58 135

BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 14 Oktober 2021 /PRNewswire/ -- Camly Academy Platform yang telah menyempurnakan Fasa 1 akan dilancarkan secara rasmi pada 15 Oktober 2021. Ini merupakan satu pencapaian yang mengagumkan dalam konteks pasaran yang mencabar, Camly Group bersama-sama pasukan teknologi dan perniagaan yang berbakat serta kreatif mengendalikan platform ini secara serta merta bagi memenuhi permintaan yang tinggi daripada pasaran.


Camly Academy - Platform penyambungan dan perkongsian pendidikan global - Tempat untuk menghimpunkan pengetahuan dunia, belajar dan berkongsi cinta.

Platform ini mengalu-alukan orang ramai dari seluruh dunia untuk menimba ilmu pengetahuan mengenai umat manusia.

Tempat yang membolehkan sekolah-sekolah yang terkenal di dunia berkongsi ilmu pengetahuan bersama pelajar-pelajar hanya dengan 1 klik.

Tempat yang membolehkan para usahawan melatih pekerja dan calon dengan cepat.

Tempat yang membolehkan pengguna menjadi Jurulatih dengan mudah, untuk berkongsi ilmu pengetahuan untuk komuniti bermula daripada perkara-perkara paling mudah.

Dengan teknologi canggih dan cemerlang dalam era baharu seperti rantaian blok dan kecerdasan buatan untuk membantu aspek keselamatan dan ketelusan, ia turut menyediakan ciri-ciri yang mudah buat pengguna dalam pengajaran mereka. Jurulatih juga boleh menjana pendapatan daripada ciri-ciri "Penaja" dan "Derma" di platform tersebut.

Ia dibuka untuk semua orang dan percuma.

Cik Camly Duong – Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Camly Group dengan corak pemikiran bahawa "Perniagaan adalah keberanian" merupakan lambang wanita Vietnam yang kuat dan yakin yang benar-benar komited untuk memimpin organisasi ini melalui tempoh yang mencabar ini demi mencapai kejayaan. Pada tahun 2020, Camly Group berjaya membangunkan komuniti GIA - Global Investment Ambassador dengan hampir 5,000 pelajar dan lebih daripada 20,000 pengguna yang menawarkan kursus-kursus hartanah antarabangsa bagi membantu mereka menggunakan teknologi untuk membangunkan kemahiran mereka.


Cik Camly Duong mempunyai idea yang bernas dan Cik Thai Huyen yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang teknologi dan pendidikan, turut serta dan merealisasikan idea-idea ini untuk menubuhkan Camly Academy dengan segera. Mereka mewakili individu-individu yang tersedar yang memiliki personaliti istimewa terhadap nilai cinta, mengamalkan meditasi, mempunyai kebijaksanaan spiritual yang mendalam untuk mengaplikasikan nilai kasih dan syukur dengan berani, hukum karma dan hukum tarikan yang menjurus kepada perniagaan. Mereka mempunyai kisah-kisah yang menarik dan ajaib untuk menghasilkan Camly Academy Platform yang memfokuskan kepada ciri-ciri utama: E-Pembelajaran Interaktif, Proses Bertauliah Digital, program berfokuskan Kerjaya…

Platform camlyacademy.com dijangkakan untuk menawarkan perkhidmatan kepada 1,000,000 pengguna pada tahun 2022 dan mencecah berbilion-bilion pelajar dalam tempoh terdekat.

Source: CamLy Group
Keywords: Computer/Electronics Education Internet Technology Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services Future Events